Thursday, July 09, 2009

CD Review: Search Terbaik.

.
Pada suatu hari yang indah, saya telah pergi ke Speedy Video, Jaya Jusco Ayer Keroh Melaka. Tujuannya adalah untuk membeli CD Search - TERUNGGUL. Setelah sampai ke tempat yang dituju, saya terus ke lokasi di mana CD lagu Melayu ditempatkan. Sambil membuat jelingan tajam ke arah Sales Assistant yang cuba-cuba nak berdiri sebelah saya, saya terus meneliti satu persatu katalog Search yang ada di situ.

Kesnya begini: Sekarang depan mata saya sudah nampak CD Search TERBAIK.

Apa sebab saya mahu cari CD Search Terunggul? Sebab dalam edisi 2 disc tu ada lagu-lagu Re-recorded version dari album Search Terbaik . Siap dapat booklet sejarah. Jadi kalau sudah ada Search Terbaik depan mata macam mana?

Dalam koleksi saya sudah ada CD: Karisma, Gema di Timur Jauh
Keset: Mentari Merah, Koleksi Terbaik Search, Fenomena, Karisma, Rampage, Search Terbaik, Gema di Timur Jauh, Unplugged Gema di Timur Jauh, Bikin Wilayah, RNR Pie Live and Loud, Gothik Malam Edan.
Yang lain-lain saya boleh pinjam dari Kutubkhanah En. Shafid.

Akhirnya setelah membuat kira-kira dan formula Penaakulan Mantik, saya memilih Search Terbaik. Kos pun jimat sikit, dan yang paling penting artwork dia lawa.



Cover depan dan CD. Sukalah clay mask muka Lineup Search tu.


CD dan Inlay. Ada beza tak dengan keluaran original?

Back Cover.
Kid & Din

Yan & Kid, Amy kat sebelah.

Amy & Kid
Yazit.


Tracklist:
  1. Setelah Hujan (dari Album dipintu sepi 1988) - Rakaman Semula
  2. Fantasia Bulan Madu (Dari Album Mentari merah diufuk timur 1987) - Rakaman Semula
  3. Isabella (Dari album Fenomena 1989)
  4. Nigina (Dari Album Rampage 1992)
  5. Seribu Satu Natijah (Dari Album Double trouble 1993)
  6. Teguh (Dari album Karisma 1991)
  7. Melayar Bahtera (dari album Karisma 1991)
  8. Bisa (Dari album langit dan bumi 1986) - Rakaman Semula
  9. Malam (Dari album 10 Tahun search 1990)
  10. Asli Dan Tulus (Dari album Rampage 1992)
  11. Kau pergi (Dari album Mentari Merah Diufuk timur 1987) - Rakaman Semula
  12. Mentari Merah Diufuk Timur (Dari album mentari merah diufuk timur 1987) - Rakaman Semula
  13. Meniti titian usang (Dari album Langit dan bumi 1986) - Rakaman Semula
  14. Kau Kan Tahu (Dari album Pintu sepi 1988) - Rakaman Semula

Verdict?


Puas hati.
Sound clear, tak macam versi keset saya yang sound dia mendap dengan bunyi bass tenggelam.
Saya dari dulu memang suka semua versi rakaman semula dalam album ni.
Kau Pergi versi Kid > versi Hillary.
(Sorry to Otai 2 Search fans!)

satu lagi saya perasan semua track Keyboard, piano dimainkan oleh saudara Indra Sharir. Selalu dengar nama ni dalam album Ramli Sarip. Siapa Indra Sharir ni? Adakah beliau sama dengan penyanyi Indra Sharir dari Singapura tu?

So kawan-kawan, sesiapa yang ada Search - Terunggul, sila review. Lets see what I've miss.



Kau Pergi versi KiD
*Kau Pergi Versi Hillary.

*Kredit untuk Mayapersada

16 comments:

deaf-angel said...

nice cd nice packaging

indra shahril tu dia dari kecik dah famous dalam tv
same person tu ler

Portdy said...

I see....

yang nyanyi lagu selamat hari raya tu kan bro?
very talented guy la, sedap dia punya melodi...pernah dengar dalam album Ramli Sarip.

SkiD said...

Lu memang pengkoleksi (perkataan apa ni?) Search yg unggul.. Gua cuma minat album kedua dan ketiga je..entahlaa...cuba gak layan yg baru2 ni...tak berapa menjadi lee..anyway..good collection tu..

Portdy said...

takde ah bro, wa banyak keset jek...zaman dulu mana mampu beli cd, cd player pun takde...

cd tu ajelah 2-3 ketul...gua suka dan membesar dalam era KID ....

tapi the perfect album tetap Mentari Merah!

berteromber said...

ni dorang record balik pasal lagu2 lama tu copyright under Polygram kan..tapi gua tak pernah atau tak perasan pernah dengar la lagu2 rerecorded ni..

Portdy said...

broteromber,

Oh itu macam ke, no wonder....
nanti wa cuba letakkan comparison lagu kau pergi....

Portdy said...
This comment has been removed by the author.
:: Wiween :: said...

windu gilos tgk rambut amy yg mengerbang tuh, Fuhhhh jeles..sama jek windu mengenangkan rambutku yg suda dikerat pendek. *sob *sob* (~_~)

Portdy said...

pendek cam amy ke ween? huhuhuhuhu

eddie dewanaga said...

setelah hujan dan seribu satu natijah tu cukup menjentik jiwa...

lain2 lagu macam mentari merah dan meniti titian usang, gua prefer yg original lagi...

Portdy said...

bro eddie,

1001 natijah, memang best,dia lambat nak masuk tapi pelan2 dia grow dalam jiwa!

matakucing said...

ermm versi rakaman semula kid just touchup balik..improvised kan sedikit. Namun tetap ada ummphh nya sendiri.Tp paling tak hengat lagu "Malam" tu memang giler babi best.

Portdy said...

cateye,

wa suka lah arrangement baru lagu2 tu...boleh back to back dengan versi lama tanpa rasa dengar lagu yang sama pun....

dia punya sound, soul dia, mood dia ada lain sikit.

apapun kudos tu M.Nasir kot?

ha cuma lagu Malam wa ada konfius sikit, KId ke Hillary?
ada sape2 boleh verify?

zan said...

Lagu "Malam" pertama kali keluar dalam versi 1st pressing cd Fenomena. Yang depan gambar Search semua pakai jaket kulit.

Dalam cd tu, ada 2 lagu baru, Malam & Mencari (instrumental), kedua-dua lagu dimainkan oleh Kid.

Aku minat habis Setelah Hujan versi Kid ni. Solo akustik Din memang terbaik.

Portdy said...

tenkiu zan
terungkai segala misteri

D'arsil said...

versi kaset yg aku beli mmg hancur bunyinya mcm bateri low saja.. aku tgk cd ni teringin pula nak cari.. lawa cdnya.. kulit album sama saja ngan tape hehe