Tuesday, May 12, 2009

Kekasih - Streetlights


Ciptaan : Bachan / Syed Haron
Album : Suara (1985)

Bila ku nyatakan perasaan
Dengan hati penuh harapan
Ku cuba berbahasa indah
Aku bukan pujangga cinta
Dapatkah kau memahaminya sayang
Sediakah kau menerima
Menghayatinya membalas cinta
Oh kekasih

Bila ku sebut tentang rindu
Pabila kita tak bertemu
Perasaan cinta membara
Bagai api membakar jiwa
Kiranya ku terburu-buru
Sehingga kau rasa terganggu
Maafkan keterlanjuran ku
Menawarkan cinta pada mu
Tapi aku tak kuasa
Memendam rasa yang membara

Bila ku menyanyikan lagu
Sudah semestinya untuk mu
Ku susun lirik dan irama
Jadi balada cinta kita
Terimalah oh kekasih...
Terimalah...

Portnote: Seminggu ni asyik teringat lagu ni sahaja. Stesen radio Best 104 Johor pun selalu gak ulang lagu ni. Siapa tahu lagu ni angkat tangan (otai mesti tahu) ! Siapa ada lagu ni dan boleh bagi kat saya sila angkat tangan juga dan e-mail saya.Pasti anda akan saya ingati seumur hidup. Hehehe.


Untuk info dan kredit gambar sila klik
http://sezali1970.multiply.com/journal/item/898

5 comments:

deaf-angel said...

aku pernah nampak lp streetlights.
very the unik..aku tertanya2..
tapi aku tak le beli , cuma aku suka tengok je ehhe

matakucing said...

oh streetlight ni..aku aritu baru je borak2 ngan brader bundle suruh carikan album yang cover ada lampu ngan tangan nak capai lampu tu.Tp aku tak pernah dgr lagu2 dia.

Portdy said...

bro dep,

One hit wonder ek streetlights ni,
tu ah carik jugak cd ke kompilasi ke macam tak jumpa lagi lah..

bro cat-eye,

cover lampu tu yang ada lagu biarkan biarkan biarkan begitu saja....betul tak? pak pandir rip off lagu ni agaknya.

berteromber said...

zaman kaset streetlights ni keluar...aku dah jadi mat rock...tau lagu ni..tapi tak berapa ambik tau...maklumla dah jadi rocker...hahaha

Portdy said...

Bro-tromber,

hehehehe itu jam sudah sain darah jadik rockers eh...

gua masa tu budak kecik sangat ah...kenal sudirman jek...
dengan ada satu lagu tu sapa nyanyi tah tapi lirik dia ada Su...Su..Su gitu...

ah ini zaman ada cumi dan ciki kalau tak silap...