Sunday, July 26, 2009

Wings & Superfriends - Opera Dalam Kenangan Part 2 '94


Wings & Superfriends - Opera Dalam Kenangan Part 2 '94 - (1994) -zaman perceraian Awie dan Wings dengan talak satu. (Sekarang sudah ruju' )

Pada zaman dahulu masa tahun 1995 gitulah, zaman saya sekolah asrama. Ada satu masa tu kan, saya ambik bas sangkut-sangkut untuk balik asrama. Nak jadikan cerita masa tukar bas kat Batu Pahat, saya jalan-jalan kat kedai CD dan terjumpa ini dua cd merah dan hijau baik punya tercampak dalam section CD longgok. Dan dengan kenaifan saya ketika itu , 2 cd tu saya tak beli pun kerana; takda duit, takda cd player dan fikir akan datang boleh cari lagi.

Tak sangka langsung ianya akan menjadi rare item. Hu hu hu...

Natijah dari tindakan itu saya telah menyesal selama hampir 10 tahun sehingga pernah suatu ketika saya cuba untuk merekacipta kereta yang boleh merentas masa macam Delorean dalam Back To The Future.

Akhirnya, saya dapat CD ni Plaza Angsana Johor Bahru ditempat yang sama dengan saya beli vcd Ella dalam review yang lepas. Dah masuk tempat longgok juga dengan harga RM 9.90. Lama dah beli ni sekitar 2005 kot? Salah satu benda yang saya sangat sayang. 2 - 3 kali je main kat player lepas tu rip masuk komputer. Namun begitu separuh kekesalan belum terhapus kerana Part 1 kaler merah belum jumpa lagi. Mungkin kena mulakan semula projek mesin merentas masa kalau ada kelapangan.

Info album:

Penerbit: Joe Wings
Penerbit Eksekutif: Ali Bakar
Penolong Penerbit: Steward Day
Susunan Muzik: Wings
Jurutaip List: Ain
Jururakam/Adun: Don Bartley
Koordinator Di Australia: Rusell J White Managment
Studio: Metropolis Studio Melbourne
Mastering: 310 Studio Sydney Australia

Front , very green.

The remaining Wings masa tu, Eddie, Jojet, Joe.
best baca sleeve note dia.inlay dia meriah.


Tracklist:
  1. Instrumental Paus Menangis
  2. Ramli Sarip, Mus, Amy,Zul,Andy McLean - Alam Barzakh
  3. Ito - Di Tepian Gelanggang (best lagu ni, tapi sama dengan satu lagu Aris Ariwatan)
  4. Ramli sarip - Orang Kita ( best versi ni , I like...)
  5. Ito - Biarkan Berlalu (best juga, slow relax)
  6. M Nasir - X'po Imaginasi (lagu psychedelic yang cool)
  7. Nike Ardilla - Pengembara Terasing (slow ballad)
  8. Amy Search - Kiblat Laser (best! Encik Awie sila rakam balik lagu ni...)
  9. Mus - Satelit Puaka
  10. A Romzi - Dari Tuhan
  11. Jerangkung - Instrumental
  12. Mus - Bernafas Dalam Lumpur
  13. M Nasir - Rantai ( very huru hara tapi best juga)
  14. P.T.M - Instrumental

*mana mana yang saya komen tu kira personal favourite la...

Lirik stail bersambung macam Bazooka Penaka. Buat pening kepala saya.Barisan rockers jemputan. Dulu-dulu saya minat na tengok Nike Ardilla ni. M.Nasir gila nampak muda seh.


Deaf pun ada review cd ni, klik link kat bawah
part1 part2

Nak dengar Ekspo Imaginasi versi Awie, sila ke halaman Naga di sini.

Sesiapa yang ada 2 cd/keset ni memang patut bersyukurlah, simpan elok-elok. Selagi takde re-printed edition selagi itu anda adalah pemegang bahan bukti penting dalam sejarah rock Malaysia.

15 comments:

Ijau D. Koceng said...

bakal dicari di serata bumi borneo...

Portdy said...

gambatte kudasai ijau!

berteromber said...

rasanya gua ada 2 kaset ni kalau tak hilang la..nak kena selongkar gobok ni..

masa zaman dia keluar gua dah kurang follow rock melayu...tp pasal wings punya pasal..nostalgia la kan..beli jugak walaupun tak berapa dengar pun..

Portdy said...

broteromber,
kira tak buleh la nak riak kan? wa kakakaka!

SkiD said...

Yg ni aku tak mengikuti sangat...

eddie dewanaga said...

"...dimana kau kuburkan maruah kami, dimana?
dimana kau talkinkan nilai diri kami, dimana?"


- Kiblat Laser... Amy.

*dah convert mp3 lagu ni?
hantar pada gua bro...

dead_vocalist@yahoo.com

Portdy said...

Skidrow,
dah tinggal irama rock malaya eh bro?


bronaga,
check email....

eddie dewanaga said...

abah nemut nemut...
sudah diterima, roger and out!


terima kasseeeyyyy...!!!!

:: Cikgu Wiween :: said...

Wings keluar melodi aritu..tgk x?? Mengapakah kulihat Joe masih hensem makin menghensem-hensem??? Hakikatnya Joe mmg hensem poreber n eber! Tapi...




Awie tetap pojaan hati rock ku! ehehehehe

Portdy said...

vween;
joe dan awie dah tebas janggut sama rambut....tu pasal la hensemmm

err black sama eddie lagi ensemm apa...gagah dan berani!

deaf_angel said...

versi cd merah, aku pernah nampak sekali aje, dan aku beli.

versi cd hijau aku nampak tiga kali,
dua aku beli, lagi satu aku nampak orang beli sekenhen kat amcorp mall haha

memang rare

Portdy said...

brodeaf;

lepas orang2 macam kita ni beli, ntah ada lagi ke tidak cd2 ni yang unsealed punya berlegar dalam kitaran alam agaknya eh?

lepas dengar dua cd ni (yg merah tu versi sedut huhu) personally I prefer yang hijau...so glad i have it...

Eury giger said...

Slm bro portdy minta jasa baik kirim mp3 boleh?? Kalu der ori mmg nk beli tapi sbb mmg xjumpe dah kan ..kat page lain byk versi kaset bunyi pecah2 xbest r ...ni email sy kalu nk bg alhmdulilah klu xbgi pun xpe ape2 pun sy dah tnyekan ok bro thank blog lu mmg best

Email:desirevsbloodshed@gmail.com

Eury giger said...

Slm bro portdy minta jasa baik kirim mp3 boleh?? Kalu der ori mmg nk beli tapi sbb mmg xjumpe dah kan ..kat page lain byk versi kaset bunyi pecah2 xbest r ...ni email sy kalu nk bg alhmdulilah klu xbgi pun xpe ape2 pun sy dah tnyekan ok bro thank blog lu mmg best

Email:desirevsbloodshed@gmail.com

Eury giger said...
This comment has been removed by the author.