Friday, May 08, 2009

Taman Botani dan Book Village Melaka part 1

Lokasi:
Taman Botanikal Melaka (formerly known as Hutan Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka) &
Kampung Buku Malaysia , Melaka. Kira-kira 5 km dari arah tol Ayer Keroh



(baca dengan intonasi dokumentari)
Berekreasi sambil membaca adalah satu amalan mulia. Maka sehubungan itu untuk mencapai wawasan sebagai manusia yang bertubuh cergas dan berotak cerdas maka kita memerlukan tempat yang sesuai untuk aktiviti berfaedah ini.
Jadi marilah bersama kami menjelajahi ke dan menjejaki dunia tersembunyi perkampungan buku di hutan bandar Ayer Keroh. Sambil beriadah sambil menambah ilmu pengetahuan.


Permandangan dari hadapan anda akan disambut dengan susunan lanskap dan pasu bunga pelbagai jenis spesis.

Juga disambut dengan bunyi deruan air terjun buatan yang dikelilingi kolam ikan. Di sebalik air terjun itu terdapat juga akuarium besar yang berisi pelbagai jenis ikan.

Lihatlah bunga bunga pelbagai warna, benarlah kata pepatah ... bunga bukan sekuntum.


Melangkah masuk ke dalam hutan. Ada track disediakan , sangat selesa.

Sambil berjalan sambil menikmati kehijauan alam semulajadi. Pelbagai jenis tumbuhan berada di sini dan semuanya disediakan nametag bagi mereka yang ingin mengenali mereka dengan lebih akrab.



Papan tanda bagi memastikan anda tidak sesat jadi tak perlu lah bawa GPS bersama anda, nanti digelar jakun pula.


Pesanan ringkas dari Jabatan Hutan Melaka

Setelah berjalan selama 10 minit (atau lebih, bergantung kepada mph kaki anda..kalau anda berjalan macam Chaplin mungkin lebih cepat tapi berisiko sakit punggung) tu dia dah nampak dah Perkampungan Buku dari sisi tepi.

Kampung Buku Malaysia, Melaka. Arah hadapan.


Sedikit info tentang Kampung Buku Melaka ni:
  1. Ianya merupakan sebuah bangunan berupa perpustakaan yang sederhana besar...
  2. Tetapi jangan silap. Ianya bukan seperti perpustakaan biasa, di sini anda boleh membaca dan jika anda beminat dengan buku yang anda baca anda boleh terus membelinya dengan harga yang istimewa.
  3. Berfungsi sebagai "One Stop Book Centre " yang bertaraf antarabangsa.
  4. Ada 2 tingkat, pelbagai jenis buku di kedua-dua tingkat.
  5. Di tingkat atas terdapat ruang rehat sofa dan televisyen.
  6. Juga di tingkat atas terdapat Pc untuk kegunaan internet.
  7. Juga terdapat wireless access internet.
Sedikit gambar untuk tatapan umum.





Tidak sah jika tiada gambar My Nemut nemut.






Di luar bangunan terdapat taman permainan kanak-kanak dan taman alam fantasi.






Gerai di bahagian hadapan pintu masuk Taman Botani. Boleh beli cenderahati.



Menuju pulang ke Tol Ayer Keroh. Nampak tak tiga menara sebelah pintu gerbang tu membawa simbolik tiga kaum utama di Malaysia.


"As you look into the trees
You can look but you don't see
The flowers seem to tease you at the garden..."
(The Garden: Guns N Roses feat Alice Cooper)


Info lanjut sila klik sini:
www.melakabotanicalgarden.com
www.bookvillage.com.my

5 comments:

deaf-angel said...

bersih dan tersusun aku nengok dari foto.

kadang2 bila dah ramai orang datang, abis ler orang buang sampah merata dan rosakkan tempat

berteromber said...

banyak kali lalu sini..tak pernahnya menyinggah...next time kot.

:: Wiween :: said...

waaahhh library dia sempoi tp cam besh! ween pantang sikit nampak library nih. windu plak kat library tun sri lanang ukm. rumah keduaku dulu huhuhu

Portdy said...

Bro Deaf leopard,

ok lah tempat ni bro, kebersihan terjaga, cuma taman permainan tu ada kotor berlumut sikit...

pagi2 datang masa tu pun sibuk cleaner dia bersihkan kawasan pakai sembur angin macam ghostbuster tu....

Br0-tromber,

Bro, singgah lah sekali, pegi pagi elok sikit tak crowded... cuaca pun tak panas. Pas tu leh kena Tomyam Klasik, pas makan boleh karaoke kat Dataran Pahlawan...heh heh...

V-ween,

library dia memang sempoi, buleh jadik rumah ketiga pulak mana tahu?
huhuhuhhu....

ninie said...

best nyer