Tuesday, July 07, 2009

Jeritan Rindu yang bergema di Timur jauh.

.
Search - Jeritan Rindu

(written by: M. Nasir & Cenderawasih)
From the album "Gema Di Timur Jauh"

Susun semula
Rindu syahdu
Yang bertaut di kalbu

Menjadi tangga
Doa kabul
Ku yang menyintaimu

Aku yang menjerit jerit namamu itu
Mengharapkan balasan
Kau memanggil mesra
Nama ku pula
Tapi sayang kau membisu


Yang terdengar hanya tangisan
Hanya tangisan ku sendiri
Yang terdengar hanya rayuan
Hanya rayuan yang masih
Berkumandang di taman ini
Mencecah langit alam
Jatuh kembali dalam diri



*Nak dengar lagu klik SINI.





Versi keset.


Ni versi keset original, beli di Pasar Lambak Pontian masa balik malam kerja kilang lepas gaji, hari Jumaat somewhere around 1997. Zaman real punya working class hero. Balik kerja penat-penat, naik bas dari kilang pergi bandar Pontian semata-mata nak beli keset ni saje (dan sikit lah juadah pasar lambak untuk famili ...anak mithali lah katakan) .

Lepas tu cari teksi untuk balik rumah yang jauh nun di hujung tanjung nun . Nak dapat teksi bukan senang kalau malam beb. Nak melayan kerenah brader teksi yang masing-masing macam pontianak isap darah punya nak tekan tambang penumpang. Masa tu muka saya memang garang siap tumbuh gigi tajam-tajam . Ini time saya belum beli motor lagi.



Ini review untuk cd album Search - Gema Di Timur Jauh.
CD album ini adalah rilisan baru SonyBmg bukan yang rilisan tahun 1995 punya.


Ni versi cd pulak, dibeli tahun lepas. Harga RM 12.90 . Cetakan baru. Ada beza tak dengan first print punya eh?


Cover belakang. Lawa kan Logo Search Industrialis tu.


Tracklist.


Kalau tak silap masa fotoshoot ni Amy bertongkat. Sebab apa tak ingat pula, excident kot?

3 lagu Search yang paling saya suka sepanjang zaman ada dalam album ni iaitu Jeritan Rindu, Roket dan Bersalah atau Tidak. Gila punya best.

Lagu paling selalu skip: No Way!, dan kadang-kadang *Laila Namamu Teratas aka Lagu Potong Stim.


Verdict: 4/5*

Portnote:
  1. *Laila Namamu Teratas aka Lagu Potong Stim , quote dari Cateye
  2. Dah betulkan kat atas, keset ni dibeli dalam tahun 1997 bukan 1995. 1995 saya masih di bangku persekolahan lagi aka Remaja yang belum berduit

18 comments:

en_me said...

leh buat copy kat me.. please

matakucing said...

tu jam amy patah kaki sebab main motocross..artwork tu arwah jalil ngah yg buat kalau tak silap.

eddie dewanaga said...

en me,
copy...?
kat kedai kaset depan Speedy Angsana JB, ada album ni, sokonglah sikit industri muzik tempatan, bro... hahaha.

portdy,
lagu Pinball Superhero buat gua menggila siot... dan untuk melayan jiwa yg kesepian ni, gua pilih Andai Kumiliki Semalam...

berteromber said...

betul tu en_me...bukan mahal pun...hehe..

ni zaman aku tgh lost Search sekejap..kaset beli tetap beli..tapi tak berapa dengar sangat..antara album Search yg aku tak berapa familiar...tapi tetap dah upgrade ke cd..

Portdy said...

Salam En Me,
sudi datang umah saya
keep rockin bro!

Portdy said...
This comment has been removed by the author.
Portdy said...

Cateye,

tenkiu for the info!
aku memang betul2 tak ingat ....

Amy main motocross eh,

dah lama tak tengok motocross, last time tengok masa zaman dara lagi kat sebelah Plaza Angsana JB dulu dulu...

Portdy said...

brodragon,

ni 2 lagu "Andai milik semalam & dan Cinta hilang bisa "
masa wa first time dengar dulu series tak suka, rasa macam meleleh sangat hehehehe...

tapi sekarang i like it very much, terutamanya solo intro, solo tengah dan solo outro dalam lagu "Cintaku kehilangan Bisa", peh layan siot!

Pinball Superheroes memang gerek,
orangumah gua pulak suka Tong Kosong, gua suka Roket!

SkiD said...

Masa ni cintaku pada Search sudah pudar...so tak ambil peduli sangat pasal album ni...Biasa dengar kat radio je lagu Laila Namamu teratas....

Portdy said...

Broteromber,

layan la balik cd ni bro , jadik geng gua pusing2 ini cd dah kali ke berapa dah kat dalam player ni hehehe...hehe..

"Jeritan Rindu" gua first time dengar kat Best 1o4 terus jatuh cinta...dia punya ballads macam stail rock ballads omputih gitu...

Portdy said...

brow Skidrow,

bro mesti prefer Search zaman Hillary dulu kan? hehehehehe...

ini album memang mellow sikit lah, sama macam album Rock n Roll Pie,
Sama jek macam album Scorpions - Pure Instinct, banyak lagu ballad.

tak seganas 5 album terawal Search,

(5 sebab gua kira dari cinta buatan malaysia - sampai Fenomena termasuk Di Pintu Sepi sekali)

Portdy said...

ah lupa mahu bilang,

satu kelebihan album ni ialah gua suka tone guitar bro Din Mayat!

garing gila beb! contoh lagu: Tong Kosong sama Bersalah atau Tidak.

speedrider said...

Lagu potong stim itulah yang AMy tersilap masuk masa konsert Sebarang Jaya haritu... Memang potong stim abes

Portdy said...

hehehe speed,

gua tak dapat bayangkan macamana muka fans yang terpotong stim kat bawah masa tu....betul punya potong kan?

ini lagu sudah boleh keluar dari setlist daa.... banyak lagi lagu ballad lain boleh ganti....Bisa, Kau Pergi, Cinta Sepi, Sutera Rayon...

atau "Bersalah atau Tidak" ke kalau mahu dari album Gema?

matakucing said...

hahaha semua ckp lagu laila potong stim huhuhu sapa la start ckp cam tu muahaha

Portdy said...

cateye,

"sudah gaharu cendana pula"

deaf-angel said...

aku pun sama, ni zaman aku kureng ngan Search.
Dah tak ambik tahu, dengar2 gitu je tapi tak la minat giler.

I paling like Honky Tonk Kosong kat kaset ni.
Laila Nama Mu Teratas tu...lembab.

Portdy said...

bro depp,

gema di timur jauh ni best layan kalau rasa nak try tukar angin ...
Honky tonk kosong memang best very RNR gitu...

tapi Honky Tonk Man lagi best kot?