Thursday, July 16, 2009

M.Nasir di Sinar Pagi

.

Saya sedang mendengar M.Nasir di Sinar Pagi! Wah! Seronok tak terkata beb! Ni baru dengar di radio belum pergi konsert.
Seronok dengar lagu-lagu rare dari M. Nasir dan Kembara yang jarang dapat dengar di radio diputarkan oleh DJ Kyrill, SY dan KE seperti Dedaun Masa, Di Balik Cermin Mimpi, Menentang Badai....dan yang paling rare sekali : Mari Berdangdut!
Ada sessi karaoke lagu-lagu M. Nasir. Ada satu brader tu nyanyi lagu Suatu Masa boleh tahan juga. Sesiapa yang berpeluang, sila ke Konsert Satu Wajah M.Nasir dan bersedia untuk menari la la la la, bersajak la la la la!*

Komen M Nasir semasa dikejutkan dengan lagu Mari berdangdut:
"Eh siapa ni? tak kenal lah, ni bukan saya ni?" sambil buat suara tak bersalah.


INFO:

Konsert Satu Wajah M Nasir
Tarikh: 25 Julai 2009
Waktu: 8.30 malam
Harga tiket: RM383 (termasuk hidangan ringan dan pelekat kereta VIP); RM253 (termasuk pelekat kereta VIP); RM153, RM83 dan RM53.

Tempahan:
Boleh dibuat menerusi Ticket Hotline di www.tickethotline.com.my atau 03-7725 1177/1166.



Portnote:
*Keratan lagu Setiap Dambaan dari album Sang Pencinta

9 comments:

berteromber said...

tadi gua dengar jugak on the way nak gi keje..tapi M Nasir ni memang slow bab jawap2 soalan kan..asik la kena pancung ngan SY dan KE..haha..

Portdy said...

bukan setakat slow jawab, suara pun slow hahahaha...
tapi biasak lah mnasir? A man of few words...

untung gak dah tua2 ni dia agak jovial sikit, kalau dulu2 lagi laeh tido kalau dia ada temuramah radio...

tapi hari ni dia ok la, ada jugak throw satu dua lawak....sporting.

rasanya belum ada DJ kat Msia ni yg kena regu dia...

matakucing said...

jom turun

kucingorengemok said...

ingat dulu nak ngorat m nasir, tapi nmpknya taste dia ppuan pendek² bulat² comel²... tak dapek lah den masuk line (tetiba nak up kan diri kononnya tinggi² slim² comel², haha)

eddie dewanaga said...

baru dengar... 'Bas No 13' tadi melalui henfon seorang rakan...satu dari puluhan karya Kembara yg eksklusif.

(gua tgh cari video 3gp yg boleh cuci mata sebenarnya)

Saudagar Mimpi said...

Turun jangan tak turun!

Takilala said...

mnasir..huhu..best. dah dgr album lama dia yg main dangdut??? pergghhh..best gila huhuhu.."mari..mari..kita berdangdut" -Mari Berdangdut,M.Nasir..huhuhu

deaf-angel said...

lain kali je la nengok M Nasir ni hehe..

baca review korang

SkiD said...

Aku layan M nasir zaman Kembara je dulu.