Sunday, September 06, 2009

Bon Jovi - Crossroads 3-disc box set "Deluxe Sound & Vision"


Dah janji dengan Bro-teromber nak review dalam keadaan tak riak.
Pagi-pagi lepas sahur, amik air semayang, gi semejid semayang subuh berjemaah dan balik baru buat entry review ni dalam keadaan penuh tenang dan rasa rendah diri.
Hehehe leh gitu?



Bon Jovi - Crossroads 3-disc box set edisi "Deluxe Sound and vision"
Cover depan.

Beli kat Speedy @Jusco Bukit Indah sebelum puasa dulu dengan Encik Sapik.
Harga seperti yang tertera. No more no less.
Printed in Malizia.

Sekali bukak macam ni haaa.
Packaging digipak.

Booklet yang alahai sekeping jek lipat 3.
minimum informations. Huhuhu.

Songs credits.
Dah takdak simbol cross, semua sudah ekjas. Kelainan dari versi keset tahun 1994.

Box set ni dapat 2 cd dan 1 dvd.
Berbaloi-baloi.
Disebalik cd holder tu ada gambar sikit2.

Kita view dekat sikit.

Sangat suka foto ni dari dulu.
Front man diblurkan dan highlight untuk anggota lain.

Ok yang ni main disc . Crossroads the Greatest Hits.

2nd disc B-sides and rarities.
Yang kaler hitam tu DVD Live at London.


Belakang. Gambar JBJ. Biasalah stail bergambar mat hensem.

Thanx for believin!
Hahaha yang ni comparisons inlay dengan versi keset. Banyak beza kan?
(giler buruk dah keset ni kaler dah kuning)


Kira lengkaplah circle untuk Crossroads saya.
Keset dah ada, versi cd pun dah ada. Nak beli versi cd versi 1994 harga lebih kurang dengan versi 3disc jadi sambar yang ni jek le.


Untuk detail sila klik sini ye.

Untuk review yang lebih rangup, sila ke laman encik Skidrow kita.

Sekian sahaja review saya .
Khas untuk abang kita yang baru bergambo dengan Diana Danielle (yum yum).

13 comments:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam my dear PORT
wah BON JAwi....
aku agak kan kalau hang punya koleksi aku campuq ngan koleksi si dep...agak2 lah mahu tak ada 3 tan? hehehhehehhehe
dah boleh buat koleksi kat MUZIUM...best hangpa ni
bukan senang nak dpt benda2 ni kan....

** POrt
aku senang ja masuk umah hang ni. line hang problem kut

Portdy said...

memang line aku problem la dill huhuhu

Takilala said...

packaging dia lawa. berbaloi baloi. nnti aa aku gi cari, tu pun kalau ada lg.

abang besi said...

smart...

diana danielle?wow...lg smart..ahak ahak...ahakss.s...

berteromber said...

huhu..thanks..
tu hari dah belek2 pegang2 tp tak beli...sekarang dah tak jumpa dah..aku ada kaset jer..tu pun ntah mana peginya..

nanti rajin..aku rebiu satu2 Bon Jovi dari 1st album sampai These Days khas untuk Dania Danielle...ops..untuk Encik Portdy...hehe

Ijau D. Koceng said...

dah lama aku tgglkan bon jovi ni... last skali layan 1999

takilala - bah, speedy 1borneo la 13/9/09...

SkiD said...

Wah ada DVD le.. Aku ada versi asal je... tu la zaman ni dah malas betul la nak beli2 CD ni. Seingat aku, aku stop beli CD ni sekitar tahun 1997 hingga sekarang. Yang ada tu semua masa beli dulu2..

speedrider said...

khabar angin bertiup kencang yang Bon Jovi akan ke Hard Rock Hotel di Penang sempena pembukaan HRH nanti.

deaf-angel said...

Best ni..
live in London tu ada Dry Country kan?
Aku suka lagu ni, senang cakap semua kat Keep The Faith memang gerek

eddie dewanaga said...

packaging untuk Malaysian pressing ni memang selalu menjeruk rasa... kasik la booklet yg garing sikit...

bila dengar Blaze of Glory... adoi, rasa macam nak tembak orang pun ada!



teringat satu scene filem mamat Ashton Kutcher, A Lot Like Love... masa dia nyanyi I'll Be There For You, sambil strumming red strat, ada orang request gua to do the same... sengal!

kalau Lisa yg suruh... hehehe!!



.

matakucing said...

ingat tajuk album ni teringat citer crossroad yang steve vai berlakon ngan budak yg berlakon citer karate kid..hehe cd aku beli kat cash converter Rm9.90..lagu dia best2

Saudagar Mimpi said...

Teringat aku pada satu temubual oleh media barat dengan Bon Jovi ketika mereka dalam konsert jelajah dunia lama dahulu.
Depa tanya, "Apakah negara paling pelik yang pernah anda lawati?"
"Malaysia."
kenapa?
Kerana gambar kami semuanya telah diubahsuai!.
(merujuk kepada tatoo, rambut dan anting-anting mereka yang telah dipadam)

Portdy said...

takilala;
must have kalau belum ada...selamat mencarik!
Searchiiiiiiin! search and destroyyyyy!




ironman;
DD memang smarties!Aya ueto lagi smarties! Aira tairi lagi lagi lagi smarties!





Broteromber;
welcome welcome diana danielle...susah tau nak review dengan penuh rasa kesyukuran tanpa riak di hati ...
hehehe tak sabor nunggu review "keep the faith" sama "These days"




ijau;
ijau agak2 "these days 2 disc edition " buleh dapat tak kat e-bay eh?




Skid;
yup ada dvd, terlanjur ada depan mata bro...sambar je le sambil pejam mata, buat upgrade dari keset huhu



speed;
harap angin itu membawa perkhabaran yang benar wahai tuan hamba,




bro deplepp;
Keep the faith ialah keset pertama wa beli ngan duit keje warung...memori tuuu...

sama jugak, Dry country memang feveret track dalam album tu tapi sayang takda dalam DVD ni...kena layan dari youtube jek lee...
MY personal feveret BJ album: These Days!




nagakeramat;
huhuhu blaze of glory ....
jangan setakat nak tembak, dapat libas ngan hos getah pun orait jugek (merujuk watak zaidi)...

ahh filem tu eh, yg dia nak tarik chorus terkucil sikit tu eh...
tetiba ada lak jiran tetangga ke sapa ntah jerit "you suck!"
Amanda peet dalam film tu lawa ek?




cateye:
steve berlakon eh? huhuhu wa tak tau seh.....
Karate KId? Ralph Mchio tu eh? hehehe klasik seh....




SM;
adui SM hang ingat eh artikel lama2 ni...
ingat dulu masa BJ datang bikin konsert kat malaysia , inteview kat URTV artikel tu bilang muka anggota BJ macam malas2 jek nak temuramah...huhuhu