Thursday, December 29, 2016

SADNESS 2


Sadness.

All of our heroes come, and go.

One day, what left is.... emptiness.

Thursday, February 18, 2016

GAYOUR'S BERSAMA SELAMANYA COLLECTORS EDITION WITH SERIAL NO

Salam ceria untuk anda walaupun technically saya tak ceria sebab 3 hari demam batuk dan sema sema.

Pada kali ini saya nak buat simple review tentang buku ini:



Ini edisi paling mampu milik untuk saya. Edisi kotak pizza. Ada edisi wooden box yang pasti lebih bergaya rupanya plus tshirt dan other gift.

Ok dalam rupa macam ni. Hardcover almost 600 pages. Tebal macam separuh buku telefon (bagi mereka yang pernah melihat buku telefon)

Ni back cover. Semua watak penting ada. Siap laser printing serial nombor. Mine is 285.

 Ni masa dalam kotak Pizza.

Foldout poster Amar. Glossy art paper. Abaikan Naruto kat tepi tu.

Gayour Sang Penulis Dan Pelukis dari pandangan belakang. Hensem tak?
 

Gayour dari depan. Har har har!



Sedikit sneak peek. Tebal buku ni . Tak pasti bila saya akan mula baca.

Saya percaya lebih 100 lagu rock telah di quote oleh saudara Gayour dalam semua episode Bersama Selamanya.

My verdict:  must have collection kerana ianya simbolik one of our pop culture around 90s. 
Rock nroll dream come true!!!

Wednesday, February 03, 2016

DUNIA BIASA

Sedikit cerita tentang sebuah album yang saya cari dan kebetulan baru je dapat dimiliki.

Hukum menilai sebuah album (dulu keset sekarang CD) yang boleh dibeli pada saya sekiranya ada 3 lagu yang sedap sudah cukup. Apatah lagi kalau ketiga tiganya adalah single.

DURAN DURAN (1993)

Atau

THE WEDDING ALBUM.


Di zaman ini saya masih berada di Tingkatan 1 . Setiap hujung minggu akan tunggu MTV Top 20 di Channel SBC 5 (Singapore) untuk menonton video klip lagu lagu yang diminati . Antaranya lagu Ordinary World, Come Undone dan Too Much Information.







Yang paling bawah adalah cd single Ordinary World. Boleh kawan dengan The Wedding Album.

Lagu lagu yang lain sejujurnya saya baru dengar sekali saja. Tapi kedengaran sangat bagus!


Portnote:
Masih terngiang jingle radio RIA (singapura) dolu dulu...
"RIA RIA 89.7" Yang menggunakan latar  intro lagu TOO MUCH INFORMATION

Tuesday, January 12, 2016

ZIGGY STARDUST, WINGS NAGA KERAMAT KOTAK ISTIMEWA

Salam Satu Kesan Abadi

1. David Bowie (1947 - 2016)

Beliau ini sangat famous dalam dunia muzik dan fesyen, namun begitu jangan dilupakan kesan yang telah beliau tinggalkan dalam filem filem lakonan seperti Labyrith dan Prestige. MAsih terbayang beliau sebagai Nikolai Tesla dalam filem Prestige.

2. Semalam khas saya peruntukkan masa selepas balik kerja untuk menyelongkar kotak yang berisi keset lama. Tujuan adalah untuk mencari keset Awie dan Wings Naga Keramat untuk tatapan saudara Deaf.



3. Naga Keramat Edisi Kotak Istimewa.

Untuk anda yang tidak.pernah melihat packaging ini.

Misleading kan?
Macam konsep NewBoys dan NKOTB.
VERY CERIA GITU!

Padahal lagu lagu di dalamnya ....




Hey hey Ameringgo hay heyyy ameringgooo!!!!


Ironinya... New Boyz pun tak seceria Wings.😂

See ... 

Sunday, January 10, 2016

Naga Terjaga, Keramat Wings di mana?

Membongkar kembali majalah ROTTW lama, saya tertarik untuk berkongsi dengan anda sekalian.

Edisi volume 66 keluaran Mei 2002.
Sempena kembalinya Awie kepada Wings dan rilian Album AWIE&WINGS - NAGA KERAMAT.

Silakan baca. Sila klik untuk besarkan.





Sunday, January 03, 2016

Cd Pertama di Tahun 2016

K.I.S.S
Keep in simple and sweet.

1. Vault - Def Leppard.

Memiliki kaset ini sejurus selepas ianya dikeluarkan. Ini era 90an Def Lep.
Saya membesar dengan album Adrenalize, Retro active,  Slang, Uphoria dan kompilasi Vault. Pernah membeli keset X tapi tidak hadam di telinga saya.

When Love And Hate Collide dan Two Steps Behind sangat besar pengaruhnya ketika itu.

Sayang dalam kompilasi ini tidak dimasukkan Stand Up (kick love into motion)

2.Hukum Karma by Wings.
Album paling penting dalam sejarah Wings sebelum muncul The Silver Album.
Pada 1hb Januari 2016 apabila saya membuat semakan inventori didapati album dalam bentuk CD  ini tiada dalam simpanan saya. Dibeli sebagai pelengkap koleksi. Album Wings yang banyak diparodi pada cover album berendam dalam tasik dan juga judul yang diubah kepada Hukum Kurma , Hukum Karam dan sebagainya.


3. Boxset Ziarah Seni - Datuk Ramli Sarip

Rilisan semula boxset yang cult, rare dan bersejarah. Ramai yang suka dan gembira tak kurang juga yang berduka apabila ianya dirilis semula. Sehingga kini saya terasa bagaikan bermimpi dapat memiliki boxset ini yang diambil dari seorang seller yang baik budi saudara Ayie Duke Of Cdkaratz Pasir Gudang. Status boxset sehingga kini masih belum di buka seal nya.

Portnote: A good start for 2016. Mungkin akan ada lagi koleksi yang rare bakal dimiliki?