Tuesday, January 12, 2016

ZIGGY STARDUST, WINGS NAGA KERAMAT KOTAK ISTIMEWA

Salam Satu Kesan Abadi

1. David Bowie (1947 - 2016)

Beliau ini sangat famous dalam dunia muzik dan fesyen, namun begitu jangan dilupakan kesan yang telah beliau tinggalkan dalam filem filem lakonan seperti Labyrith dan Prestige. MAsih terbayang beliau sebagai Nikolai Tesla dalam filem Prestige.

2. Semalam khas saya peruntukkan masa selepas balik kerja untuk menyelongkar kotak yang berisi keset lama. Tujuan adalah untuk mencari keset Awie dan Wings Naga Keramat untuk tatapan saudara Deaf.



3. Naga Keramat Edisi Kotak Istimewa.

Untuk anda yang tidak.pernah melihat packaging ini.

Misleading kan?
Macam konsep NewBoys dan NKOTB.
VERY CERIA GITU!

Padahal lagu lagu di dalamnya ....




Hey hey Ameringgo hay heyyy ameringgooo!!!!


Ironinya... New Boyz pun tak seceria Wings.😂

See ... 

Sunday, January 10, 2016

Naga Terjaga, Keramat Wings di mana?

Membongkar kembali majalah ROTTW lama, saya tertarik untuk berkongsi dengan anda sekalian.

Edisi volume 66 keluaran Mei 2002.
Sempena kembalinya Awie kepada Wings dan rilian Album AWIE&WINGS - NAGA KERAMAT.

Silakan baca. Sila klik untuk besarkan.





Sunday, January 03, 2016

Cd Pertama di Tahun 2016

K.I.S.S
Keep in simple and sweet.

1. Vault - Def Leppard.

Memiliki kaset ini sejurus selepas ianya dikeluarkan. Ini era 90an Def Lep.
Saya membesar dengan album Adrenalize, Retro active,  Slang, Uphoria dan kompilasi Vault. Pernah membeli keset X tapi tidak hadam di telinga saya.

When Love And Hate Collide dan Two Steps Behind sangat besar pengaruhnya ketika itu.

Sayang dalam kompilasi ini tidak dimasukkan Stand Up (kick love into motion)

2.Hukum Karma by Wings.
Album paling penting dalam sejarah Wings sebelum muncul The Silver Album.
Pada 1hb Januari 2016 apabila saya membuat semakan inventori didapati album dalam bentuk CD  ini tiada dalam simpanan saya. Dibeli sebagai pelengkap koleksi. Album Wings yang banyak diparodi pada cover album berendam dalam tasik dan juga judul yang diubah kepada Hukum Kurma , Hukum Karam dan sebagainya.


3. Boxset Ziarah Seni - Datuk Ramli Sarip

Rilisan semula boxset yang cult, rare dan bersejarah. Ramai yang suka dan gembira tak kurang juga yang berduka apabila ianya dirilis semula. Sehingga kini saya terasa bagaikan bermimpi dapat memiliki boxset ini yang diambil dari seorang seller yang baik budi saudara Ayie Duke Of Cdkaratz Pasir Gudang. Status boxset sehingga kini masih belum di buka seal nya.

Portnote: A good start for 2016. Mungkin akan ada lagi koleksi yang rare bakal dimiliki?