Wednesday, August 05, 2009

Memoir Nisfu Sya'aban

.
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Hari ini juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)"

baca artikel penuh dari blog sahabat di sini



Sekuntum memoir aku suatu masa dulu;

Aku pernah terjumpa seorang hamba Allah ini,
seorang yang lebih tua dariku,
seorang yang ku anggap lebih matang,
tibanya pada malam Nisfu Sya'aban pada satu ketika itu,
bersungguh-sungguh dia membaca Surah Yassin 3 kali,
bersungguh-sungguh juga dia menunjuk-nunjuk akan perlakuannya itu,
"rugi tak buat " katanya,

dan di masa-masa selepas ketika itu,
dia berterusan mengata orang,
dia berterusan melaga-lagakan orang,
dia berterusan mengelak kerja dan tanggungjawab,
dia berterusan menyesakkan urusan orang lain,

dan secara kebetulan,
nasibnya lebih baik sedikit dari aku
aku jadi keliru,
aku salah kah atau dia salah kah?
aku betul atau dia betul?

apapun
aku berdoa supaya,
aku , kau dan dia,
sama-sama dirahmati tuhan,

siapalah kita tanpa Rahmat-Nya.
semoga yang terbaik untuk catatan amalan kita di masa hadapan.

5 comments:

Takilala said...

lawa seh gmbr tu

eddie dewanaga said...

malam ni ada majlis sambutan nisfu sya'aban di masjid jamek an-nur, tampoi, jb...

majlis bermula seawal 6 petang.

Portdy said...

takilala-san;
nama gambar tu langit petang - akatsuki hehehe


nagakeramat;
harap maklum,
bersama2 kita mengimarahkan masjid

berteromber said...

malam tadi masjid tmn perumahan aku pun ada buat majlis nisfu syaaban...tapi tak dapat nak join..kena hantar anak gi tusyen...UPSR dah dekat..bapak dia yg gabra lebih2 pulak ni..

deaf-angel said...

thanks for sharing portdy

kita yang minat benda2 rock ni semua, patut kasi sokongan dan peringatan tentang hal2 agama kat satu sama lain.