Monday, July 20, 2009

Makan Malam di Tomyam Klasik, Ayer Keroh, Melaka



Itu hari minum petangkan? Kali ini makan malam pula. Bersempena birthday My better half pada 26 Jun lepas.

Jentera pemusnah makanan yang terlibat secara langsung ialah Nemut-nemut, ibubapa Nemut-nemut dan dua orang aciknya, Acik Zunika dan Acik Alitfit . Tan-Tan , Tun-Tun sama Sya-Sya tinggal tak ikut, kerana sibuk kat rumah melayan dvd Crank 1 & 2 sekali jalan.

Sampai jam 9.30 malam, ya ampun ramainya umat. Menyesal tak telefon dulu. Ruang makan bersila ala-ala kampung semua sudah penuh. Pilih meja dekat dengan area TV projektor dan mengadap tasik. Hari ni selera semua westernized, lidah sudah pelat cakap orang putih dan bulu roma sudah tukar kaler blond.

Walaupun ramai tapi tak menunggu lama sangat untuk makanan sampai. Tapi kena rajin follow-up. Malam ni hampir full house... hujung minggu tak boleh kata apa .


(please click to enlarge.)

Ruang makan bersila yang sudah penuh liaw.

Snap gambar jambatan, ada family tengah ambik gambar ramai-ramai lepas makan.

Ni gambo bebudak main kat playground. "This use to be my playground -Madonna", huhuhu...

Tengah tunggu pesanan tempatan. Mynemut-nemut posing ngan Cik Alitfits.
Macam biasa , tak reti diam.

Macam laki bini bergaduh.

Pesanan pertama dah sampai. My beefsteak. Tengok tu , mesti ada tangan sibuk heiii!

Sila rasa kentang ni...sedap ni , well done.

Pesanan yang lain sudah sampai, Grilled Chicken. Tengok tu, ada je tangan-tangan yang sibuk lagi , heiiii!!!!

Dah kena titik tangan baru la tak sibuk. Boleh snap gambo dengan penuh ketenangan.



Flash back sikit. Sebelum makan-makan tadi ada aktiviti lawatan ke kedai kain, baju & skaf. Aktiviti kaum hawa. Kaum Adam layan radio Best 104 sambil snap gambo.

Kedai Kain Kulup Besar & Kulup Kecik. Hehehe.

Butik Skaf, sebelah stall burger feveret saya. Perasan tak kedai ubat Onn Tong tu? Mesti banyak "untung" kan.



Untuk info lebih lanjut tentang Restoran Tomyam Klasik, sila klik http://www.tomyamklasik.com/

12 comments:

Takilala said...

lapar la pulak..itadakimassss!!!

Portdy said...

itadakimas! sambil hirup kuah ramen..

Ijau D. Koceng said...

aku klu western food aku xjeles sgtla... tp klu nasik kandaq, meleleh~ lama xpekena nasik kandaq asli (penang mari)

nasik kandaq abu kat cafe mandarin sg. dua (dpn usm) penang was the best! my all time favourite

Portdy said...

greencat,
nasik kandaq yang real ni macam mana eh? sebab aku memang ingin nak rasa yang real punya...selalu test kat area melaka, johor macam nasik kari jekkk...apa ciri2 dia yg sebenarnya?

:: Cikgu Wiween :: said...

aik..gue ke muar..portdy ke Melaka pulok yer. ehehehe beshnya makan western food.

inc3 said...

salam,

nasib ekau gi mkn western.xdak la den brenti kelip mata.kot ekau tayang ikan pari bakaq mabeles pny..selamba den balik msia naik skate board.huhu..tompang lalu naa...

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

John kambing assalam pun tendang jugak. Hehehehe

berteromber said...

pegi tempat tomyam...makan western...kena la tu...hahaha..

er..dvd gua dah pos sabtu lepas..dah dapat ker?

eddie dewanaga said...

agree dgn berteromber, tomyam nya tak nampak, huhuhu...

tekak gua mengidam sate wak radol kempas daa...!!!

Portdy said...

vween,
cenggitulah ween, berselisih tengah jalan jek la kita ye? tak pernah bertemu ...

CikLinda,
kalau bubuh gambar ikan siakap bakar, udang goreng tepung, sotong goreng tepung, pari, kerang bakar...mau nya Cik Linda naik ikan lumba2 macam Toriton terus ke Malizia ni....
Cik Linda, masuk le blog kucingorengemok...banyak gambo makan2. Sila tadah air liur...

Portdy said...

sapik:
Rotijohnkambing Assalam hari tu memang tendang maut!
Itupun kalau diaorang tak salah hantar oder la...
Roti johnkambing jadik Murtabak kambing...jauh sangat tuu...

Portdy said...

Broteromber:
belum bro, gua masih menanti dengan penuh debaran ni....
Ada oder tomyam semangkuk tapi lupa nak snap...


dragon malaya:
Sate Sate Sate yum yum , masa mybetterhalf mengidam sate bulan lepas puas belasah sate ...nemut2 macam biasa lah hirup kuah kacang!