Showing posts with label art attack. Show all posts
Showing posts with label art attack. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Labu Garang dan Seram

Caption gambar:

1. Foto diambil di Jusco Aeon Bukit Indah Johor... pada 22 Oktober 2014 .

2. Cover album Helloween " Straight out of Hell". Diterbitkan pada tahun 2013.

Thursday, April 24, 2014

HADIAH HARI JADI - versi NEMUT NEMUT.

 Ehem,

Saya pun dapat Hadiah Hari Jadi juga,

kebetulan sama dengan bertromber. D'Oh.


 

 Mula-mula tunjuk sikit dulu. 
Peraduan TEKA GAMBAR

APAKAH GAMBAR INI? MATA GERGAJI? KELEPET EPOK-EPOK? GIGI DINOSOR MERAH?

Dipetik dari The Simpson WIKIA
 
Simpsons World: The Ultimate Episode Guide is the biggest Simpsons episode guide, and is 1,200 pages.
It covers all the episodes from Simpsons Roasting on an Open Fire, to Coming to Homerica.
The book was released in the UK on September, 30th 2010, and in the USA on 26 October 2010.

Apa ada kat dalam selain darpada guidebook untuk semua episode?
  • Every couch gag
  • A complete filmography of "Itchy & Scratchy"
  • Every "D'oh" or "Mmm..." Homer has ever uttered
  • Every song ever sung by the citizens of Springfield
  • Every marquee message from the First Church of Springfield
  • A tribute to star of stage, screen, infomercials, and filmstrips, Troy McClure
  • The largest collection of Krusty the Clown merchandise outside of Bart's bedroom
  • A complete list of celebrity guest stars 
Berat 8.8 pound, jatuh kat kaki boleh kecaguan.




 DARI SISI HADAPAN


 DARI SISI BELAKANG. DEPAN BISA BELAKANG BISA.




 Setelah dikeluarkan dari sarungnya.



 tengok dalam sikit



METALLICA , 865-863 

 



PANCA SITARA?

PORTNOTE: Tenkiu MyWify yang hadiahkan ni semalam.Mmmm.





Monday, August 17, 2009

Poster tunjuk perasaan.

.
Hehehe amacam entry kali ni da macam blog brader J kita tak? Ala, Yang suka riak Posterwi tu...


Poster GNR Use Your Illusions Tour.
Bukan official ye. Beli kat kedai jual barang rock kat Melaka Perit dalam tahun 1995.
Search Fenomena 2003 Remastered series.
Fotografi era Rampage.

Metallica St Anger. 2003
Album yang penat telinga mendengar bunyi drum ketuk tong tu.
Anak saya teruja dengan ketiak James Hetfield.


Itu hari masa geledah keset-keset lama untuk siri riak kesetwi, terjumpa pulak poster-poster lama. Lama tak bukak dari gulungan, rasanya dari sebelum kahwin lagi. Getah pengikat dia semua dah hancur.

Dulu-dulu kalau beli keset mesti boleh mintak poster, kalau tak dapat poster album yang di beli boleh juga mengendeng poster artis lain. Nasib baik dapat artis rock, nasib lagi baik boleh dapat poster Anita Mui. Saya pernah dapat poster Andy Lau Tak Wah kat Parkson Pontian masa tahun 93 gitu . Bagi kat amoi cun masa sekolah dulu dengan harapan dapat menyunting jadi teman istimewa. Tapi harapan hanya tinggal harapan. Percintaan kami dihalang oleh orang tua.

(err...sebenarnya tak dapat tekel pun...huhuhuhu....sentuhan kecundang.....jiwa hampa...ibarat kuda hampir mati....)


Banyak poster saya yang dah hilang dah masa berpindah randah dulu. Belum kira yang kena curik dan yang kena buat alas secara tak sengaja oleh ibu di dapur.
Ini adalah sebahagian yang selamat . Ingat nanti kalau sudah ada studio sendiri mau tampal semua poster ni. Tapi tak elok kan tampal dalam rumah? Hmmm nampaknya gulung saja dan simpan lagi untuk beberapa tahun yang akan datang. Pastikan menggunakan getah gelang yang lebih berkualiti kali ni.


Yang bawah ni antara yang paling disayangi.
Sayang dia bawah sikit je dari sayang kat gambar kahwin hehehe...

Poster These Days, 1995.
keset dah hilang dah huhuhu...image rambut JBJ yang paling best adalah dalam album ni pada saya. Sekarang kepala pun sudah botak tengah.
Tu ada Signature sendiri cas macam Jon Bon Jovi punya sign.

Aerosmith Big Ones punya poster. 1994.
Tapi rasa-rasanya ni fotografi era Get A Grip.


Pernah cuba-cuba tampal poster ni kat bilik, arwah mak bising huhuhu takut mimpi ngeri katanya. Ni poster beli dengan member dengan harga RM 5. Tahun bila beli tak ingat.

BOTB punya poster, dah hampir lunyai asyik cabut pasang saja.
Nak kena framekan bebetul satu hari nanti. Ni poster hadiah pemberian seorang sahabat, tahun 1996.


Ni kisah benar, masa kat hostel saya beli Scorpions - Eye 2 Eye dapat poster besar Scorpions yang gambar Klaus Meine sama Mathias Jabs botak tu. Bawak balik tampal kat dinding bilik.

Malam tu tidur saya ngigau kena grip/cekik kat leher dengan Mathias Jabbs yang kepala botak depan tu sampai menjerit saya dalam tidur. Member semua dah pelik tengok. Esok terus cabut poster simpan. Entah mana pergi poster tu dah tak ingat dah. Hilang ditelan masa.

Moral: Kualat dengan mak memang membahayakan kesihatan.


Ada senang lawatlah ke Kotak brader J kita. Banyak poster rock dia dah upload.
Tinggal poster Nor Albaniah je yang belum.

Ini lah NorAlbaniah, pelakon zaman 90an dulu, bagi adik-adik sekarang yang mungkin kenal Diana Danielle dan Lisa Surihani sahaja.



Tuesday, July 07, 2009

Kucing jadi-jadian

.
Si Nemut-nemut suka na tengok video kucin' ni. Terkekek dia ketawa.
Saya nak kongsi dengan anda. Kongsi itu ambil berat kan?





Portnote:

Gambar kucing ni tiada kena mengena dengan Matakucing, Kucing Hijau atau Kucingorengemok ya.
Nanti ada pulak yang tuduh saya berskandal ngan diorang pas tu curik-curik ambik gambar video dalam hotel ala Skandal Julfekar dengan Farawahida

Monday, July 06, 2009

Menjawab soalan Kucingorengemok: Joget Rota-rota.

.

Soalan:


kucingorengemok said...

"mcm mana joget rota² tu? cikedis skrg ada balik, tapi tak kaw mcm masa kecik² dulu..."

Monday, July 6, 2009 9:37:00 AM MYT


Jawapan:

Baiklah Fatorencat.
Joget rota-rota ni macam Egyptian dance, bersedia untuk ikut ye.


Satu tangan ke depan , satu tangan lagi kebelakang,
hujung tangan tu buat macam kepala ular senduk dan gerak-gerak kan
macam nak memetuk,
kepala kalau boleh hangguk kedepan ikut rentak ujung tangan tu,
rendahkan sikit badan dan mula melangkah kedepan perlahan - lahan dalam empat- lima tapak ,
Lepas itu pusing belakang patah balik. Ulang step berkali-kali.

Lebih afdhal jika dilakukan secara berjemaah.

Pasangkan muzik lagu irama Arab yang bersesuaian. Kalau dapat yang irama Mesir purba lagi bagus.
Pada geng rockers, kita boleh pasang lagu Powerslave - Iron Maiden.




Sila rujuk gambar dibawah:Pix: Naruto, Sakura, Sasuke dan Kakashi Sensei sedang menari rota-rota. Sesuai dilakukan seisi keluarga.





Portnote:

Jangan tanya mana dapat nama joget rota-rota tu, dari iklan zaman budak-budak dulu kot?
tapi tak pasti lah iklan Rota ke Tora huhuhuhuhu...




Thursday, June 18, 2009

Lebah dan Bintang Menjerit


Ini dua watak kesukaan saya dalam siri kartun Transformers Animated terbitan Cartoon Network. Selalu tengok di TV3 , kalau balik kampung tengok di Kids Central.



Watak Bumblebee dan Starscream selalu mewujudkan comic-relief dalam siri kartun ini.
Si Starscream yang pengkhianat dan kuat menyindir dan Bumblebee yang suka cakap lepas.
Tengok aje lah muka Starscream tu, dengan senyuman yang menyakitkan hati .



Portnote:

Kredit gambar / Photo credit goes to :
http://www.flickr.com/photos/nandn_cathouse/

Monday, June 15, 2009

"The Trooper" (Camp Chaos version)

.


Sedikit Trivia Videoklip Lagu Aces High - Iron Maiden (Camp Chaos version) bagi sesiapa yang b
elum tengok. "The Trooper" (Camp Chaos version) - Eddie VS Bush and the gang.


Ok , fans Iron Maiden khususnya dan semua rockers amnya, kali ini saya persembahkan "The Trooper" (Camp Chaos version) .

Dah biasa tengok VC original The Trooper kan ? Kali ni versi animated, Eddie as The Trooper menyelesaikan kemelut peperangan diantara Bush dan seterunya.

Gile gore/ganas Video klip ni, Eddie memang dah lama geram dengan dunia yang berperang, habis diamuk semuanya hahahaah puas hati tau tengok Eddie! Yeah!

Ok versi ni hanya boleh didapati dalam DVD Vision of The Beast CD2 dan ianya merupakan "hidden extra" dalam dvd ni.




Screencaps dari dvd, enjoy:




Some little trivia for those who havent seen this videoclip : The Trooper - Iron Maiden (Camp Chaos version).

hehehe...

Tak syok tengok screencaps sahaja kan?

Nasib baik, ada fans sudah letak link video klip ni, apa lagi dipersilakan tonton bagi yang belum pernah tonton:




Kredit harus diberikan kepada/credit to EddHead from Chicago/original link:

http://www.viddler.com/explore/EdHead/videos/41/ingroup/metalfansunited/


Hehehehehe, lucu dan kejam.

"Aces High" (Camp Chaos version) dan Encik Lars Ulrich

.


Inspired from this entry:
Deaf: derek riggs punya aces high

Bro-teromber pun dah buat entry pasal Iron Maiden Live after Death, ni semua orang sudah dah kena demam Flight 666 huhuhu...


Sedikit Trivia Videoklip Lagu Aces High - Iron Maiden (Camp Chaos version) bagi sesiapa yang belum tengok.



Sesiapa fans Maiden mesti gelak tengok Videoklip Aces High selain yang original version perform atas stage tu, ada satu lagi version animasi dari Camp Chaos.

Animasi mengisahkan pertempuran jet pejuang antara geng Iron Maiden dengan Geng Askar Jerman.

...yang bestnya part ending Eddie keluar dari Spitfire , pas tu terus lompat atas satu plane askar Jerman, dia pecahkan cermin cockpit, pas tu Eddie terbang tinggalkan plane tu.

....and then plane askar Jerman tu menjunam terhempas so, kita nampak dia punya pilot eject dari cockpit, keluar payung terjun...bila close up nampak pilot Jerman tu muka mcm *Lars Ulrich - Metallica (siap ada tulisan "LARS" kat baju dia hehehehe)...


Ini saya snapshot dari vc dia.







Some little trivia for those who havent seen this videoclip : Aces High - Iron Maiden (Camp Chaos version).




Hehehehe , lucu juga.





Portnote:
  1. *Ini adalah sindiran dari Camp Chaos merujuk pada waktu itu kes diantara Metallica (Ulrich) dengan Napster (citer lama ni). Boleh rujuk sini.
  2. Videoklip ini boleh di dapati dari dvd Visions of the Beast sebagai sebahagian daripada extra features dalam cd 1.