Friday, July 17, 2009

Review VCD: Ella - Sebuah Rockumentari, Sebuah Videografi

.
"Ok, Hai! You all semua! Hari ini Port nak ulas tentang VCD ELLA yang bertajuk Ella - Sebuah Rockumentari, Sebuah Videografi yang diterbitkan oleh EMI , kay?"

(sila baca dengan nada manja sambil libas-libas rambut kay?)



Ok vcd ni ada dua disc, Ella - Sebuah Rockumentari dan Sebuah Videografi.

Ella - Sebuah Rockumentari.
Vcd 1 adalah dokumentari berkenaan Ella dalam era album 30110, Ella bercerita tentang pembikinan album 30110, ada interview dengan Man Keedal selaku penerbit, ada footage persiapan konsert, Ella berjumpa peminat, ada video klip dan live , Ella senyum, Ella libas rambut, Ella ketawa etc...

Tracklist:
  1. Bendera Damai (live)
  2. Sembilu
  3. Dua insan bercinta
  4. Layar impian
  5. Justeru(live)
  6. Kabus dan Sirna - My all time favourite
  7. Belenggu(live)
  8. Kitalah bintang

Ella - Sebuah Videografi
VCD 2 adalah koleksi videoklip Ella dari album Unik Syuga Asli.

Tracklist:
  1. Menanti
  2. Penawar
  3. PPP
  4. Aku, kau dan dia
  5. Nuri
  6. Rindu
  7. Ala Amerika
  8. Esok, Lusa Selamanya
  9. Gemilang
  10. Penawar (karaoke)
  11. Gemilang(karaoke)
Ella zaman ranggi.Tengok ah bibir dia tu...

Ella ketika saya jatuh cinta kepadanya, sekarang cintaku sudah pudar.Man Keedal yang masih bepipi chubby masa tu.

Ella dengan ManKeedal, sekali pandang Man Keedal macam Rhoma Irama daaaa...


Koleksi ni rasanya dah hampir nak masuk taraf rare dah, sebelum munculnya vcd, dvd karaoke Ella yang bersepah-sepah tu, ini adalah antara produk yang awal mendokumentasi Ella dalam bentuk visual.

Saya beli vcd ni di Plaza Angsana Johor Bahru, record store kat area tingkat bawah yang dekat dengan Surau dan tangga eskalator tu. Kat situ juga saya dan rakan saya En Shafid dapat kumpul banyak cd rare seperti Wings & Superfriend (kaler hijau), Beavis and Butthead Do America dan lain lain lah. Kedai ni dah jadi sejarah dah ganti tempat jual game kalau tak silap. Lama dah tak turun Angsana.


Kabus dan Sirna (M Nasir, Nurbisa)

Mengapakah ku rasa
Kedinginannya malam
Sedangkan tubuhku
Dibaluti selimut

Mengapa ku terasa
Sukar pabila bernafas
Sedangku berada
Di pasir tak tersentuh laut

Apakah rahsia yang menirai diriku
Sehingga wajah di cermin terlihat
Bukannya diriku yang sejati
Sebaliknya hanya
Wajah penuh duka

Dalam merawan hiba
Pergi dan hilang sesuatu berharga
Yang belum pun menjadi milik
Peribadiku semalam

Dalam merawan luka
Kabus dan sirna warna dari permata
Yang belum meninggalkan kesan
Sebenar dalam hidupku

Klik untuk dengar, kredit to Bella Elvra

.

18 comments:

matakucing said...

nape aku tak perasan vcd ni?? ermm kabus & sirna tu tangkap siot huhuhu

speedrider said...

menarik enty ni! Best best!

berteromber said...

ella zaman 30110 macam best kan...skit lg gua nak jatuh cinta...zaman BOTB sememeh..sekarang dah andartu...huhuhu...

gua tak pernah nengok vcd ni..tapi gua ada pergi konsert 30110 ker USA (lupa arr) kat staduim tertutup MBJB dulu2...line up Khalid Mobin dan Zan (Rusty Blade) serta Yem Bai (BPR)..best oo

eddie dewanaga said...

kat Speedy Angsana ada kot...

sapa2 penah jumpa Mahsuri Music dulu kat Angsana, dia punya bos, Latip tu brader2 gua jugak. Dia punya kedai kat taman sri bahagia pun dah tutup, (depan bsn)

entah berapa ribu duit gua abis beli kaset kat situ...

SkiD said...

Ella....peh! mengancam...dedulu le...sekarang emmm...Lagu Ella dedulu aku layan gak...boleh laaa.

Takilala said...

Kalau Ella gua minat betul ngan album USA tu. Yg lain tak. Angsana?? lama dah tak gi. Pernah gi round masa raya haji 04 dulu, perghhh...terasa mcm kat indon seh. huhu.

deaf_angel said...

rindu is one of my favourite songs ever..

'walaupun jauh dari pandangan mata... kau tetap satu, di kalbu'

huhu

Portdy said...

cateye,

time aku beli pun dah susah jugak nak cari, and yes lagu tu memang best....

Portdy said...

Speed,
tenkiu, tenkiuu...

broteromber,
karl cromox macam pernah main dengan ella punya band kan?

bronaga,
ha sapa2 nak carik lagi leh gi speedy,eddie dah bgtau.....
bro , tadi wa turun busstand larkin gi Hani Music ...ada lagi rupanya terharu wa huhuhuhuhu...

Portdy said...

Skid,
dulu mengancam, sekarang.....mmmmmmm.....terancam hehehehe...

brodepplepp,
sesuai untuk mereka yg berkasih jarak jauh.... PJJ gitu...

Ijau D. Koceng said...

aku nak cari cd ella zmn the boys... aritu kat speedy ada jmpa tp xjd beli sbb dah beli search karisma

Portdy said...

Ijau,
masih ada lagi tu kat speedy, the best of kan? yang 2cd harga 12.90 kan?

Ijau D. Koceng said...

yup mmg ada lg kat speedy... tp kat bintulu ni mana ada speedy, klu nak kena pi miri 200km+ yg kedai2 cd kat bintulu mostly jual vcd karaoke dan lagu2 indon (dan cap lanun)

lg satu aku nak cari cd album 30110 dan ella usa... leh tolong usha2an x? btw vcd rokumentari tu smlm aku ada jmpa (yelakan vcd senang cari)

Portdy said...

greencat,
nak Ella n the boys tu ke?
nanti aku ushakan

kalau ella usa, ngan 30110 tu macam payah nak nampak.....
dulu kan ada versi repackage ella usa tapi kan aku beli keset takda booklet apa pun, just inlay sekeping dengan kertas gambo2 promosi album....tak tau lah kalau versi cd kan?

apapun aku tolong "uscha" kan kay...

Ijau D. Koceng said...

nak cari yg 30110 dan usa versi cd, yg zmn the boys tu senang cari

Portdy said...

greencat,
nanti aku uschakan ella tu, email phone no. senang nak kompem.

Anonymous said...

harge brape? tahun bile beli? tgh cari gak bende ni...minat ella sgt..

Anonymous said...

harge brape? tahun bile beli? tgh cari gak bende ni...minat ella sgt..