Wednesday, July 29, 2009

Pendidikan Muzik.




KANAK-kanak yang didedahkan dengan muzik akan lebih kreatif dan mengapresiasi muzik apabila mereka dewasa kelak. - Gambar Hiasan.


Apa pentingnya pendidikan muzik di sekolah?
Utusan Malaysia online. 29 Julai 2009 / 7 Syaaban 1430

RAMAI orang terutamanya dari negara dunia ketiga termasuklah di Malaysia menganggap muzik tidak penting. Muzik sering dikaitkan untuk tujuan berhibur semata-mata tetapi kalau boleh bikin duit, itu paling bagus.

Sebabnya, di negara kita tidak ramai yang telah menjadi kaya raya kerana muzik. Kalau ada pun, bilangannya boleh dibilang dengan jari.

Lebih baik jadi doktor, peguam atau apa juga pekerjaan yang lain. Sebagai budak pejabat sekali pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya mereka ada gaji tetap setiap bulan.

Itu mentaliti kita tentang muzik. Kita hanya melihat muzik daripada skop yang cukup sempit. Bidang muzik atau peranannya dianggap tidak penting seperti kerjaya-kerjaya lain.

Seolah-olah kita menidakkan kekuatan spiritual alunan tiupan saksofon pemuzik seperti Kenny G misalnya, berbanding terapi seorang doktor sakit jiwa terhadap pesakitnya.

Mentaliti itu timbul antara lain kerana kita terlalu memikirkan bagaimana mahu 'membuat duit' daripada muzik. Sedangkan kita malas berfikir bagaimana mahu menjadikan muzik lebih bernilai daripada duit.

baca seterusnya di sini.

Recorder. Pergi kelas muzik masuk kat kocek terjojol jek.


Dulu-dulu masa saya sekolah rendah ada mengikuti kelas Pendidikan Muzik.
Kalau sampai hari yang ada kelas Muzik mesti sibuk nak kena bawak RECORDER.
Recorder ni kira main instrument lah yang wajib dibeli. Harga dulu RM 5.
Ada jugak yang tertinggal recorder sibuk pergi kelas sebelah pinjam dari kawan. Dah satu hal nak basuh muncung recorder tu. Dulu masa bebudak kan allergi na dengan airliur member sendiri.
Saya memang fail main alat muzik jenis bertiup ni. Ingat lagi ada satu masa tu . Abang opis boy sekolah duduk lepak kat kelas kitaorang main recorder buat lagu-lagu Melayu Deli, gerek seh...
Kalau masuk kelas muzik memang enjoy.

Macam-macam alat muzik kami mainkan. Ada melodian, Castanets, Triangle, drum (biasanya single snare drum aje), cymbal, angklung.
Sesiapa bertuah dapat merasa main keyboard. Selalu keyboard ni Cikgu Muzik yang guna.
Ada masa kena belajar note muzik, dari situ lah kenal togeh togeh ni semua. Semibrive, minim, krocet, treble klef huhuhu...

Melodian. Kena tiup baru buleh tekan key dan keluar lah bunyi dia..

Kalau lagu-lagu zaman sekolah dulu pun best jugak. Very simple, straight forward, punkrock lirik dia gitu. Tapi ingat lupa dah senikatanya,

Lagu: 3 Sekawan

Ada seorang kawan namanya Ah Meng,
Dia juga berkawan namanya Muthu,
Kami berkawan baik sama sedarjah,
Belajar bersama main bersama,

Hey...hey....hey
Hey...hey....hey 3 sekawan.

Lagu: Aku Burung

Aku burung, Di dalam sangkar, Hidup terkurung, Hatiku susah,
Ingin aku terbang bebas,
berkawan kawan tinggi di awan.

Lagu:Ais kacang


Ais.... Ais kacang, Bila cuaca panas dan rasa dahaga,
Singgah di gerai....ais kacang diminta,

Susu dan jagung, Kacang dan lengkong, Air gula berwarna,
manis rasanya, Enak rasanya.... Kegemaran kita semua.

Lagu : Burung tiung.


Aku burung burung tiung berseri, hidup di dalam sangkar ku ini ,
suaraku seperti manusia
bertegur dan bertanya siapa ,
aku burung burung tiung
sungguh pandai menyanyi,
aku burung burung tiung sungguh pandai menyanyi.

13 comments:

zan said...

Satu lagu ko lupa..

Taat pada perintah Tuhan
Raja dan Negara..
Membantu tiap masa..
Patuh undang-undangnya..

Kami ahli pengakap muda..
Buat sehabis baik..hahaha

Portdy said...

zan,

ha'ah eh cam na aku leh lupa lak lagu pengakap muda ni huhu...ni basic song ni....

eddie dewanaga said...

bagus ajar budak2 muzik ni... teringat gua time belajar kompang, kena kompang pipi dgn brader besar gua, sedak tertinggal... tukar pukul jidur dan mula berangan step dave lombardo masa raining blood!

rekorder memang satu unsur2 nostalgic. hmm... dulu kalau rajin, dah memang senang baca taugeh dlm note.

berteromber said...

dulu aku sekolah rendah join orkestra sekolah...posisi angklung note "So"..join ngan awek2...haha...tapi glamer skit la dari pemain ketuk segita besi ngan tepuk kat tangan yg macam kerang tu...ntah apa kenama dia..tak glamer langsung...huhuhu...

mula2 audition main gitar..tapi kena reject ngan cikgu pasal asik terkucil...audition utk main arcodian pun kena reject...hawau punya cikgu..nasib angklung dikelilingi awek..huhuhu..

tapi bagus pendidikan muzik ni...walaupun sepatah haram aku tak paham taugeh2 yg cikgu ajar tu..kecik2 dah tau sapa yg ada bakat..gitaris dan pengetuk drum dlm orkestra tu akhirnya end up jadi band member aku masa di zaman sekolah men dulu...

kucingorengemok said...

masa aku sek dulu ada pasukan GENDERANG... haha, kita org dpt no2 seluruh batu pahat!!

Ijau D. Koceng said...

instrument 1st yg aku beli, recorder branded ooo yamaha... lps tu aku beli harmonica yg haram jadah aku xreti main (nasib baik murah)

waktu kat skolah rendah dulu aku slalu main bass drum ketuk kiri kanan, wind instrument tekial2 main... masa tu cikgu ibrahim @ lajim (takilala & jairo mesti tau!) yg ajar, tp syg bila masuk skolah menengah xde plak matapelajaran muzik ni

Takilala said...

Lagu Anak Itik Tok Wi tak main? huhuhu. Aku dulu main Rekorder dan Melodian. Lagu ais kacang tu aku ingat nak bwk jamming balik la versi Poison "unskinny bop bop" dan lagu aku burung tu nak cover versi Steelheart "You're Gone"...huhu

Portdy said...

betullah bro naga,
zaman belajar kompang dulu pun puas dikompangkan...main jidur eh? ganas tu...kalau jidur besar otot lengan tu dah timbul sebelah tangan huhuhuhu...

Portdy said...

bro eddie;
tu lah dia, sedar tak sedar kan betapa rockersnya kita ni, ramai yang bermula daripada instrument recorder dan melodian! huhuhu very celtic/reinassance rock!

Portdy said...

broteromber;
peh terhina sapa2 main segitiga sama kastenet tu...ha nama dia kastenet...yang kerang kat tapak tangan tu kan?
ni lagi untung sapa2 yang ada okestra ke brass band ke, lagi banyak instrument boleh main...

KOG,
genderang eh? macam bunyik nama kuih jek eh? no 2 seluruh BP eh? handal tu...main lagu apa dulu?

Portdy said...

ijau;
aku punya cikgu muzik last aku jumpa sudah jadi guru besar sekolah rendah, sudah naik pangkat hehehe...

dulu2 sapa beli rekoder yamaha brand dah kira loaded tu...kaler itam eh?
gua beli ntah brand china apa nama harga RM5 ke RM8 gitu ...


takilala-san;
anak itik tok wi macam tak main lah rasanya...
serius ke nak buat lagu cover tu? huhuhu dah buat nanti jangan lupa upload kasi kawan2 dengar.

M.R.A.J said...

Terkenang Cikgu Ya guru muzikku...
Lepastu dia jadi Ayahanda bagi kawasan penanti...
Dan baru2 ni dia kembali ke Rahmatullah.....
AL FATIHAH.......

Coach Dino Khan said...

Burung tiung berperi kan kalo x silap.ke sy yg silap. Hehe. Lagu2 zmn skolah rendah ni simple tp smp skg leh igt. Ada lg ke zmn skg ni diajar ek? Lg satu smp skg sy confuse, ahmeng n muthu. Tp 3sekawan. Mana ali? 😅