Sunday, May 03, 2009

DVD menanti untuk ditontoni dan aktiviti di cuti hari Buruh.

Kronologi sepanjang cuti.

1 Mei 2009.

1. Pagi bangun hidupkan Portmobile untuk pulang menuju kampung yang nun jauh di mata.
2. Sampai kampung tengahari. Wah sungguh panas sekali hari ini. Sembang 2 perbualan tak bermoral bersama adik beradik ipar.
3. Teman kakak ipar pergi beli polybag untuk tanaman sayur tercintanya.
4. Petang sikit, suasana semakin redup. Menuju ke kedai DVD menaiki van kombat adik ipar.Amoi Kedai senyum-senyum tengok kami sampai. Mungkin muka kami ada ong. Borong cerita:

*Yes Man
*Ip Man
*Paul Blart: Mall Cop
*Dragon Ball Evolution
*Horton Hears a Who
*7 Pounds.
* Yngwie Malmsteen - Far Beyond The Sun

Dengan harapan dapat relaks-relaks sambil menonton DVD sepanjang hari cuti. Semangat seh.


5. Malam , berjumpa rakan yang baru pulang bercuti daripada study di Durham, UK . Keluar bersama mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Pulang ke rumah jam 3 pagi.


2 Mei 2009

1. Ada banyak jemputan pula hari ini.
2. Petang sikit kena pergi hantar kereta Portmobile ke klinik panel keluarga untuk ditukar timing-belt nya. "Doktor K " adalah yang bertugas petang itu.
3. Doktor K kata ambil kereta malam sikit. Sambil menunggu , saya, adik ipar dan rakan dari Durham itu ke sebuah studio di kaki gunung untuk jamming. Jam lagu - Lefthanded(Ku di Halaman Rindu), Sweet Charity ( Sejuta Wajah), Search ( Kau Pergi), Slam (Nurkasih), Metallica (Nothing Else Matters) dan lagu -lagu lain yang bersesuaian. Sangat sedap mutu permainan kami sehingga semut pun tutup telinga.
4. Malam ambil kereta, minum-minum dan pulang ke rumah jam 1 pagi.

3 Mei 2009.

Pagi ini bangun sambil membelek-belek DVD yang tak tersentuh lagi. Sigh. Kemas-kemas nak balik pula ke tempat mencari rezeki.


Sekian.

12 comments:

:: Wiween :: said...

whoaaa jamming lagu nothing really matters tu. ehehehe

Portdy said...

hehe

saje suka2,
entertaint member balik cuti dari UK

Jam main2 jek kalu dengar dek orang malu seh...

berteromber said...

majoriti dvd yg lu beli tu ada yg gua dah download berbulan2 yg lalu...tapi ntah bila2 nak nengoknya ...rasanya ada dlm 100++ title kot yg dah didownload tapi tak tau la bila ada masanya nak nengok...sesungguh gua gila download...pirate rules...hehe

Portdy said...

yeah -

hail the Cik La!

Anonymous said...

memerlukan drummer ker...kumpulan jamming tu









from: namikakunikida

Portdy said...

namikakunikida


kalau nak audition, sila datang ke rumah saya...awk tahu di mana kan

waktu: tengah malam ke atas.

deaf-angel said...

aku dvd dah berlapok bertahun baru aku nak tengok sorang2..

tu hari aku baru nengok dvd ratrace yang mr bean berlakon tu..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam port
wah bestnya cuti. macammacam agenda hari ni erk port (hehehehehe)

eh lupa nak tanya
hang nak join tak gi zoo 23 may ni...
rasarasa hang ada request nak join kan?
jom aa meriahkan outing nih

Portdy said...

Bro Deaf,

... Rat Race pun wa baru tengok awal tahun ni huhuhuhu..

Working class heroes cam kita ni memang banyak priority lain kena buat dulu kan bro?

Dill,

aduhai bulan May - June ni bulan2 bz ah - jemputan banyak...

tapi mana tahu kan tiba2 ada rezeki leh join sekali kan?

"who knows Highlander? Who knows?"

Lord Vorphalack said...

most of DVD yg aku belum tengok semuanya horror je... bukan xde masa, cuma anak2 aku kalau aku pasang, sure diaorg tak tido mlm.

Solutionnya aku tonton awal pagi Sabtu & Ahad waktu diaorg tgh tido lagi...itupun kalau aku boleh bgn pagi time tu...hehe

Portdy said...

IB,

yeah.. kita mak bapak ni kena jadik lembaga penapisan filem kan..

Banyak lagi Dvd horror/Thriller yang masih waiting list tak sempat tengok lagi macam Eden Lake, Teeth,Donkey Punch etc

Solutions aku pulak saturday late nite movie lah biasanya lepas anak tido.

itu pun kalu tak tertido sama huhuhuhu...

Lord Vorphalack said...

itulah problemnya sementara nak nunggu anak tido...aku pun tertido...!!! pagi2 aku segar skit...hehe