Monday, August 31, 2009

Maka kami rakyat malaysia , berikrar....

1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
(1 Malaysia, People First, Performance Now)


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52!



Ada apa dengan Ogos?

My Zu-Oneechan dan saya pernah terpikir yang kenapa Malaysia, Singapura, Indonesia menyambut hari kemerdekaan pada bulan Ogos eh?

India pun 15 Ogos.
Amerika pun sambut Independance days 4th of Julai kan? sebulan sebelum Ogos.

Suratan atau Kebetulan?
Ada apa dengan Ogos?

Fikir fikir ! na na na na na!





Portnote:

Untuk rakan-rakan semua, Wifi Encik Portdy mengalami masalah teknikal,
jadi seminggu dua ni tak dapat nak berblogging dengan jaya dan cerianya.

Apapun jangan jemu melawat dan tinggalkan komen,
Encik Portdy akan sedaya upaya cuba menjawab sekiranya ada peluang. InsyaAllah.

Sorry for the inconvenience.

Keep on rocking!


10 comments:

Takilala said...

saya ingat yg 5 tu... huhuhu..

eddie dewanaga said...

rakyat diutamakan tu la yg besok petrol harga baru tu....

Ijau D. Koceng said...

kecik2 dulu aku slalu terbayang klu tahun 2000 kereta semua bleh terbang guna cold-fusion sbg tenaga mcm dlm cerita back to the future... skrg dah nak masuk 2010 (10 years overdue) tp kereta still pakai petrol, melekat atas asphalt

berteromber said...

hadiah hari merdeka..rega minyak naik..hehe..

SkiD said...

Yahooo...harga minyak naik...rakyat didahulukan..bab2 kena bayo ni...memang rakyat diutamakan bayo dulu...

kucingorengemok said...

aku dah tak berapa patriotik la sekarang... kenapa ye :|

matakucing said...

merdekakah kita?

:: Cikgu Wiween :: said...

happy belated merdeka day

deaf_angel said...

beb, dah ok belum beb internet

Portdy said...

takilalasan;
saya pung ingat juga! err rukun nikah ke?



brodragon;
minyak naik , rakyat naik minyak!


ijau;
sama mentaliti cam gua le , hehehe
baru jek sembang pasal B2TF part 2 ni ngan wife...
err... tambah lagi....dulu ingat tahun 2000 gile futuristik siap robot android bersepah kat mana2!



bro-teromber;
ala kan kita masih yg terendah berbanding negara lain? hehehe...


bro skidrow;
seronok kan jadik rakyat yg diutamakan ni huhuhu...teringat lagu pak pandir yg remeh temeh....



KOG;
banyak sangat pekena mapleh@mamak tu sebab patriotisme dah ke India !
padaiyappa!



cateye;
they can control us but they cant control our mind/heart! merdeka!




wween;
happy belated merdeka day to you to wevvv...

anyway tengok tak iklan merdeka yg afdlin sama david tu? cute kan? nasib baik encik sapik bgtau saya kalau tak tak tengok pun...(kes jarang tengok tv)


bro dep lepp;
belum bro huhuhuhu...
ni guna line kat umah kampung .