Tuesday, August 11, 2009

Ella - Hanya Pada Kamu

.
Bagaimana Harus Ku Menyusun Kata
Kerna Kasih Kau Masih Meraguinya
Di Dalam Hati Dan Jiwaku
Hanya Ada Kamu

Pasti Indah Semua Detik Ceria
Hadir Kita Melewati Ruang Masa
Selagi Di Jiwa Ada Cinta
Pasti Ada Kamu

Pasti Malam Suram Tak Berbintang
Pergimu Pasti Ku Resah
Bagai Mentari Bersinar Ria
Kau Terangi Ruang Di Jiwa

Hanya Pada Cinta
Hanya Pada Kekasih Hatiku
Aku Merindu
Percayalah Pada Janji Suciku
Cinta Kasihku Hanya Untukmu

Hanya Pada Cinta
Hanya Pada Kekasih Hatiku
Aku Merindu
Moga Kau Kan Memahami Diriku
Paasti Cintaku Hanya Untukmu

Hanya Kerana Cinta
Hanya Kerana Rindu
Hanya Kerana Kasih
Hanya Kerana Sayang
Hanya Kerana Cinta

Portnote:

Boleh layan jugak lagu ni terutama riff gitar dia.
Modern rock ella.

Update (1:20 PM)

Untuk dengar sila klik sini. Kredit untuk Mayapersada.
Info: http://www.muzikrock.com/album/simbiosis_01.html


Hanya Pada Kamu - Ella

12 comments:

Ijau D. Koceng said...

eleee ella... >:)

best praktis gitar/bass lagu PPP ella, tp vokal pyh sket xngam suara garau hahaha~

speedrider said...

masih tengah memikirkan 'kebalaoian' membeli latest album Ella

berteromber said...

ni album mana ni..dah tak follow ar..

zan said...

Kalau nak citer bab berbaloi, aku rasa berbaloi kalau ko tak pernah ada album dia (studio mahupun kompilasi)

Aku pun dah tangkap 1. Suka cd 1 dari 2 pasal lagu "mendung tak bererti hujan" kat cd 1..hahaha

SkiD said...

aku dah ketinggalan ketapi...ni Ella yg baru ke?

Portdy said...

ijau;
boleh guna suara falsetto ala awie...auuu!


speed;
berbaloi kalau takda kompilasi dulu2, dan kalau suka lagu "Kembara Kita" duet ngan Ramli Sarip...

Portdy said...

zan;
hang feeling jadi Deddy dores ke zan? hehee....

berteromber & Skidrow;
ini album simbiosis (2003). lagu ciptaan edrie hashim.

eddie dewanaga said...

ella ni gua dah start layan ol skool stuff dia... lagu baru dah tak berapa stim...

tapi kompilasi yg ada lagu 'tinggal tanda tanya' dan 'retak' tu cukup menghiris paru2 gua yg itam dek asap tembakau menthol.

Ijau D. Koceng said...

lepas tu aku pun jawab
"hmmm... mungkin~"

Portdy said...

dragonheart;
tengok ella sekarang stim tak?


ijau;
gedik naaa bunyiknye tuuuu.....

matakucing said...

ella..dah cam jadi bahan ujikaji EMI/Warner jer.. kesian aku ngk. Last sekali album USA jer aku beli.

Portdy said...

ha'ah lah cateye,
album ella sekarang ni dah macm rojak aku tengok, ada cover lagu indo lah, lagu john lennon lah...ada hophip lah...