Friday, June 12, 2009

Ito - The Best of Me series


Masih dalam suasana pening lalat. "Kita semua sepakat , di kampung hai pening lalat"...huhuhu...


Kali ini saya review vcd/karaoke Ito (Blues Gang) - The Best of Me.
keluaran Life Records (2005)



Pix: Cover depan


Pix: ...dan ini semestinya cover belakang

BoldPix: Ini inlay belah dalam. Kertas sekeping jek .


Kat atas belah kanan tu ada tulis " 19/12/05 , Shafid & Portdy, J Jusco-Taman U, 4 petang"
Ini tarikh memang memori sebab lebih kurang seminggu jek selepas tarikh majlis perkahwinan saya hehehehehe.....
Hari tu hari kerja, dalam pukul 2 petang gitu, member saya si Shafid ni datang opis , saya pulak tengah malas-malas+mood nak mengular terus ajak dia pergi cari Vcd Ito ni, dari Pontian carik bawak sampai ke Speedy Taman U. Heh heh.


Pix: Ini Cd dia.



Bagi sesiapa yang fanatik Wings terutamanya Joe Wings anda kena cari material ni disebabkan Joe Wings adalah penerbit dan pemain gitar dalam semua lagu !


OK, Senarai musician :

Guitar & backing vocal : Joe Wings
Keyboard: Tok Ghani (Blues Gang)
Vocal & Blues Harp : Ito
Bass : Ami Jinggo
Drums : Mus

Track list:

1. Katakan (cc/Ito)
2. Apo Nak Di Kato (Ito)
3. Ibu (Shair Karim)
4. Mak Siti (Jim Madasamy)
5. Oh Mama Saya Mahu Kawin (Oslan Hussein/Ito)
6. Gadis Singapura (Ito)
7. Khatulistiwa (Ito)
8. Cinta Oh Cinta (Ito)
9. Perempuan (Megat Ismail)
10. Biarkan Berlalu (JS Kevin)


Kualiti, audio/video?

  • Kualiti video memang terbaik disebabkan semua videoklip baru khas untuk release vcd ni.
  • Semua lagu asal dari album-album Blues Gang dan juga Album Solo Ito. Satu cover dari Wings. Semua lagu dirakam semula dengan susunan muzik dan vokal baru.
  • Ok, semua lagu ada video Ito perform, tapi dalam studio. (kalau sesiapa pernah tengok vcd karaoke Made in Malaysia /Awie - Iris / Wings berhari raya bersama Mus mesti tahu stail dia macammana).
  • Walaupun begitu, ianya jauh lebih baik daripada video gambar pasangan kekasih berjalan-jalan di sekitar Puduraya atau pun gambar burung gagak minum air dari botol separuh penuh ataupun gambar roller coaster di taman tema tanpa ada langsung kelibat penyanyi asal .
  • Kualiti audio pun ok. Joe Wings beb Joe Wings...
  • Ito cover Wings - Biarkan Berlalu sebagai tribute for Arwah J.S Kevin. Versi ni lagi mellow dari versi Ito & Wings dalam Wings & Superfriends : Opera dalam Kenangan yang kaler hijau tu. Boleh tertidur dibuatnya.
  • Last sekali ada video bloopers, segment tak menjadi masa sessi rakaman video. Lucu juga.


My favourite song dalam VCD ni adalah lagu "Perempuan" hasil karya Megat Ismail.

memetik kata-kata Ito dalam kredit album,

"Memandangkan kebanyakan lagu di dalam album ini berkisar tentang kaum perempuan, saya berharap ianya dapat memberi kesan positif kepada para pendengar sekalian."


Itu saja. Peace n Love!

Screencaps.

PDVD_007

PDVD_025

Abang Ito main gitar dalam dining hall.

Abang Ito di awan biru. Berbaloi-baloi.

PDVD_017

PDVD_024

Abang Ito bermain dengan kain.

Abang Ito bermain dengan api.

PDVD_014

PDVD_010

Abang Ito dan basikal.

Abang Ito jadik rerama kiut.



Portnote:

  1. *jangan betulkan skrin anda, kualiti gambar memang kurang memuaskan. Kesulitan amat dikesali.
  2. Masa buat entry ni saya punya template problem, for temporary kena lah pakai template baru huhuhuhu...



9 comments:

deaf_angel said...

great review.
buat aku nak pegi cek out ni release huhu,

tapi aku suka la biarkan berlalu tu huhu

Portdy said...

bro depp,

temkiu...

Biarkan berlalu version ni sangat mellow ....

berbeza walaupun kedua-dua nya sentuhan Joe wings!

suppose this release ada dalam bentuk cd, vcdkaraoke, and keset...harap ada lagi lah.

eddie dewanaga said...

gua suka betul lagu 'Ibu' tu... adoi!
mkn dalam beb...

lagu 'Mak Siti' cukup fun!

Portdy said...

bro eddie,

lagu ibu memang semacam bro,
memang kena mengena ngan gua sikit masa dulu, gua dedikasi pada ibu gua...
sekarang 2-2 sudah pergi.

mak siti kalau tak silap version asal
blues gang bukan ito yang nynyi tapi drummer bluesgang, wa sudah lupa nama dia.

:: Cikgu Wiween :: said...

ohh poi poka. naik basikal. tongah haghi..tongah panehhhhhhh. gue bangga dgn ito. muahahah :p

Portdy said...

vween,

sonogori kan? hehehehh
patut eh banggo

:: Cikgu Wiween :: said...

ya ya ya senogori pakcik ito nih ngan den. Ebi Yus pun. Slalu ada kat seremban org tua tuh. huhuhu

berteromber said...

dulu zaman bebudak...akhir2 70an...awal 80an memang minat giler kat Blues Gang...logo Blues Gang siap lukis kat beg hijau "Swan" sekolah agama...Julian memang jadi idola...

tapi lepas kenal rock...logo blues gang bertukar jadi logo Iron Maiden,Dio,Scorpions,Ozzy,Twisted Sister dll...hehe...kenangan ni...tak tau la korang pernah jumpa ker tak beg jenama "Swan" yg popular dulu2 tu...

Portdy said...

hehee broteromber

zaman gua dah masuk beg jerut tali logo gambor ahli gusti WWF....

beg swan tu ada lagi...

tapi sapa banyak duit pakai beg reebok, diadora....