Thursday, August 24, 2017

songs in the key of x: music from and inspired by the x-files

1. Ketika di asrama sekitar 1995 dan 1996, teman rapat saya ialah walkman Sony (with megabass) dan keset.

2. Saya adalah pendengar tegar hard rock seperti Aerosmith, Scorpions dan Bon Jovi.
Ketika di asrama saya banyak diperkenalkan dengan muzik yang tidak pernah saya minati sebelum itu seperti Ramones, Spermbirds, Klover , Manowar (sekadar menyebut beberapa nama.

3. Saya sangat tidak suka bila didaftarkan di asrama. Ini sebab saya tidak dapat mengikuti rancangan kegemaran saya iaitu The X Files.

4. Mulder dan Scully. Dua watak yang cool ketika itu.

5. Seorang rakan telah meminjamkan keset  songs in the key of x: music from and inspired by the x-files, setelah dia tahu saya peminat siri itu.

6. Keset ini dan keset Nirvana Unplugged antara yang menjadi peneman ketika study malam. Kebetulan zaman itu zaman aliran alternative. This is an alternative katanya.

7. Walaubagaimanapun saya masih stick pada muzik hard rock, rock n roll dan 70s rock. Almaklumlah, hippies makan bunga.

8. Setelah 21 tahun kini saya berpeluang memiliki CD album ini dengan harga RM 15

9. My favourite will always Down in The Park, cover song performed by Foo Fighter.

10. And also Elvis Costello!





Some of the artwork and packaging.

Tuesday, August 22, 2017

SUPER PERVERT KEMBALI: KE TEPI AYA UETO, HERE COMES ZOOEY














Dont know much about Zooey, other than she is Tv Presenter and DJ.
Have that unicness of Malaysian face.

Wish her success in her career.

Girl Power!

Tuesday, August 08, 2017

BUKAKOTAK : THE VERY VERY BEST OF CROWDED HOUSE BY THE CROWDED HOUSE

Salam Negaraku Sehati Sejiwa.



1.Ini adalah edisi saya membuka kotak packaging CD/DVD THE VERY VERY BEST OF CROWDED HOUSE.

2.Saya bukan peminat tegar CROWDED HOUSE, hanya sekadar tahu beberapa lagu terutamanya DONT DREAM ITS OVER

3. tergerak hati membeli cd terpakai ini dengan harga RM10.00 disebabkan teruja dengan cover version lagu tersebut oleh Miley Cyrus dan Ariana Grande.

4. Sebut pasal cover version lagu rock lama oleh penyanyi baru, saya rasa ia adalah bagus.

5. Bacalah komen youtube pada lagu Dream On Aerosmith contohnya, mesti ada komen berbunyi begini: " GLEE shows brought me here"

6. Jadi bagus bila lagu lama disadur semula oleh mereka ini ianya memberi pendedahan kepada lagu asalnya.

7. Penggemar muzik sejati akan menggali akar umbi sesuatu lagu atau artis yang mereka minati.

8. Namun begitu ada juga rockers yang tak setuju atas alasan merosakkan lagu band yang mereka minati.

9. Benda ni subjektif. Kebanyakan saduran atau cover version tak lah teruk pun. Budak baru ni pun fikir kualiti juga.

10. Emosi dalam memberi pendapat akan merosakkan peluang muzik rock lama "dijumpai" oleh peminat generasi baru.

Back to CROWDED HOUSE.

jadi saya akan buat sedikit perkongsian gambar ye, sebelum malam ini saya bedah siasat content dan lagu lagu dari CROWDED HOUSE ni.









Dont Dream a little dream of me.

Portnote: Terimakasih saudara Transformers United kerana memperdengarkan saya seleksi lagu OST GLEE. Sedap juga diorang cover balik U2, JOURNEY, AEROSMITH. ETC

Ariana Grande dan Miley Cyrus Cover Dont Dream Its Over by Crowded House

https://youtu.be/m2ua3O_fdCY



Sixpence None The Richer version (thanx Rafi Zyrus Zone for your information)
https://youtu.be/3bdOefF_tyU



Thursday, August 03, 2017

ULASAN : LINKIN PARK - ONE MORE LIGHT (2017)


1. Album bergenre pop,  rock,  electro pop.   Ingat Alan Walker,  The Chainsmoker,  Coldplay ( edisi elektro) ? Mereka nak jadi macam ni.

2. Album ini tiada jeritan gila Chester Benington.

3. Bayangkan kalau semua electro-power ballad Linkin Park yang sedap sedap belaka seperti lagu Numb,  Powerless,  Robot Man,  My December dikumpulkan dalam satu album.  Nah inilah hasilnya.

4. Bolehlah dianggap seperti album koleksi "Linkin Park Ballad" album , Scorpions Pure Instinct,  Scorpions Still Loving You (Compilation+rerecorded), Wings Orang Asing.

5. Ramai pengkritik kutuk album ini.  Sehingga Chester nyaris nak ajak depa bertumbuk.

6. Tapi saya sangat SUKA album ini!

7. Album ini menunjukkan sisi bakat mereka sekarang yang lebih kepada composer + musician yang boleh keluar dari kepompong asal.

8. Lirik kali ini sangat deep. Lebih lagi selepas kematian Chester Be.

9. Inlay cd menggunakan kertas jenis recycle paper seperti album Nirvana Unplugged.

10. Inlay panjang.  Lirik disertakan.  Namun tiada satu pun gambar ahli kumpulan.

12. Single pertama 'Heavy', nampak lembik (jika diambil kira standard Linkin Park.)  Tapi dengarkan secara live atmosphere dia lain. In fact,  semua lagu dalam album ini sangat best in live perfomance.

13. Satu yang hampa ialah tak kedengaran distortion gitar Brad. Kalau dapat beberapa lagu ditonjolkan bunyian guitar itu mungkin lebih baik.

14. Boleh dikatakan ini adalah album CHESTER BENINGTON.  Beliau menggalas banyak tugas vokal.  Mike Shinoda ada dalam 2 lagu kot.  Siapa rindu Rap Shinoda pergi dengar HYBRID THEORY dan Fort Minor.

15. 5 Track Pilihan saya ?
     
Good Goodbye,  Battle Symphony,  Heavy,  Talking To Myself, One More Light,

16. Hukum menilai sebuah album (dulu keset sekarang CD) yang boleh dibeli pada saya sekiranya ada 3 lagu yang sedap sudah cukup. 


Portverdict?

Sekiranya dinilai sebagai album Linkin Park Nu Metal : 2/5 *

Jika dinilai sebagai sebuah karya muzik: 4.5/5*

Go buy.  Wife/ Girlfriend anda mesti suka.
Anda bebas layan lagu Linkin Park dalam kereta tanpa kena marah.  Diorang mesti tak sangka ini Linkin Park.

Portnote:

1.Penulis adalah seorang hippie makan bunga,  peminat tegar Aerosmith, penulis blog yang malas serta self proclaimed super pervert.

2. Dahulu beliau dipaksa minat Linkin Park oleh isterinya.  Sekarang tak malu pula mengaku die hard fan.