Saturday, May 23, 2009

Suicidal dream.


Pix : Lucy Gordon


Bab 1.


Saya baca The Star online hari ini dan terjumpa berita ni:

Spiderman Star Found Dead

"British actress Lucy Gordon who starred in Spiderman 3 as British reporter Jennifer Dugan, was found dead of an apparent suicide in her flat in Paris, France on Wednesday.

News coming out of France reports that Lucy wrote two letters, one to her parents and the other regarding her estate, before hanging herself hours before an interview session at the Cannes Film Festival."


Artis, orang kaya, orang tak berapa kaya, lelaki , perempuan, VIP, orang kebanyakkan semuanya pernah kita jumpa kisah suicide melibatkan mereka ini.

Ini zaman macam-macam. Recession, company buang pekerja, kos kehidupan meningkat, dunia akhir zaman. Agama seakan dilupakan.

Selagi kita bernama manusia, selagi itu kita akan diberi ujian. Masalah dan ujian ini ada yang senang , ada yang susah. Ada orang boleh handle , ada yang mungkin sampai tidak semangat meneruskan hidup, putus asa. Lain orang lain bahagian. Mungkin pada yang tidak pernah jumpa mereka tidak akan paham.

Cakap memang murah. But, it's not easy to be in their shoes. People in problems biasanya sukar berfikiran positif, apa lagi berfikir secara rasional.

But still, suicide is not the solution.

Sebagai orang yang mungkin beruntung tidak selemah mereka ini baguslah, tapi apa peranan kita sebagai kawan, contohnya jika kita ada kawan yang under pressure sehingga hendak membunuh diri?

Adakah kita telah memberikan support yang sebaiknya kepada mereka? Atau sekadar memberi nasihat dengan kata-kata yang klise atau lebih buruk lagi menyalahkan si polan itu atas segala permasalahan yang dia lalui.

Bono, vokalis U2 sendiri menyesal kerana tidak dapat membantu rakan baik beliau Michael Hutchence, sehingga rakan itu membunuh diri. Ini telah diluahkan oleh Bono melalui lagu Stuck in the Moment That You Cant Get Out of It.

Ini semua berbalik kepada kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Perkuatkan pegangan dan amalan agama kita. Bukan untuk diri kita sendiri sahaja tapi mungkin untuk membantu orang lain yang mungkin memerlukan sokongan dan semangat dari kita. Agama Islam itu sendiri adalah agama yang mementingkan hubungan manusia sesama manusia.

My humble opinion.

Bab 2

Masa saya menaip entry di atas saya teringat akan lagu Suicidal Dream dari Silverchair.

"Help me, comfort me,
Stop me from feeling what Im feeling now,
The rope is here, Now Ill find a use,
Ill kill myself, Ill put my head in a noose"

Ada beberapa lagu rock yang berkaitan suicide yang saya jumpa, di antaranya ialah:
  1. Fade to Black - Metallica
  2. Jeremy - Pearl Jam
  3. Jumper - Third Eye Blind
  4. Chop Suey - System of a Down
  5. Loser - Three Doors Down
  6. Santa Monica - Everclear
  7. Suicide Note Pt 1 - Pantera
  8. Stuck in a Moment You Can't Get Out Of - U2
  9. Suicide Solution - Ozzy Osbourne
  10. Suicidal Dream - The Silverchair
Untuk lagu melayu pula rasanya tiada yang directly kepada tema Suicide, tapi ada beberapa buah lagu yang agak menarik dan relevan dengan tema depression pada saya iaitu:
  1. Malam Gelisah - Wings (album Double Trouble)
  2. Meniti Titian Usang - Search (album Langit dan Bumi)
  3. Di Pintu Sepi - Search (album Langit dan Bumi)
  4. Paranoid - Search (album Karisma)
Kalau ada lagu lain mungkin ada yang tahu, feel free to share. Sharing is Caring kan?


Finally, snip out picture from the movie Yes Man! (Jim Carrey).

Ini scene masa Carl Allen lakonan Jim Carrey nak persuade sorang jumper (Luis Guzman) daripada terjun bangunan dengan menyanyikan lagu Jumper - Third Eye Blind siap dengan backup vokal dari orang ramai kat bawah.



"I wish you would step back from that ledge my friend
You could cut ties with all the lies that youve been living in
And if you do not want to see me again I would understand
I would understand..."

27 comments:

deaf-angel said...

orang kafir dorang bleh ah suicide2 gini tapi kita dalam Islam tak boleh.

tu pun masih ada orang2 Islam buat.
Melayu....

Smoga kita, love ones kita dan kawan2 kita semua dapat bersabar ngan benda2 cubaan gini.


back to rock n roll.
Aku sedih bila dulu tahu si Helloween nye drummer tu Ingo Swfjs'tahuspellnama'djsb terjun bawah keretapi. tapi tu dia dah telan pil dulu kot so dah hilang akal dah tu jam

deaf-angel said...
This comment has been removed by the author.
deaf-angel said...
This comment has been removed by the author.
deaf-angel said...

Portdy

DVD TOTO ke tu? gerekk kan?
aku pun ada pirated nye version jugak. I love it.

Portdy said...

Bro Dep lepp,

Hmm tu la bro, bukan apa bab suicide ni memang kita jarang dengar orang kita buat , Alhamdulillah...

...tapi wa cuma tengok dari sudut berbeza la bro, I mean peranan kita la sebagai saudara sesama kita kan apa yang kita buleh buat untuk tolong rakan2/saudara mara yang depressi ni...

...sebab kalau tak suicide pun , mereka akan cenderung melakukan perkara2 yang destructive untuk diri...ni pun bahaya gak.

yang Ingo tu dia depress ke dia high tu bro?
apa pun Helloween wa minat Forever and One (neverland).

Portdy said...

Bro depp, samalah TOTO tu wa pun ada yang Jack sparrow gak hehehehe...

..gua beli pun sebab baca blog bro pasal TOTO.
kalau tak cuma tahu lagu Africa je laa..

sekarang suka lagu Cant Stop loving You ngan lagu baru dia Falling in between...

berteromber said...

teringat aku last year...ada sorang budak guard melayu bunuh diri kat CT Square JB...terjun dari tingkat 5...jatuh betul2 kat depan kedai Seasons...tak tau apa sebab..dia pun baru semingu kerja situ..

sedih aku tengok ada jugak org islam ambik cara ni...

Portdy said...

bRO-Teromber,

aduhai, ni kes wa tak tau la bro, sebab dah jauh dari JB ...
Melayu eh? budak jb ke?
mesti kecoh gila kat bawah tu...
level 5 yang kat Wayang tu kan?

cikgu wiween said...

yup, lagu chop suey paling besh kalo nak ckp psl suicide nih. paling sedey adalah bile mendiang Heath ledger (my fave actor) mati. Suicide jugak. overdosed. sedey sbb beliau sgt berbakat dlm lakonan. The best Joker ever! Sedey.. (~_~)

Saudagar Mimpi said...

Hahha.
Bila cakap bab suicide ni jgn lupe dgn kisah tragis En Kurt Corbain. Kisah En H. Ledger plak banyak teori. ada juga yg kata dia tersalah ambil ubat. Nasib tak baik, terus mati. Kes terbaru kat news skrg, bekas presiden Korea Selatan bunuh diri.

Hah.Setahu aku, satu lagi lokasi yg org suka terjun tiruk kat JB ialah Plaza Angsana.

matakucing said...

isshh suicide2 ni aku tak tau cam ner..knape dorang sampi buat keputusan cam tu?? kdg2 aku terpikir2 jugak..harap2 takde la kawan aku yang mati dalam keadaan begitu.

eddie dewanaga said...

michael hutchence, dari grup INXS tu...
dia mati gantung diri dgn belt dia.

pasal suicide ni bro Gayour dah 'filem'kan kisah seorang remaja yg gantung diri dgn lagu Sacred Reich, Who's To Blame jadi background music...

Anonymous said...

hah en Kurt Corbain mati bunuh diri gak ker.....alamak tak tau pun.....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

aku ni kalau pelakon mat salleh penyanyi mat salleh semua fail. kurt corbain tu jek yang aku kenal itu pun sebab anak kawan aku namanya KURT haris. Perhak betul aku ni kan Port....

best aaa hang dapat minat yang sama ngan si dep tu
salute habis kat korang

Portdy said...

Vween,

yup Heath Ledger, betul cakap SM tu sebab kematian ni masih didebatkan lagi ...tak pasti dia memang ada niat bunuh diri sebab rasenya takde suicide note ke apa ke...

SM,

yup, kematian kurt cobain memang satu kejutan masa tu...
ni pun pada mulanya banyak gak teori ...
tapi lama2 senyap gitu je..

Anon,

betul, kurt cobain mati bunuh diri ngan shortgun tembak ke arah dagu , nak info lebih lanjut, sila tanya suami awak okay...

Portdy said...

bro eddiedragon,

ada yang cakap Michael Hutcene ni mati ada kena mengena ngan autoerotic asphyxiation (lemas sebab sex terlampau)...

apapun "Never tear us apart" memang best...jadi soundtrack citer "Donnie Darko".

Portdy said...

cateye,

tu lah kan, tekanan, depression, kurang kasih sayang dan perhatian , pegangan agama yang rapuh, emm macam2 sebab kan bro...

moga2 kita selamat dan dapat juga menyelamatkan insan lain

InsyaAllah.

Portdy said...

hai Dill,

hehehe ada jugak namanya Kurt Harris ek hehehehe...kiut la pulak...

Dill gambo2 kat zoo tu best ek...
aku suka semua tapi my feveret semua gambar close up termasuk lah gambo jajan hehehehe...

dill, next punya jalan2 cari makan punya foto eh? rindu ah nak tengok gambo makan2.

deaf-angel said...

aku tak tahu cerita ler kat CT Square tu.

Itu pasal ke Seasons renovate kedai dorang?

Portdy said...

ha ah lah, apa cerita yang tu....
lama gile tak ke Citysquare
sejak dah takde kedai keset kat bawah tu huhuhuhuhuhu

berteromber said...

budak yg bunuh diri tu baru datang dari sabah...so..member2 tempat keja dia pun tak tau sangat apa citer sebenarnya...dan gua pun malas nak kepoh...dan tak tau apa citer selanjutnya...hehe..

seasons ada renovate eh?...serius gua x perasan...walaupun gua keja CT Square..jarang turun bawah...paling kuat gi MPH atau popular jer...macam kata portdy...sejak kedai kaset kat bawah tu dah tutup...memang jarang giler gua turun..cuma sekali sekali la...boring2 gi cuci mata nengok amoi lalu lalang...huhuhu..

Portdy said...

broteromber,

kat atas tu dulu ada jual dvd pirate kan , ada lagi ke atau sudah bungkus?

malas g CS ni, turun Pelangi je , hehe Redbox rules!

Portdy said...
This comment has been removed by the author.
berteromber said...

ada...dvd pirate...ps2 pirate...semua ada lagi...tp sini mahal...

nak murah gi kat tingkat 2...area kat jejantas Ct Square ke Merlin Tower tu

dulu zaman sebelum pandai download...aku beli dvd kat SMart Pandan...dah kenal cina tu...dvd time tu sekeping RM5-6...aku beli 3 RM10 jer...

Portdy said...

Brotromber,

ada lagi eh.. hehehe

Smart pandan /pasar borong tu eh...hehehe tu memang heaven tu..salah satu port gak haha..

Download movie pc wa leceh la bro, line slow, PC zaman tuk kaduk huhuhu...best kalau dapat menorrent ni..kat muor ni wa guna wifi lagi lah tak leh harap...

zan said...

Seattle scene..

Layne Staley = overdose = suicide
Kurt Cobain = suicide
Shanon Hoon = overdose = suicide

Tapi pelik lak kenapa band member suicidal tendencies takde sorang pun yang suicide..hehe

Portdy said...

bro zan,

ini lah salah satu punca Seatle scene/grunge cepat benor tengelamnya...

ramai grunge heroes , mati awal...

Suicidal tendencies? heh heh
kumpulan Kamikaze pun tak da gak yang mati bunuh diri kan heheheheh...