Monday, July 20, 2009

Wings - Makam Kekasih

.

Wings - Makam Kekasih
From the album - Biru Mata Hitamku.

hanya seminit
yang aku perlukan
maka bersama kau kekasih

di dalam terang
kau suluh rupaku
ternampaklah segalanya

di mana kesunyian
damba dan kau bentang
didatangi gelombang

di mana?
di mana?

hanya seminit
engkau akan aku
ku kenal isi hatimu
manalah ragu
telah aku campakkan
tertanam di lubuknya

di mana kesunyian
damba dan kau bentang
didatangi gelombang

di mana?
di mana?


klik sini untuk dengar. kredit untuk Mayapersada.


Portnote:
  1. Satu lagu yang bagus dari sebuah album yang sangat baik, Biru Mata Hitamku.
  2. Lirik lagu ini perlu semakan dan pembetulan, sesiapa yang nak betulkan dipersilakan.
  3. Inlay dah hilang, keset saja tinggal, sesiapa ada nampak versi CD album Biru Mata Hitamku sila inform saya. Mau upgrade lah.
  4. Sesuailah dengan mood saya yang sedang berjauh-jauhan ni , huhuhuhuhu....

12 comments:

Takilala said...

CD ada rilis semula ni, rm12.90, tapi aku tak sempat beli yg ni..sold out.

Portdy said...

masalahnya kan Takilala, tak pernah nampak langsung yg ni, betul kot cepat soldout...nasib baik Orang Asing berlambak kat kedai, taklah hampa sangat.

speedrider said...

satu permintaan yang sukar ditunaikan kerana aku sendiri tak pernah nampak cd ni live depan mata. Heheh, bayangkan!

Portdy said...

alamak , speed pun sudah bilang ini macam?
adakah impian illyana ku akan berkubur begitu saja huhuhuhu

speedrider said...

insya-allah, kalau saya jumpak kat kedai, saya hentam semua stok untuk kawan-kawan.

hal yang sama telah dibincangkan masa pelancaran Web sayap2 wintgs sabtu lepas. Spaa jumpak, rembat semua apa yang ada untuk diedarkan.

Ijau D. Koceng said...

thn lps time aku beli album orang asing kat speedy miri, ada lg album ni... xtau la kot skrg ada lg ke x

matakucing said...

album aku tak pernah jumpa..even yng sonybmg re-rilis memang tak de.. vc lagu ni tgk sempoi jer..joe tu jam rambut pendek

zan said...

Tak silap aku Biru Mata Hitamku tak ada 2nd pressing..serupa macam Opera Dalam Kenangan 1 & 2.

Dari Perlis ke Johor membawa ke Sabah & Sarawak aku menjejaki album ni (dengan bantuan kawan2 la..tak daya nak travel), masih tak jumpa2..

So, kalau ada terjumpa dan jumpa lebih tu, borong je semua yang ada. Lepas tu buat iklan kat www.sayap2wing.com. Confirm akan ada orang beli..

berteromber said...

err...aku ada cd ni...1st pressing...nak kena riak kat blog ker...huhuhu...

eddie dewanaga said...

kalau diorang boleh release boxset album2 band malaysia ni kan ke bagus... takdela amoi kedai cd tu nengok performance buruk gua berbogel sambil berpoco2 depan diorang....

Portdy said...

Speed:
yay! samalah kita berusaha!

Greencat:
Orang Asing adalah feveret non-awie wings album for me...

cateye:
vc ni aku tak ingat yang mana, kalau enigma tu taulah yg kat umah orang kawin tu kan?
pernah tengok live Gegar Gunung Gemora live kat AIM kalau tak silap , pehhh!

Portdy said...

zan,
kata2 mu menghancurkan hatiku zan...takde ke RM12.90 pressing punya huhuhuhu...


broteromber,
silalah riak, saya tak heran...(sambil main baling-baling dart untuk melepaskan geram)

dragonmalaya:
samalah kita, baru-baru ni saya baru saja "berbogel sambil menari pocopoco secara solo" kat Speedy Jusco Bukit Indah semata-mata bertanya akan CD+DVD David Gilmour:Live at Gdsnk.