Thursday, June 18, 2009

Rupanya dia ni yang berlakon....

.

Baru-baru ini saya tengok trailer cerita Blood The Last Vampire .Tengok nama pelakon utamanya Gianna Jun. Siapa dia ni? Abaikan. Seseorang telah beritahu saya yang Gianna Jun ni adalah nama inggeris bagi Jun Ji-Hyun. Apa? Jun Ji-Hyun? Eh dia ni saya kenallah!

Otak mula tekan butang Rewind<<< Ok , mula kenal dia dari filem Korean My Sassy Girl (2001) , filem mengisahkan minah brutal yang kuat buli pakwe dia, gila sadis. Filem ini diremake oleh Hollywood dengan judul yang sama pada tahun 2008 lakonan Jesse Bradford dan Elisha Cuthbert sebagai minah brutal itu.

Lepas tu saya tonton filem Windstruck(2004), mengisahkan percintaan seorang polis wanita dengan seorang guru sekolah. Kira so-so lah filem ni.

Satu lagi filem lakonan dia iaitu Il Mare (2000), mengisahkan percintaan dua orang yang berada di zaman/tahun yang berlainan. Filem ini juga diremake oleh Hollywood dengan tajuk The Lake House (2006) lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock. Lepas tu lama dah tak follow dia ni, dengan kemunculan berpuluh-puluh pelakon Korean yang baru , nama dia agak tenggelam.



Kenapalah kau tukar nama jadi Gianna Jun (sekali sebut macam Zianna Zain pulak) , manalah aku kenal?


Her latest filem on cinema now, Blood The Last Vampire . Diadaptasi dari siri anime dari Jepun. Lama saya tak tengok gadis juling air ni berlakon.


Tak kiralah nama Jun Ji-Hyun ke, Gianna Jun ke, Junaidah Alahan ke, semoga beliau akan terus sukses. Aja aja! Fighting!

.

12 comments:

Takilala said...

Ni cerita kalau versi anime tu mmg brutal gila..huhu. ada kesempatan mmg nak lyn gak Blood ni nnti. Aku korean nye actress/actor tak tau sgt. kalau jepun tau le..huhu

Portdy said...

takilala-san,

sekarang ni aku tengah layan drama jepun "The Man who Won 320 million Yen lakonan Takashi Sorimachi...

best jugak beb...

eddie dewanaga said...

gua memang fail kalau cerita korea ni... cerita jepun boleh gak mcm battle royale punya siri tu...

tapi korea punya heroin, serius cantik siot!!

:: Wiween :: said...

owh windstruck is my peberet love story eh!! besh sampai meleleh ayaq mata 8 baldi! uhukkk...

(benornya mula2 beli citer nih sbb Jang Hyuk berlakon! ahahahaha what can i say...i just lurrrveeeeeee him! :P)

Portdy said...

Bro dragon,

Battle Royale 1 memang one of my feveret , gila ganas seh...Takeshi Kitano memang cult hahaha..

Battle royale 2 gua tak masuk sangat...mungkin sebab idea recycle kot.

dan ya , awek korean memang lawo2. gua tak dapat menafikan itu.

Portdy said...

Vween,

Windstruck gua tak leh masuk sangat, bila lepas part Jang hyuk tu mati, jalan citer dah mengarut sikit...too hidustani.
(opps spoiler!)

berteromber said...

My Sassy Girl dan Il Mare memang 2 cerita cintan korea yag gua suka...\m/

Jun Ji-Hyun ni memang nyum nyum...selepas tengok My Sassy Girl memang semua cerita dia gua cari dan download...hehe..sama macam lu windstruck gua kurang skit..

Remake Hollywood untuk Il Mare boleh tahan...tapi untuk My Sassy Girl mengarut dan hampeh...

Portdy said...

Broteromber,

yup remake my sassy girl memang hampeh,

walaupun Elisha Cuthbert (yummy!) gua suka masa dalam filem "Girl Next Door" tapi dalam filem ni dia juga menyumbang kearah kehampehan itu...

The Lake House belum tengok...
kalau best gua akan usahakan carik dvd nya...

berteromber said...

Lake House ok...maklum la pelakon dia A List kan...tapi still tak leh celen Il Mare

Portdy said...

broteromber,

betul tu,
Il Mare banyak gak kena kritik, sebab ketidaklogikan ceritanya,banyak paradoks....

tapi peduli la logik tak logik, falsafah cerita tu yang penting sebenornya....

kadang 2 ada dua orang yang sesuai untuk satu sama lain cuma takde jodoh nak bertemu , itu saja....

speedrider said...

versi anime cerita ni amat dark sekali. Movie adaptasi belum sempat tengok... sibuk kerja

Portdy said...

speed,

gua semua versi tak tengok lagi...
dengar citer live action dia cam suck gitu, aduhai....