Friday, May 15, 2009

Ulasan Album : Journey - Trial By Fire



Album : Journey - Trial By Fire


Salam Dunia,

Ok pertama kali nak review album, album lama dari Journey bertajuk Trial by Fire. Satu-satunya album Journey yang saya beli. Sebelum ni saya hanya kenal Journey dari lagu Faithfully dan Open Arms sahaja. Ni pun saya dapat dengan harga Rm 2 sekitar 2 tahun lepas hahaha jangan cemburu ye. Rezeki namanya, daripada terbiar tak dipedulikan di kedai 2nd hand, baik ianya berada di tangan orang yang tahu menilai seni chewah....kondisi cd ni agak teruk jugalah.

Casing dah retak , patah dan cd dia pulak agak calar balar macam buat alas potong bawang....tapi masih boleh baca tapi memilih player sikitlah. Nasib baik cover semua ok lagi.



Cover album lawa kan. Kat depan tu langsung tak letak nama kumpulan ataupun tajuk album...

Tapi kan....cuba tengok betul-betul di bawah kepala bayi tu, ada ukiran tajuk album Trial By Fire.

Dari arah belakang. Tracklist.

  1. "Message of Love" – 5:34 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry, John Bettis)
  2. "One More" – 5:28 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  3. "When You Love a Woman" – 4:07 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  4. "If He Should Break Your Heart" – 4:23 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  5. "Forever in Blue" – 3:35 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  6. "Castles Burning" – 6:00 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  7. "Don't Be Down on Me Baby" – 4:01 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  8. "Still She Cries" – 5:04 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  9. "Colors of the Spirit" – 5:41 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry, John Bettis)
  10. "When I Think of You" – 4:21 - (Jonathan Cain, Steve Perry)
  11. "Easy to Fall" – 5:15 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  12. "Can't Tame the Lion" – 4:32 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  13. "It's Just the Rain" – 5:19 - (Neal Schon, Jonathan Cain, Steve Perry)
  14. "Trial By Fire" – 4:41 - (Jonathan Cain, Steve Perry)
Saya check kat wiki ada 2 lagu nasi tambah*. CD ni 14 lagu sahaja.



Ini CD pula.
Align Centre

Personel:

Inlay jenis folded poster. Bukak dan besarkan baru dapat tengok puas.

Bahagian belakang disertakan lirik. Lagu yang saya suka hmm..... Can't Tame a Lion, Message of Love, One More (lagu ni susunan intro strings dia sedap) dan Don't Be Down on Me Baby. When you love youre woman pun bagus juga tapi overated sangat lah. Lagu lain sebenarnya banyak yang lebih bagus .

Fakta album:
  1. Tajuk album Trial by Fire dari kumpulan Journey, merupakan album ke 10.
  2. Terbitan tahun 1996, diterbitkan oleh Kevin The Caveman Shirley, label Columbia Records.
  3. Album terakhir Steve Perry (vokal) dan Steve Smith (drum) bersama Journey
  4. Album studio pertama dan terakhir dalam dekad 90an. Sebelum tu Raised on Radio (1986) dan selepas itu Arrival (2001).


Kesimpulannya album ni best sebenarnya. Pelan-pelan dengar satu persatu track pasti boleh rasakan kemanisan album ni. Saya tak bias ya kerana Journey bukan lah 'makanan' saya.

Cadangan saya untuk hadamkan album Trial by Fire ni, cuba dengarkan sambil pakai baju T-shirt plain warna putih tight in, jeans biru dan pasangkan headphone besar di telinga, dengar sambil baca lirik dan berbaring atas katil.

Oh sebelum terlupa, solo gitar Neal Schon dalam Cant Tame a Lion memang mabuk kepayang pulang petang dibuatnya.



"They can't tame the lion
Can't tame the lion
They can't tame the lion"


*nasi tambah: ikut Bro Deaf punya istilah
** kualiti gambar tak memuaskan , haraf maaf. ini yang termampu setakat ini.
akan diperbaiki kalau dah ada stock gambar yang lebih garing.

16 comments:

berteromber said...

Journey ni aku follow gitu2 ajer...walaupun Faithfully tu kira salah satu all time fav. jugak la...yg betul2 tau album Frontiers dan Raised On Radio aje..lain2 dengar gitu2 ajer..

Aku minat Neal Schon..solo dia mmg jiwa...dari Santana ke Journey...ke Bad English sampai Hardline aku follow...cuma sekarang je kurang follow...tapi baca review ko dan citer deaf tu buat aku nak try dengar semula la..

Portdy said...

bRO-TEROMBER,

ha ah best ah neal schon...
lagi best dari ritcie Sambora lak rasanye...

dengar lah balik bro, wa nak ubah suasana sebab tu beralih ke Journey pulak...kepala kosong sedap pulak hadam Journey ni...

matakucing said...

journey tak pernah dgr full album cuma dgr kat komliasi viarous artis jer..nnt cuba carik la album journey.

Portdy said...

Bro,

Terus grab album Revelations, yang vokalis baru tu arnel pinada, dapat 2cd, 1 dvd, manyak untung wooo...sedap pun sedap.

..tak pun try compilations Journey jek.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam port
aku masuk umah menginggatkan aku pada si DEP
hangpa ni memang minat Rock kapak erk....cayalah
Koleksi album lama ni tak semua urang ada taw
keepirruPPP my dear;-)

Portdy said...

Salam Dill,

dah follow bro dep dari zaman blog lama dia dulu (sebelum blogspot)
deafangel ni dah macam influence la..

Ibarat kalau dia The Beatles, saya ni Oasis hehehe...

Err...Dill gambo kat JB selain majlis tunang ade tak?

deaf-angel said...

Journey ni walau aku tak banyak koleksi dorang, tapi aku suka dorang start zaman 80an yang Frontiers tu bila dorang main pop-rock.

Ni cd untung ko jumpa 2 ketul je.
When You Love A Woman tu Journey main live kat Manila bulan lepas, dan akan keluar live DVD dan CD aku rasa.

Steve Perry best, tapi suara dia dah rosak kot, tu pasal dia dah tak boleh main ngan Journey lagik.

ko nak aku komen eh port? aku cakap satu je eh, boleh tak ko letak satu ayat omputeh kat review ko ni
macam "this is my review and photo spread of the Journey - Trial By Fire cd".

Sapa tahu, peminat2 satu dunia kat Alaska ke, Siberia ke, google dan jumpa blog ko.

Portdy said...

bro DepLepp,

yup sangat untung , jumpa pada masa yang tepat, kalau beli 10 tahun yang dulu zaman wa aliran Scorpions,Bon Jovi, maybe wa dah lego kat member...Journey untuk pendengar yang berminda matang sahaja.

Journey ni unik, semua vokalis dia menyambung legacy suara Steve Perry, dia ni dah set satu standard yang amat tinggi sebenarnya untuk pewaris dia...peminat pulak tak culture shock nak adapt new vokalis punya style...lagi pun Journey nye strenght ada pada bandmate yang lain esp. Neil Schon and jonathan Cain...

okey dokey bro, nampak nya kena carik batu asah nak sharpkan skill bahasa omputeh ni...noted , with thanks, (chewah..)

:: Wiween :: said...

Journey mmg legend..first tau psl Journey sbb depa nih peberet band AJ Mclean. Ween dulu giler minat AJ Mclean (of the BSB) uhuhuhuuh :"> :">

Portdy said...

Vween,

BSB eh ! "Show Me the Meaning of Being Lonely" is my all time feveret BSB tunes hehehehe....

zan said...

Journey aku cuma tahu "seperate ways" dengan intro keyboard berhantu tu..

Somedays love will find you, break those chain and bind you, one night will remind you how touched and went our seperate ways..

BTW, salam singgah..

Portdy said...

Salam bro zan,

ok la tu ,
wa dulu tak leh masuk langsung Journey ni, masa zaman jahiliah dulu pro Bon Jovi, scorpions search , wings,gamma, qiara, olan , lela, blackrose hehehe...

pelan 2 dengar eh sedap jugak Journey ni....one of a kind...

Anonymous said...

I thіnk what you published ωas very гeasonable.
But, what abоut thіs? what if yоu wrote a catchiег post title?
I ain't suggesting your content isn't ѕolid, howevеr suppoѕe you aԁԁed a title tο possibly grab folk's attention? I mean "Ulasan Album : Journey - Trial By Fire" is kinda plain. You could peek at Yahoo's front page and
watch how they сreate articlе heаԁlines to get viewers to opеn the links.
Yοu might add a video or a piс or two to grab people excited
about ωhat yοu've got to say. In my opinion, it would bring your posts a little bit more interesting.

Feel free to surf to my blog :: hemorrhoids home cure

Anonymous said...

Hі thеrе, I enjoy reaԁing through your
artiсle. ӏ like to wгіte а
little сomment to support you.

my website - chatroulette website utilizes

Anonymous said...

Hеllo, alwaуs i used tо cheсk blοg pοsts here eагlу in the breaκ of day, for thе reason thаt
i enjoу to fіnԁ out more and more.

my webѕite HäMorrhoiden

Anonymous said...

Awesome blοg! Is your theme сustom made
or ԁid уou downlοad іt from somewhеre?
A theme like yours with a fеw ѕimplе tweeks ωould
reаllу make my blog shine. Please lеt
mе knοw ωherе уou gоt
your design. Τhanks

Alsο ѵisіt my blog post premature ejaculation techniques