Tuesday, July 07, 2009

Bukan Karisma Kapoor

.
Satu lagi album Search yang sudah dinaiktaraf ke cd.
Search - Karisma. The Black Album.

Beli di Speedy Jaya Jusco , Ayer Keroh , Melaka tahun lepas.
Ini versi cetakan semula, ada beza ke dengan original pressing ek?



Cover depan yang hitam tapi menawan, samar-samar tulisan Karisma kat tepi tu.
Jangan cuba-cuba nak carik gambar bayang ular putih pulak, tu cover album kumpulan lain.

CD dalam , pun hitam jugak. Ini first album yang guna logo mata kot?


Lirik kat dalam.
Lirik lagi kat dalam.


TRACKLIST:

Search - Karisma - 01 - Melastik Ke Bintang
Search - Karisma - 02 - Melayar Bahtera
Search - Karisma - 03 - Orang Timur
Search - Karisma - 04 - Dunia Milik Kita
Search - Karisma - 05 - Emanuelle
Search - Karisma - 06 - Memandu Nafsu
Search - Karisma - 07 - Teguh
Search - Karisma - 08 - Manusia Reptilia
Search - Karisma - 09 - Paranoid
Search - Karisma - 10 - Orait Mama
Search - Karisma - 11 - Sutera atau Rayon


Lagu best? Semua kecuali Orait Mama dengan Teguh . Selalu skip.
Lagu paling best? Emmm... saya pilih Melastik ke Bintang sama Sutera atau Rayon.

verdict? 5*


Saya ada beberapa inkuri, kawan-kawan yang tahu tolong jawab eh?
  1. Kenapa dalam keset saya, lagu Sutera atau Rayon punya part intro takde bunyi electric sitar, tapi dalam cd ada pulak? Mixing problem ke atau keset saya yang problem?
  2. Siapa Aceh yang cipta lagu Sutera atau Rayon , Nasir Search ke? Gila sedap lagu ni.


Review lain dari Ijau D. Koceng

16 comments:

eddie dewanaga said...

lagu Teguh ni favorite seorang Siti Norhazila Sulaiman ni... yg bawak kenari merah area Majidee Baru, dengan ucapan...

"abang masih sayang awak tau..."

Portdy said...

baiklah,
kepada Siti Norhazila Sulaiman,

kami akan putarkan lagu Teguh dendangan Search yang diminta oleh saudara Eddie kita...

Hati2 ketika memandu kenari kami ucapkan...

Say it with music....

matakucing said...

aceh tu nasir search, ermm album ni versi re-mastered oleh eddrie hashim..original sound album asal ni lari skit.

Portdy said...

cateye,

terimakasih untuk informasi itu,

patutlah ada beza...
tapi gua prefer yang ada bunyi sitar tu dari versi yang kosong.

Betul lah Nasir=Aceh,

dasyat, dia punya ballad best lah,
harap diaorang boleh compose sendiri lagu banyak2 untuk album akan datang , hopely (kalau tak bubar la)....

Takilala said...

Melastik ke bintang mmg best!!

deaf-angel said...

I love this kaset.
Tapi macam tak dapat sambutan waktu tu.

Selain Mentari Merah Di Ufuk Timur, ni kaset ialah jenis tak yah ffwwd or rew,
main terus menerus pasal semua lagu gerek..

Paranoid, Emmanuelle, dan semua je la.

Teguh gerek apa!!!! Sapa sini tak suka Teguh? Portdy!!??
TEGUH GEREK APA!!!!!!!

Portdy said...

Takilala,

yup memang best, very the motivational gitu kan?
best buat dengar nak pegi keja.....semangat beb!

Portdy said...

hehehe bro depp,

ok lah ,

TEGUH MEMANG GEREK!

(sambil tangan tekan butang remote nak skip lagu Teguh kat player ....har har har!)

berteromber said...

portdy sama la...gua pun letih dengan lagu Teguh ni..ngantuk siot...huhu

yang lain memang layan..

Portdy said...

Broterombr gimme 5!

tapi ada satu benda yang gua suka pada lagu Teguh iaitu :

drum stroke yazid!
cek it out masa nak masuk solo gitar kat tengah lagu, dia punya drum beat dia macam ada karekter gitu...

ni kes sama macam lagu Asli dan Tulus - album Rampage. Stroke dia best!

:: Wiween :: said...
This comment has been removed by the author.
:: Wiween :: said...

Dua tiga ari nih gua suka dengar lagu fantasia bulan madu. Nih yg rasa mau pi tgk konsert search nih, (~_~) Anyway Teguh nih pun layan jugak

zan said...

Album Karisma dan Teori Domino memang ditunggu-tunggu pada masa keluarannya. Mungkin kerana peminat nak tengok apa magik terbaru Search & Wings selepas Fenomena meletup dengan Isabella & Hukum Karma dengan Taman Rashidah Utama.

Kalau korang perasan, 2 album ni jugalah yang BMG keluarkan pada tahun yang sama (1990). Search & Wings akan bergilir-gilir keluarkan album ikut turutan tahun (pada ketika itu).

Teguh ko boleh skip Portdy? Giler menusuk kalbu solo Kid, dengan VC ada ular sawa tuh...huhuhu

Portdy said...

Zan,

Teguh memang lagu yang bagus, its undeniable...

Tapi pada aku mungkin dah capai taraf tepu sebab lagu nilah yang selalu aku layan masa aku kecik2 dulu, sebab lagu-lagu lain dalam album ni terlalu advance pada masa tu, tapi sekarang lagu2 lain pulak yang best didengar sekarang...

tanyalah mana2 fans mostly ramai yg terkejut masa Karisma keluar, depa mengharapkan sesuatu yang lebih poppish dan catchy seperti album fenomena...

Teguh sebenarnya dah mencapai taraf overated macam Isabella dan Fantasia Bulan Madu....

aku skip bukan maksud tak bagus, cuma dah selalu sangat dengar...

tapi I agree wit u Zan,
Solo Kid dalam teguh memang best,
in fact ... Kid memang best dalam solo-solo lagu Search. ada feel....

SkiD said...

Aku pilih melayar bahtera...best apa!!

Portdy said...

wween,

konsert kat bukit jalil ada.
pegi jangan tak pegi.

broskidrow,

melayar bahtera gua suka version unplugged gema di timur jauh...