Wednesday, July 22, 2009

CD Review: Search Rock n Roll Pie Live & Loud

.
Akhirnya , pada hari Sabtu 18 Julai 2009 jam 7.oo petang, saya berjaya mendapatkan album ini. (terus nak nyanyi lagu Akhirnya - Search album "Double Trouble")

Walhal baru je semalamnya sembang dengan En Shafid berkenaan betapa susahnya nak jumpa album ini yang versi cetakan semula RM 12.90. En Shafid, nampaknya rotijohnkambing mamak Assalam yang kita makan masa tu sudah bagi saya ong. Terimakasih kerana sudi belanja hehehe.

Album ini kalau tak silap adalah 3rd official live album Search selepas Search Live 89 (Limited Release), dan Search Unplugged.


Cover depan, serius memang lawa dari dulu lagi saya dah teruja dengan cover ni. Rekabentuk, konsep kulit album oleh Tapa (Dexs). I love this sea blue colour concept. Blue, is the colour of passsion .

Cover belakang. First release tahun 1997.

Interior design dan CD. Design CD tak berapa menarik kaler hitam putih, ataupun berbeza dengan first pressing punya?

Tracklist dan kredit.

Dua personel feveret saya dalam Search, Nasir dan Kid.

Foto ni best, tapi tak pasti samada untuk konsert ni atau bukan sebab Amy berambut panjang. Dalam konsert Amy botak ala Kojak.


Pro:
  1. Packaging album (inlay, cover) lawa.
  2. Sound rakaman live mantap.
  3. Susunan baru untuk lagu Isi dan Kulit best, dengarnya solo oleh Din.
  4. Tempo muzik konsisten, jauh berbeza dengan Konsert Evolusi 2004, jelas ketara beza permainan Yazid dan Lola. Yazid is The Man!
Cons:
  1. Saya tak suka medley hits Search tu. Very potong stim.
  2. CD tak lawa, kontra gila dengan inlay dia . It's Black , It's White, Whoo!
  3. Solo lagu Rock n roll pie tidak kedengaran, mixing problem atau memang tiada solo?
  4. Setahu saya banyak lagi lagu yang dimainkan dalam konsert ini. Sepatutnya boleh release 2 disc version.
  5. Official live konsert dvd takda. Search kena runding dengan TV3 kerana setahu saya TV3 memiliki rakaman penuh konsert ini. Contohi vcd Slam Unplugged.

Saya dapat album ini dengan harga RM12 sahaja. Dapatlah diskaun 90 sen disebabkan saya pemegang talipinggan Customer of the month 7 kali berturut-turut. Oklah tu sape nak bagi kan?
Saya dapat cd ni di kedai cd berdepan dengan Billion Pontian, En Shafid taulah tempat ni. Tempat dia order CD Double Trouble zaman belum ada edisi murah tu.


Ok, masa untuk jamming lagu Seroja!

11 comments:

Takilala said...

best.. ni album live yg best. Kat tmpt aku masih bnyk lagi versi rm12.90 ni. Packaging Malaysia biasa la. Packaging janji jual.

zan said...

Solo Diari Habil & Qabil memang tenggelam. Problem masa mixing barangkali. Tempo masa nak masuk drum pun agak out of beat.

Paling best pada aku solo Fantasia Bulan Madu pasal Kid solo guna eletrik gitar. Hmmm..

deaf_angel said...

ni cd aku beli kat terminal larkin tingkat dua yang kat tengah tu.

not bad, cuma medley2 tu cam tak best la sekerat2 gitu.

matakucing said...

konsert ni Aceh/Nasir yang jd organiser, Dangaroos kot nama sykt dia..aku ada salinan konsert ni tp part2..rakaman dari tv3. Setlist konsert sebenar ngan setlist cd ni berbeza. kat album ni ada lagu yang tak ada.

berteromber said...

sama je bentuk mukabuminya dgn 1st pressing..cuma 1st pressing siap ada kotak kertas kat luar..

mixing standard album live melayu la...mesti fail..banyak solo tengelam...ada part yg amy salah lirik kan...lupa ahh lagu mana..lama dah tak dengar

eddie dewanaga said...

Label Dangoroos milik Nasir ni pernah produce satu band, dia nak bikin ala2 Search... nama band tu Scream... ada lagu2 cantik dari Nasir dan M.Nasir.

sayang, hilang punca, hilang entah kemana.

tapi vokalis dia cukup versatile!

Portdy said...

takilala-san:
betul tu, nasib baik dia tak bagi inlay sekeping cetak sebelah muka aje...tapi biasanya kalau rilisan Warner boleh tahan juga inlay dia, tengok artis lah...


ZAn:
paling ketara RNR Pie lah, langsung takda solo tengah, bunyi rythm je umpama gitar Kid problem pulak...\

Portdy said...

brodeplepp:
kalau hani music centre tu kan? baru jek sabtu lepas gua pergi tengok, ada lagi rupanya huhuhu...segalanya disini menggamit memori!


Cateye:
yup, yang aku masih ingat lagu Roket pun ada masa live tu....best tu!

Portdy said...

Broteromber:
i see, ada hard cover eh...macam fenomena 2003, ....fenomena 2003 pun dah takde hardcover.
err bro, ada CD Fenomena yang first pressing punya tak? original bukan yang Edrie Remastered tu? review sikit?


Nagakeramat:
Sream eh? lagu Rindu kalau tak silap...

teringat suhaina yahya zaman dulu-dulu , filem dia yang Marah-marah Sayang ke apa tu yang ada Ebby Saifullah Ali,
Ada lagu Buka Buka Pintu sayang?
lagu2 OST dia best2!

berteromber said...

Fenomena tak jumpa la 1st pressing cd...ada ker?

aku punya pun yg remastered version

Portdy said...

broterober,
macam ada la....yang include lagu bonus Malam sama Mencari bukan dari CD version ke?
...ataupun indonesian CD pressing kot?

sapa2 leh comfirm?