Hari ni geledah gerobok* nak cari dokumen-dokumen lama. Terjumpa satu cd yang dah lama saya tak dengar. CD rakaman lagu-lagu jamm bersama-sama rakan seperjuangan yang berusia hampir 10 tahun lamanya. Lagu ni dirakam guna radio National, di transfer ke digital. Masa transfer tu keset master dah rosak , jadi kualiti audio ada perit sikit nak dengar. Gelihati bila dengar balik, macam ni aku 10 tahun dulu eh? Macam baru semalam ia berlalu chewah!

Saya upload lagu Pencinta versi Tongkang Pecah , one of my favourite Lefthanded's song. Rakam masa baru balik kalah main bola. Gitar oleh Encik Koby. Lepas lagu Pencinta ni ada lagi lagu-lagu lain mengekor. Tak sempat nak edit huhuhu. Sudi-sudikan lah dengar , Sudi-sudikah dikau menerima kuuuuuuuu!!!!


Artist : Lefthanded
Title : Pencinta
Ciptaan : Yan.

Kau melodikan Sebuah lagu cinta
Dan hari ini Aku mendalaminya
Nyaman terasa Ketika beriring bersamamu
Redup cuaca di sekeliling

Di air tenang Kulihat keriangan
Dan segalanya Itu untuk siapa
Pasti kutujui Jalan menuju satu haluan
Engkau dan aku Akan bersama jika sempurna
Satu dan dua Dan dugaannya
Halakanlah aku
Jalan yang sentosa

Di sana kiri kanan
Yang tersenyum kepuasan
Barat timur dan utara
Bawalah ke mana saja

Dulu kala aku kelam Dalam pahit suasana
Lagi sempit lagi beku Hilang arah impian

Dulu kala aku rindu Belai kasih sayangmu
Hari esok mungkin ada Hari yang bercahaya
Itu nasib perjalanan
Seseorang pencinta

Klik sini untuk dengar


Satu lagi lagu cover Wings dari album Biru Mata Hitamku. Ini lagu duet dengan En Mail.
Semua track Gitar oleh En. Koby. Guna sistem overdubb secara analog hahahahaha...

Satu Titik Yang Kosong
oleh: Wings

Titik dah bermula
Meliputi warna putih
Warna putih yang terpadam

Dimana silapku
Apakah yang sebenarnya
Kebenaran cintaku
Cintaku yang sebenar
Tak mungkin aku pisah
tak mungkin gelisah
Jika engkau damai

Langkah kiriku membawa kecundangan
Tak dapat hendakku elak lagi kawan-kawan
Yakinlah padaku yakinlah padamu
Diasmara kita

Biar lama kembali kekasih
Hanya didepan cermin sejati
Lukisan warna gemilang
Menjelma dilubuk mata hatiku sanubariku
Intan yang sebenarnya

Datanglah kepadaku seperti ku merinduimu
Datanglah kepadaku seperti ku merinduimu
Datanglah kapadaku seperti ku merinduimu
Datanglah kepadaku seperti ku merinduimu

Klik sini untuk dengar.


Portnote:
*Gerobok = Almari