Wednesday, January 29, 2014

Thursday, January 23, 2014

EDISI CDR1M - NIRVANA "TAK MENGAPA PARAP PARAP " NEVERMIND

Edisi kedua CDR1M

Nirvana -Nevermind

(wiki) Released September 24, 1991
Recorded May 2, 1991 - June 1991[1] at Sound City Studios, Van Nuys, California
"Polly" recorded April 1990 at Smart Studios, Madison, Wisconsin
Genre Grunge, alternative rock
Length 54:17
Label DGC
Producer Butch Vig








Siapa ada remastered edition? sama tak packaging dan inlay dia?

untuk bacaan tambahan "true-or-false-8-myths-about-nirvanas-nevermind  , sila klik SINI

OH WELL, WHAT EVER ? NEVERMIND

Thursday, January 16, 2014

EDISI CDR1M - CD RAKYAT 1MALAYSIA - DAMN YANKEES

Salam CDR1M 
Salam 1Malaysia


Bertemu kita dalam edisi CDR1M

Edisi yang membincangkan (dengan riaknya)  album-album yang diperolehi
dengan nilai serendah RM 1.00.
Ketika cd hunting , inilah anugerah yag teramat indah selain daripada ada mana-mana
brader nak lego satu kotak CD lama dengan secara percuma. Wah ! Sangat suka hati.

untuk siri kali ini kita tampilkan:

DAMN YANKEES - SELF TITLED ALBUM


Don't say goodnight
Say you're gonna stay forever
Oh woah, all the way
All the way, all the way, yeah, yeah
 Can you take me high enough?
Won't you fly me over yesterday?
 Can you take me high enough?
It's never over, yesterday's just a memory


 Yesterday's just a memory
 

disebabkan ini ulasan tiada peruntukan yang mahal, jadiknya sila baca ulasan lengkap , lemak dan berkrim oleh BRO-TEROMBER  di SINI


 dan....


TO DEAF ANGEL ,  Thanks for Everything
Julie Newmar

Wednesday, January 15, 2014

ROCK INTERNATIONAL VERSI MELAYU - ASAP NERAKA , MEMBAKAR DALAM DADA


 Ku di halaman rindu
Down in the memory lane.

Dulu-dulu ,
sebagai seorang rockers junior yang selalu mencuri dengar keset pakcik ,
salah satu keset yang menjadi kenang-kenangan saya ialah keset Rock International Versi Melayu
terbitan LIfe Record (Singapore)

yang ini adalah versi rilisan semula . Tak sangka ada rilisan semula.


 Cover depan, stylo jaman dulu-dulu. Standard cover Geng Disko Botak punya keset.


 Track List: ASAP NERAKA, JENG JENG JENG JENG JENG JENG JEG....



 CD, SEMUA LAGU DIMAINKAN OLEH BAND HARDATTACK.
Ada kedengaran suara JATT ALI di situ. Siapa tau line up ni?  Berapa ramai penyanyi?
Douglass Olivera ada nanyi tak?


Senikata saduran, sesuai nanyi beramai-ramai.
Sekali dengar boleh senyum kecil atau ketawa juga.

ada yang mengena macam : Ku Nanti Bertahun

Ada yang macam pelik je: Dongeng Purbakala.


Apapun must have, bukan mahal pun.
Saya mencari volume ke dua pula,

ada lagu JADI DRIVER , BERKERJA UNTUK MENCARI RRREZEKI,
   UUHHH SENANGNYA HATIIIIII...


Thursday, January 09, 2014

SCORPIONS MTV UNPLUGGED IN ATHENS

Salam 1Malaysia
Salam 1Athens


Saya mulakan karangan saya dengan kesimpulan:

"Kalau album live Scorpions itu ada lagu BORN TO TOUCH YOUR FEELINGS
saya akan terus beli , tracklist lain dah tak penting lagi."



Ok, rilisan termutakhir dari Scorpy,  SCORPIONS MTV UNPLUGGED IN ATHENS

ada 2cd, mengandungi hampir 24 lagu, harga RM 45 je.
Berbaloi kata saya, kata anda ? Anda katalah sendiri.


Overall, ini adalah MTV unplugged punya produksi,
kat tepi cd pun dah warning " ...plus special guest"  so anda dapat expect yang
Scorpy akan bawak hampir satu kampung rakan-rakan  bersama mereka di atas pentas.

ok saya tak gemar musician sekampung ni tapi selagi solo2 penting band member yang tapau kira boleh diterimalah.



 track list:  yang dalam bold adalah lagu baru

‘Sting in the Tail’                        -  wah ! opening pakai lagu album yang latest. bagus ni.

‘Can’t Live Without You’

‘Pictured Life’                            -    lagu ni digandingkan dengan  speedy coming ...puhh!

‘Speedy’s Coming’

‘Born to Touch Your Feelings’  - saya menangis masa dengar part sajak terakhir tu.

‘The Best Is Yet to Come’         -   eya eyo!

‘Dancing With The Moonlight’

‘In Trance’                                  -  kemuncak pertama eargsm saya.

‘When You Came Into My Life’ -  WOahhh!!! nasib baik tak bawak A Moment in a million years.

‘Delicate Dance’

‘Love Is the Answer’


‘Follow Your Heart


Send Me an Angel’                  - versi ACCOUSTICA lebih baik

‘Where the River Flows’            - kenapalah tak bawa versi asal saja . Accoustic juga.

‘Passion Rules the Game’          -  BEST!

‘Rock You Like a Hurricane’ - better than ACCOUSTICA version

‘Hit Between the Eyes’

‘Blackout’                              - dammn ! langsung tak leh teka pada awal minit pertama lagu ni.

‘Still Loving You’                 - piano based version.

‘Big City Nights’                   - dah berapa kali eargsm lah kali ni.

‘Wind of Change’                   -  strip down version. Saya benci Rudolph Schenker meminimizekan
  solo lagu ni.

‘No One Like You’

‘When the Smoke Is Going Down’   - lagu penutup konsert mereka sejak kebelakangan ini. Cuma
 kenapalah malas sangat nak solo?






bagi peminat A-ha macam Broteromber, Deaf, dan Shafid...mesti suka  sebab ada MORTEN HARKET!

Nak tengok video clip concert ni? Banyak kat Youtube, silalah gugel.

VERDICT: Anda boleh abaikan Comeblack tapi anda tak boleh ignore album ini. Recomended!

Wednesday, January 01, 2014

First album on 2014. ( album pertama di beli bagi tahun 2014)

Salam tahun baru 2014.
Mengambil inspirasi dari blog broteromber... cuma diubahsuai sikit.
My first entry
My first cd for 2014...purchased at 1.30 today.
1st of January 2014
Ito - Blues Meletup.
Rilisan 2007.
Dah lama saya memiliki mp3 lagu ini.
Cuma pada hari ini saya tergerak untuk ke kedai cd berhampiran untuk membeli cd original nya. Dah sebulan saya tengok ada kat rak display kedai itu dan saya yakin ianya akan tetap di situ sebulan lagi jika saya tak membelinya. Hehe.
Ternyata tidak menyesal.
Packaging album bagus.
Sound album bagus cuma tak cukup crispy. Boleh rujuk album Lefthanded - Syurga dan Neraka untuk contoh sound rangup .
Saya meminati sound yang balance bass dan treblenya cuma bunyik hi hat symbal tu kalau boleh jgn tenggelam sangat. Susah nk terangkan sebab saya bukan ada pengetahuan audio bunyi.
Tapi dipikirkan balik mungkin sound album ini sesuai kot untuk tone blues.
Barisan pemuzik? Serius berbaloi.
Joe wings...umarul....stone barongan....yan lefthanded....ujang....bakri dan the best of the best....wan ahmad of sweet charity...or ex sweet charity?
Masa mula2 sedut dulu saya meminati lagu Tiada Sempadan, Kekal Suci, blues Meletup.
Akan cuba mendengar lagu lain pulak. Lebih lagi setiap lagu lain line up yang menyumbang.
Extra nasik tambah:
lagu Lamo Kita Tak Jumpo ..yg sebelum ini ada dalam album ep Dkir Blues (kira rare cd ni) terdapat dlm album ini.
Kesimpulannya:
Kalau jumpa cd ni lagi di mana-mana... beli dan hayati...simpan kerana ianya bakal menjadi khazanah rock nroll blues malaya.  65% kebarangkalian boleh jadi barang rare jika tiada kesedaran dari rakyat Malaysia.