Thursday, August 20, 2009

Adult and Swimsuit? Adult and swimsuit?

.
Sahabat baik saya Encik Shafid, pemilik toys dan khazanah Transformers (yang bakal menggadaikan Transformers Toysnya untuk menampung belanja majlis perkahwinan beliau ) meluahkan kepada saya tentang sedikit ketidakpuasan hati di atas sesuatu perkara.

Berikut serba sedikit butir perbualan kami disaksikan mamak Assalam Cawangan Winchester, Pekan Nenas.



Sapik: Aku tak puas hati.

Portdy: Kenapa Pik? (sambil mulut mengunyah John kambing.)

Sapik: Banyak dah website kat opis aku sudah kena block, termasuk lah WWE. (World Wrestling Entertainment.

Portdy: Emm biasale tu, dah kerja IT Dept. Memang patut pun...

Sapik: Ye lah aku paham. Dan aku tak kisah. Tapi alasan block tu tak munasabah. Kau tau tak? Setiap kali klik WWE mesti dia kuar "This web page was blocked because it is considered inappropriate, reason: adult and swimsuits".
Kalau nak block pasal ganas brutal ke apa ke ok jugak. Ni Adult and Swimsuit? Adult and swimsuit? Tak appropriate betul tang swimsuit tu! (jawab Sapik ganas sambil membengkokkan garfu tanda marah)

Portdy: Err, tak patut tak patut. huhuhu.....setuju yang amat sangat! (sambil terbayang "swimsuit" Randy Orton.)

Randy Orton JR



Portnote:

Silalah lawat lamanweb WWE.
Untuk semua orang kecuali Sapik dan yang senasib dengan nya di tempat kerja.

8 comments:

SkiD said...

Aurat tu...patut pun kena block!! Tapi...errrr...WWE tu tak de yg pompuan ke? tu pasal tak buleh...

Portdy said...

kena block takda hal bro skid; yg lucu reason dia jek...adult n swimsuit....tak kena langsung!

berteromber said...

bistu asik bukak WWE Divas jer...memang ler...hahaha..

lain kali kaw tim ngan budak IT macam aku...suka hati la nak menyelam kemana..dosa sendiri mau ingat..huhu..

Ijau D. Koceng said...

skrg ni biasala xkisah sama ada gov atau swasta... internet ada tp blok sana blok sini, klu camtu baik xpyh ada internet terus kat opis kan?

mcm aku ni nak bg puas ati, aku bawa netbook + modem 3g sendiri nak berinternet kat opis/lab... sapa nak komplen? tadak dlm pekeliling yg larang (pekeliling 2003 xkena update smpi skrg)

deaf_angel said...

undertaker elok, tutup aurat hehe

:: Cikgu Wiween :: said...

sebaik Abg Dwayne Johnson da x pakai 'swimsuit' kaler itam gmbr kepala kerbau dia tuh. hakhahak..:p

tp skang abg jericho lak pakai. nyampahhh tau..seksa mata memandang. huhuhuhu cuba ikut mcm boipren ween jep hardy tuh. sopan jek berseluar pjg. siap stoking tgn lagik. tade laa kena bambu bila bawak jumpa bapak mertua. EKEKEKEEK

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Takpela. Mungkin diaorang tak tau root gusti dari zaman atuk-atuk kita lagi. Camana life kita banyak dipengaruhi dengan gusti. Aku rasa banyak pengajaran yang baik dalam gusti. Setia kawan, kerjasama. Human spirit diaorang patut kita contohi lagi-lagi dalam semangat berjuang dan kenegaraan. Kalau tak takakan hulk hogan, the rock, Triple HHH orang tak tau pasal gusti langsung pun kenal. Newflash, DX ada reunion kat RAW astro 811 setiap Selasa 1000pm.

eddie dewanaga said...

gua suka betul masa penampilan dulu2 undertaker... memang black!

nak masuk arena, api gelap dgn bunyik bell (mcm Metallica punya For Whom The Bell Tolls) pastu dengan lagu 'creepy' church dia, Yokozuna siap gelabah biawak beb...

bila dia terlentang jatuh, dia bangun mcm zombie... fuh!!!
gua yg nengok ni berdiri bulu roma!