Thursday, December 22, 2022

Countdown: 2 Day to Barbarik - Pentas Keras

Countdown: 2 Days to Barbarik - Pentas Keras 
Wings - Mr Barbarik (2000)

Pencetus kepada nama dan idea untuk penjelmaan dan penjenamaan semula karya dari Joe dan Muss ( serta Eddie dan Black)

Sedikit cerita aku dan album ini:

Masa aku beli kesetan nya, sakit telinga aku bila pasang kat walkman. Bukan pasal tak sedap. Tapi bass dia terlalu kuat sangat. Aku rasa aku dapat defect unit keset yang problem masa press. Ini pernah beberapa kali berlaku zaman aku menyekesetan dulu. Antaranya yang aku ingat adalah album Load - Metallica. masa tu semangat beli kat kedai keset abang yang pakai tongkat kat kedai berdekatan tandas awam Stesen Bas Pontian. Bawa naik bas ekspress ( nak balik asrama itu jam) , sumbat walkman ...sekali sakit telinga aku. Bass overloud... sound tak balance. Peliknya bila dengar mp3 ok je. Dari situ aku suspect aku dapat kesetan defect. Setan betul. 

So itulah kenangan yang lebih kurang kena kat keset Mr Barbarik ni. So aku tak enjoy listening to it. Tapi tu masa dulu la. 

Album ini kesinambungan dari kekerasan dan keganasan album Mencari Asal Usul. Senang cakap la, album ni lebih metal dari album XPDC ketika tu. Sound kotor , heavy , barai bila dengar lagu-lagu fastnya. Rasa macam diorang marah marah je. Aku yang dengar pun rasa nak marah orang. 

Ni juga bukan album favourite aku masa tu tapi bila dah tua ni rasa best pulak lebih lagi bila aku dah upgrade ke original CD. Sound best. 

Ada 10 lagu dan aku rasa semua lagu best. Walaupun bukan favourite tapi aku bole dengar tanpa skip. Opening track Keris Tak Bersarung tu cukup rempah epicness. Macam ni la susun lagu dalam album. Letak opening lagu yang catchy, stadium opener dan kebabom. Ini letak Ranjang Mawar , Biru Mata Hitamku, Laila Namamu Teratas jadi lagu pertama dalam album. Taulah strategi marketing 

 Sambungan Misteri Mimpi Syakilla iaitu Inspirasi Syakilla ada di track ke 2. Aku antara ramai yang nak dengar macam mana lagu ni masa tu. Okeyla. Aku rasa kalau JS Kevin masih ada dan Joe masih dalam Wings, mungkin ada Syakilla ke 3. Macam The Unforgiven yang sampai part 3. Harap Metallica buat part 4 iaitu The UnFourgiven. 

Lagu Julang Timur Tengah 
Ni senang cakap lagu On My Side dimelayukan. Andy McLean nyanyi dalam album Wings And Superfriends Opera Dalam Kenangan Part berapa aku tak ingat. Part 2 kot? Kesetan kaler hijau.

Oh ye. antara sebab utama aku nak pergi konsert Barbarik ni adalah aku nak tengok lagu Mayang Sulit secara live . Aku nampak diorang dah practice. Aku rasa ni satu power ballad yang best heavy tapi pelik. Starting tanpa intro mendayu-dayu, Joe bantai riff menggila dan jeritan gitar tiba-tiba masuk je verse. Solo antara yang aku suka. Lagu ni susah nak nyanyi tau. Verse lepas solo tak mengulang pun struktur sebelumnya. Bole sesat dalam lybrinth. Sebab tu la lagu ni Mayang SULIT. Kalu senang nak nyanyi mungkin tajuknya Mayang SENANG. 

Kalau tak silap, ini kali pertama WINGS ada lagu duet dalam studio album. Lagu Singa dan Harimau Mus duet dengan Acheed Def Gab C. 

Satu yang aku suka lagi pada album ni adalah COVER nya. Lawa siot. Ada macam unsur Conan The Barbarian atau Manowar dalam bentuk komik. Lukisan mcm style game PS3 SHANK. Lukisan abang Foad rasanya. Nanti la aku check discock. 

Walaupun album ni ganas, tapi ada bunyian keyboard untuk beberapa lagu. Nice touch. 

Antara lagu aku suka adalah:

Mayang Sulit
Teater Mahamega
Keris Tak Bersarung

Portverdict: 🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸

Lagi sekali aku rasa BMG takda produce videoklip untuk single album ni. 
Pemalas. Kedekut. 

Tapi kalau ada sekalipun mungkin takda la Nasha Aziz. It beat the purpose la album ganas macam ni ada model cun . Sebagai alternatif masa tu mungkin bole panggil Malek Noor atau Barry Prima.

Wednesday, December 21, 2022

Countdown: 5 days to Mr Barbarik Barbarik - Pentas Keras ( Telah diterbitkan pada 19.12.2022 di Facebook)

Countdown: 5 days to Mr Barbarik Barbarik - Pentas Keras 

Inilah album Wings tanpa Awie yang paling aku minat.

Wings : Orang Asing ( 1995)

Memang blues/gloom/doom/feel gila. Bestnya sama taraf dengan album Bon Jovi - These Days yang juga diterbitkan pada tahun 1995 ( Seriusdep Berbual mesti maki hamun aku bila baca ayat ini 😝). Vokal digalas oleh saudara Mael eh... Mel. 

Favourite lagu aku : Potret Diri, Siaran 9 dan Syaiton Mengganas dan semestinya Semalam Yang Hangat. ( VC ada Faizal Hussien dan Nasha Aziz tauu).

Portverdict: 🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸

10 markah khas juri untuk Nasha Aziz.

Countdown: Day 4 to Barbarik - Pentas Keras ( telah diterbitkan di Facebook pada 20.12.2022)

Countdown: Day 4 to Barbarik - Pentas Keras 

Kalau semalam The Purple Album, hari ini kita layan The Brown Album.

Wings - Mencari Asal Usul ( 1998)

 3 lagu pertama dah cukup heavy termasuk le lagu power ballad tercekik tulang nak nyanyi iaitu Padamkan Lampu Study. 

Album ni memang berbeza. Ni dah mula lah Joe, Eddie dan Black create sound band jadi lebih metal dan bukan Rock N Roll / Hard Rock dan lari dari blues Orang Asing.  Hingga aku pun terasing.Tapi masih tak hilang signature Wings. 

Bagus nya pulak, time ni masih dalam fasa irama Metal menguasai muzik nusantara. So kemetalan dan keheavyan dari beberapa lagu dari album Biru Mata Hitamku telah mencipta fanbase baru Wings dari kalangan metalheads. (album BMH ni esok esok la aku cerita) 

Album ni bukan favourite aku. 

Tapi ada satu lagu yang aku suka sangat sound dia iaitu Hidup Sederhana.  Macam zaman Teori Domino. Kau dengar lah lick badass bass line lepas solo oleh Eddie. Dia punya slurrrrrrrr tuuuu...signature siottt. 

Adalah jugak yang aku suka dalam album ni; 
 lagu di atas tadi, 18000 Sayap (Nombor Pintu Langit) dan 
Dilailah (Hidup Mati, Damai Perang).
Special mentioned: Kan ada sedikit Melodi solo guitar masa Intro lagu Mencari Asal Usul tu kan? Aku suka solo guitar tu, aku harap sangat lagu tu jadi satu lagi power ballad.   sekali moderate laaaa. 

dan...aku perasan macam takda keyboard dlm album ni ..apantah lagi Chicken Shaker 🤓

Oh by the way; Lagu Krisis Di Pertengahan Hidup aku rasa macam kesinambungan Rendang Tak Berbuah la. Memang signature Allahyarham Bob Lokman ni. 

Lagu Bukan Kerana Matahari pulak anda boleh belajar tentang climate changes. Ada sebut El Nino. Kebetulan aku keje
Ministry of Natural Resources, Environment and Climate Change. 😝

Lastly, cover album Wings posing macam gangster duduk kat meja. lebih kurang posing Search dalam inlay Bikin Wilayah dan Metallica dalam inlay Load

Portverdict:  🎸🎸🎸🎸🎸🎸

Seingat aku takda Video Clip untuk lagu2 dari album ni. So takdalah Nasha Aziz. Tiada Nasha, tiada markah bonus.Nasha tu signature tawwww.

Countdown: Day 3 to Barbarik - Pentas Keras

Countdown: Day 3 to Barbarik - Pentas Keras 

"Hanya seminit
Yang aku perlukan
Maka bersama kau kekasih
Di dalam terang
Kau suluh rupaku
Ternampaklah segalanya" 

Wings - Biru Mata Hitamku (1996)
The Blue Album

Album ni, fuhhh...kalau nak tulis banyak.
Aku tulis la sikit-sikit kendian aku tambah.😄

Lepas setahun album Orang Asing terus keluar BMH. Rajin siot diorang.

Pada aku album ni perfectlah. 

Packaging CD dia, kalau kau dapat beli first press dulu akan dapat outerbox siap 4 keping gambar Muss Joe Eddie Black. Dah macam packaging album Kpop zaman sekarang.

Lagu dalam album ni banyak. Puas hati. Bukan tipikal 10 lagu. 

Macam-macam genre ada. Heavy metal, Pop, Hard Rock, Alternative rock, Folk rock, Ballad...Reggae 

First time aku dengar single Biru Mata Hitamku, aku macam peliklah dengar stail gini. Moderate pelik. Tapi bestlah. 

Aku rasa album ni takda sentuhan M.Nasir kot?
Aku malas nak check discock.

Nota tambahan: Ada satu lah lagu Dato Dr M.Nasir iaitu Idaman. Dia guna nama Aloy. 

Aku beli keset dulu awal, rasanya tracklist CD dan keset susunan lain sikit. 

Lagu aku suka?

Makam Kekasih
Gegar Gunung Gemora 
Satu Titik Yang Kosong
Lupakanlah
Kembali
Raum
Idaman
Nomad

Lagu aku skip:

Jalan-jalan ( Joey Daud yang cipta lagu ni)
Jika Kau Tahu.

yang lain ok lah di telinga

Joe nyanyi satu lagu, Asmara. sound alternative. Sikit sound macam The Faculty Of Mind - Butterfingers

Lagu Kata-kata berentak reggae. Seingat aku dalam katalog Wings ada 2 je lagu reggae. Satu lagi lagu Perhentian dari album Teori Domino 

Album ni Muss ambik alih dari Mel. Pada aku cocok lah penyanyi hebat macam Muss ni masuk Wings...waima masuk apa band pun. Memang dia layak. Untung dalam sejarah WINGS ada penyanyi macam Muss. Aku rasa kalau Wings nak main Rock Dangdut pun Muss bole deliver. Kau dengar la satu satu lagu dalam album ni ko akan perasan flow mood dan irama yang berbeza.

Tapi aku rasa album ni macam disiapkan untuk Mel yang nyanyi 🤓.

Imej Wings masa ni memang best. Baik dalam photoshoot album dan live performance. 

Kalau kau nak album yang sempurna dan menguntungkan kerajaan... eh menguntungkan kau.... pada aku ni la. 

Terus tak ingat penyanyi WINGS sebelum ni. Satu Transformasi ke WINGS yang baru. 

Lupa aku nak mention, aku suka logo baru Wings yang digunapakai sejak Orang Asing lagi. 
zaman ni jugak zaman BMG jual single. sapa beli dulu dapat Biru Mata Hitamku dan Enigma versi akustik. 

Portverdict: 🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸🎸

Aku tak ingat ada video promo ke album ni ek? 
ada pun video Biru Mata Hitamku versi akustik. Album hebat macam ni pun BMG malas nak keluar modal buat VC. 

Takda VC, tiada lah Nasha Aziz. Kalau aku lah creative director dan bole perah duit syarikat rakaman, aku dah letak Irene Casiano Santiago dalam video clip lagu Kembali.