Friday, August 21, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN AL-MUBARAK





1

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".


2

Puasa akan sempurna dengan menjaga 5 perkara tersebut :

1- Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syara'
2- Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan tentang keaiban orang lain
3- Menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang dibenci
4- Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yang halal lagi berkat dengan menjauhkan barangan makanan serta minuman yang syubhah
5- Hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu banyak makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.


Portnote:

Harapnya Ramadhan kali ni dapatlah tercapai apa yang dihajatkan, mohon doa rakan-rakan samalah kita mendoakan sesama kita supaya mendapat Ramadhan yang sempurna.
Juga kita panjatkan doa pada yang telah tiada.

Wallahualam.


Kalau datang Ramadhan tu hati rasa sayu semacam gitu, tapi kalau nak masuk raya aduhai ........

14 comments:

SkiD said...

Selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg diberkati ini. Moga2 amalan kita diterima dan diberkati. Sama2 le kita mencari 1 malam yg lebih baik dari seribu bulan.

berteromber said...

selamat berpuasa buat lu dan keluarga

eddie dewanaga said...

salam Ramadhan buat semua...

Portdy said...

sama la bro skidrow...
a moment in a million years - bak kata scorpions.

kucingorengemok said...

berdebar-debar... selamat berpuasa :)

zan said...

Selamat berpuasa juga kepada tuan tanah dan semua..

Masa untuk mencari keseimbangan kosmos..hehehe

Portdy said...

brotermober;
selamat berpuasa juga untuk encik berteromber sekeluarga.


nagakeramat;
selamat ramadhan,
zaidi kat hostel dulu rajin pose tak bro?




KOG;
debaran di atas dada semakin terasa eh? dag dig dug...


zan;
selamat menuju ke arah keseimbangan kosmos bersama tosho daimos.

:: Cikgu Wiween :: said...

salam ramadhan portdy. ;)

Portdy said...

eh salam ramadhan vween,
kang sahur kejut gua sekeluarga eh?

gayour said...

tahniah dipanjangkan usia untuk mengerjakan ibadah puasa pada tahun ini!
selamat berpuasa

Portdy said...

bro gayour;

tenkiu bro,
salam ramadhan!

IdzaRis79 said...

saya pon risau kalu2 tokleh posa abih satu ari ni...
tapi,alhamdulillah...

yg tak sonoknya,kami sekeluarga dikejutkan dgn berita kematian bapak sedara pada jam 7pg semalam-hari pertama puasa...

Portdy said...

ahlan wasahlan idzariz79,

selamat menyambut ramadhan,
takziah diatas kematian bapa saudara anda.
semoga ruh beliau tenang disana. amin.

Zuhair Hasan said...

salam ramadhan bro! masih di tangkak?
apa no hp?