Tuesday, May 19, 2009

Filem dan Drama Bersempena dengan Hari Guru. (upgrade version)

  

Ini adalah senarai filem/drama yang pernah saya tonton berkaitan dengan Hari Guru...
Saya menulis ni pun kerana sesudah 5 hari selepas sambutan Hari Guru, saya mendapati agak kurang sambutannya di TV , tidak seperti sambutan hari kekasih contohnya. Mungkin senarai ini dapat membantu mereka yang ingin mencarigali cerita2 ini untuk dijadikan aprisiasi ataupun motivasi... terpulang kepada niat anda.

 

  200px-Dead_poets_society 1_1024 200px-Dangerous_minds
  blackhindi Happy_go_lucky 200px-Half_Nelson
  GTO 200px-Good_will_h adik_manja_02
  1. Dead Poet Society (1989) –  John Keating , (lakonan Robin Williams ) seorang guru ganti dengan cara pengajaran yang luarbiasa. Menjadikan seni puisi sebagai medium, beliau mengajak para pelajarnya untuk mempercayai diri sendiri, dan melihat kehidupan daripada sudut yang berbeza diluar kotak tradisi pemikiran lama.
  2. School of Rock (2003) -  Dewey Finn (Jack Black) , seorang rockers tegar yang disingkirkan secara kejam dari kumpulannya, bangkit mendapat semangat rock yang baru daripada murid-murid kelas nya apabila dia mendapat pekejaan sebagai guru ganti (dengan cara menipu). Apa yang dia tidak sedar ialah kejujuran dan passion yang ada pada dirinya juga telah menerbitkan semangat berbeza kepada murid-muridnya.Portnote: For those who about to rock, we salute you!
  3. Dangerous Mind (1995) -  Louanne Johnson (Micheile Preifer) , seorang marine bersara, memulakan tugas barunya sebagai pendidik di sebuah sekolah yang penuh dengan pelbagai masalah sosial . Ini bukan kelas biasa, dan memerlukan guru yang luarbiasa semangatnya sahaja yang layak mendidik mereka ini. Portnote:  OST filem ni adalah lagu Gangsta Paradise  - Coolio yang memang kena dengan theme filem ni).
  4. Black (2005) – Kecekalan seorang guru (Amitabh Bachan) mendidik seorang kanak-kanak yang buta dan pekak (lakonan Rani Mukherje) sehingga berjaya masuk ke universiti. Untuk review sila klik sini . Portnote: Ini  bukan tipikal Hindi filem, tiada unsur-unsur nyanyi guling-guling atas bukit ke taman bunga lepas tu tukar baju sepuluh pasang sambil semuanya diiringi penari satu kampung , ok.)
  5. Happy Go Lucky (2008)– Kisah seorang guru periang dan berminda positif berhadapan dengan dunia realiti yang tidak seriang dirinya . Just how she’s gonna face it , alone?
  6. Half Nelson (2006) – Nobody’s perfect kan? Termasuklah  guru. Namun filem ini menunjukkan bahawa tidak semestinya perlu sempurna untuk menjadi seorang guru yang baik, yang penting jiwa seorang pendidik itu wajib ada pada guru itu. Kena tonton dengan minda terbuka. Lakonan Ryan Gosling.
  7. Great Teacher Onizuka (1998) -  Drama bersiri 12 episod berbahasa Jepun yang diadaptasi dari komik dengan tajuk yang sama. Kisah seorang bekas samseng mengubah hidupnya dengan menjadi  guru di sekolah persendirian. Beliau menghadapi cabaran bukan sahaja dari para pelajar malahan dari guru -guru juga! Lakonan Takashi Sorimachi sebagai Cikgu Eikichi Onizuka dan Nanako Matsushima sebagai  Cikgu Fuyutzuki.  Portnote: Kedua pelakon utama ini berkahwin selepas berlakon di dalam siri ini.
  8. Good Will Hunting (1997) – Seorang janitor(Matt Damon) yang gifted dan genius dalam math namun sering di dera mental dan fizikal ketika kecil , mendapat tunjuk ajar seorang pakar psiatris untuk take control of his own destiny.Portnote: Ok saya tahu Robin william bukan guru akademik dalam cerita ini tapi watak beliau bertindak sebagai guidance – a role that a teachers should have.
  9. Adik Manja  -  (  tahun ? )  - Ha ha filem  legend tapi dah lama tak tengok filem ni disiarkan di kaca tv.  Ini cerita memang daring, kisah seorang guru lelaki lakonan Dharma Harun Al-Rashid yang mendapat peluang mengajar di sebuah sekolah berasrama untuk perempuan. He he Chaos beb …

 

Ada beberapa buah drama/filem  yang bagus tetapi saya kurang maklumat berkenaannya. Saya nyatakan di bawah, jika sesiapa ada maklumat tambahan yang lebih tepat , sila berikan kepada saya, jangan malu-malu.

  1. Drama Cikgu Limau Kasturi – lakonan Harun Salim Bachik . Kalau nak lihat lakonan Harun Salim Bachik dalam nada serius inilah dramanya. Berkisar tentang seorang guru yang memulakan tugas perguruannya di sebuah kampung terpencil bernama Kampung Limau Kasturi.
  2. Sebuah drama bersiri yang saya tidak ingat tajuknya, lakonan Datuk Rahim Razali, sebagai seorang guru /pensyarah di sebuah kolej. Apa yang saya ingat pelbagai cabaran diterima oleh watak utamanya dan yang paling penting beliau memandu motor besar macam Harley Davidson tu… dan satu lagi lagu tema drama ini ialah lagu Asmara – Sweet Charity, fuh jarang-jarang dapat dengar lagu ni dimainkan.
  3. Sebuah filem Hongkong, pun saya tak ingat tajuk dan pelakonnya.  Mengisahkan seorang anggota triad/pembunuh yang insaf dan menjadi pendidik kerana disebabkan satu peristiwa yang telah menyedarkan dirinya. Peristiwa di mana dalam satu job yang beliau lakukan ,  kecelakaan telah berlaku melibatkan sebuah bas sekolah , di mana di situlah dia melihat pengorbanan seorang guru menyelamatkan anak muridnya tanpa memikirkan nyawanya sendiri.

Itulah beberapa senarai yang dapat saya beri di atas. Sesiapa yang mungkin ada pernah menonton kisah bertema pendidik yang lain,  silalah kongsi di sini. Sharing is Caring chewah.

 

Final Portnote:

  • List filem/drama yang saya berikan di atas mungkin ada yang agak radikal falsafah temanya…namun sila lihat dengan mata burung bukan lihat dari bawah tempurung , Ok?
  • Mungkin ada fakta yang silap, sila betulkan kerana ada filem yang dah lama sangat saya tonton dan DVD/VCD pun tiada dalam simpanan.

20 comments:

deaf-angel said...

Sapa sini ingat dulu kat tv rtm ada DMI ceta ni?

Guru Yahya!!
Guru Yahya!!
Guru Yahya!!

deaf-angel said...
This comment has been removed by the author.
deaf-angel said...
This comment has been removed by the author.
:: Wiween :: said...

GTP paling besh!! da byk kali tgk cd dia tp x penah buring pun. tgk x gto II? yg onizuka pi ajar kat skola pompuan tuh. uhuhu lawakss! Gokusen pun besh gak. penah tgk x?

:: Wiween :: said...

GTO bukan gtp daa...ehehehe

berteromber said...

Dalam banyak2 yg ko listkan tu cuma 4 yang aku dah tengok..Dead Poets Society,Dangerous Mind,Good Will Hunting dan School Of Rock...dan empat2 ni memang rekomended!

Deaf..mana boleh lupa drama kvlt camgitu...wirid dia yg guru yahya..guru yahya..tu yg paling kvlt...haha..

matakucing said...

gangster paradise tu best..teringat dulu gi tgk pakai LD (laser disc)

Portdy said...

hehehe alamak, ini entry lum siap sepenuhnya dah terpost....1st time pakai windows live writer kelam kabut seh,
hehehehhe, jap lagi upload yang upgrade version.

Portdy said...
This comment has been removed by the author.
Portdy said...

bro Deaf,

bro, guru yahya tu kontroversi tuuuuuu...
wa ingat dia punya ending ke apa yang ada satu watak tu melompat ke arah polis ngan parang ....

ok jerit ramai2,

Guru Yahya!!
Guru Yahya!!
Guru Yahya!!

Bro-teromber,
ini 4 filim memang best.. tapi kan bro ada satu citer tu mirip2 School of rock apa ek nama dia haa The Rocker- pasal mamat drummer ni kena kick out dari band dia - parody kisah Pete Best of the Beatles...

Portdy said...

Vween...

Gto versi muvie tu pun best...ingat lagi muka cikgu fuyuzuki lepas bangun tidur ada onizuka sebelah dia heheheh ehem hem....onizuka muka blur jek...

gokusen eh cam best jek...gogo check it out

Portdy said...

cateye,

Coolio - gangsta paradise memang best...lagi satu lagu i c u when u get there pun best gak ost citer Nothing to loose

deaf-angel said...

haha kvlt

school of rock gerek sey. aku suka

Portdy said...

bro dep, memang gerek...kvlt!

:: Wiween :: said...

bro citer Gila-gila remaja pun syok gak ah! tingat pezal usin ngorat cikgu sendri kat bus stop. muahahahahah lawaksssssss

Portdy said...

vween



gila-gila remaja eh...
citer ni punya pasal la pemes nama kumpulan Gagak Itam hehehe...farouk namanya kalau tak silap leader dia...

ini citer Rosyam Noor baru akil baligh...

crkb said...

Bro, jangan lupa filem British To Sir With Love (1967)lakonan :Sidney Poitier,
Christian Roberts,Judy Geeson,Suzy Kendall dan Lulu.Best cerita tuh.Lagu dia pun best (nyanyian Lulu sendiri)

Those schoolgirl days
of telling tales
and biting nails are gone
But in my mind
I know they will still live on and on ...

Portdy said...

crkb;

hehe dah review dah muvie ni bro.. ada kat post atas sikit jek

http://nemutnemut.blogspot.com/2009/05/to-sir-with-love-inspirational-teacher.html

Anonymous said...

belajar banyak

Saudagar Mimpi said...

Star Wars Episode 1 & 4 pun pasal guru juga...pasal Obi Wan Kelubi.

Oh ..GTO tu ada remake tahun 2012..pelakonnya muka mmg mcm dalam komik tu.