Tuesday, June 16, 2009

Crime and Passion dan jatuh cintaku kepada Zoe Tay.


.

Sebagai orang Johor, yang zaman kanak kanak dan remajanya sekitar 80 an dan 90an seperti saya, merasa sungguh bertuah sekali kerana kami dapat menonton dan mendengar rancangan television dan radio Singapura (atau Singapore, bak kata orang Johor).

Punyalah addicted dengan tv Singapore sampaikan National Anthem Singapura " Majulah Singapura" yang jadi pemula siaran TV tu saya hafal sampai sekarang.

Pada waktu itu saya suka tonton drama SBC (Singapores Broadcasting Corporations), sebelum bertukar kepada TCS dan sekarang Mediacorp.

...dan drama yang paling saya minat dan ingat adalah drama tahun 1991 bertajuk Crime and Passion.

"Crime and Passion....Crime and Passion......" macam tu lah opening theme dia.

Drama ini mengisahkan 2 sahabat yang berkawan baik, sama-sama main police and thief, rentetan perjalanan hidup mereka hinggalah seorang berjaya menjadi polis dan seorang lagi berjaya menjadi penjenayah terkenal...

...dan mereka sama-sama menyintai seorang wanita. Hmmm... tragis.

Drama bertema kepolisian, percintaan dan aksi itu sangat menarik untuk saya pada masa itu (1991) , dan ia masih lagi hebat jika dibandingkan dengan drama Gerak Khas sekarang (2009). Well? (sambil angkat kening sebelah).

Drama ini pelakon utamanya Edmund Chen , Zoe Tay dan satu lagi watak lupalah pula.

Pix: Edmund Chen zaman dulu-dulu , filem terbaru dia sekarang ialah Street Fighter : The Legend of Chun-Li(2009).



Dan ini dialah Zoe Tay , huhuhuhu my crush masa bebudak dulu.


Pix: Zoe Tay duduk.

Pix: Zoe jatuhkan tali baju dia, aduhai saya dah tak tenteram ni.

Pix: Zoe bergaya rock, gaya begini biasa beb zaman 90s dulu.

Pix: Gambar tahun 2005 kot, ni dengan baby pertama dia yang bernama Brayden . Husband Zoe ni fighter pilot untuk RSAF dan RSAF Black Knights . Kalau tahu dulu saya belajar rajin-rajin dan jadi pilot TUDM. Huh....


Dan disebabkan inilah saya berazam untuk mencari isteri yang mukanya iras-iras Zoe Tay.



Portnote:
  1. Untuk pengetahuan umum, pada masa itu tidak semua kawasan bahagian Johor dapat liputan siaran Tv dan Radio Singapura.
  2. Zaman dulu Astro pun belum ada beb, so bayangkan Tv Malaysia cuma ada RTM1, RTM2 dengan TV3 saja huhuhu sadis betul.
  3. Walaupun saya hafal "Majulah Singapura" tapi takdalah pulak berkurangan semangat cintakan Malaysia ok? Inikan knowledge namanya. Tak gitu?
  4. Bagi sesiapa yang belum tahu, National Anthem Singapura memang dalam Bahasa Melayu, dulu memang ada ura-ura nak tukar ke bahasa inggeris jadi ke tak pasti pula.
  5. RSAF= Republic of Singapore Air Force.
  6. Kredit gambar Edmund Chen : http://edmundchen.org/
  7. Kredit gambar Zoe Tay : http://www.geocities.com/TelevisionCity/set/9344/start.html


.

15 comments:

deaf-angel said...

errr...aku rasa baik aku tak start pasal Zoe Tay ni hahaha.
Nanti sampai 2010 pun tak abis haha.

Biasalah portdy, dulu kecik2, majulah singapura, negara ku, god save the queen ( pasal band Queen dan FA Cup finals ), Star Spangled Banner pasal solo2 masa tengok dvd, video, cd rock bands live haha..

Portdy said...

bro dep lepp,

hahaha start pun apa salahnya,
gua sanggup layan sampai wawasan 2020.Zoe Tay punya pasal!

mana ada lagi reference selain dari bro depplepp kalau pasal Singapore ni?

"Majulah Singapura" , "We are Singaporean" , "One people one nation one Singapore" tu wa ngan wife selalu nyanyi dalam keta kalau journey long distance hehehe....padahal kitaorang Truly Malaysian !

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

SALAM pot
WADUH HANG MINAT NAK JADIK pilot RUPANYA ERK
MESTI HANG BANYAK KOLEKSI KAPAL NIH
NANTI PASTEE pORT

Portdy said...

dill,

bab koleksi kapal aku tak dan lah dill,

tapi kan kalau nak tengok betul2 pengumpul koleksi kapal terbang, robot, keta ferari, hang pi blog kawan aku si Rocketqueen,link dia:-

http://mohdshafid.blogspot.com/


errk..... sebenornya cita2 aku nak jadik fireman , tak kesampaian sebab rabun huhuhuhuhuhuhuhu

SkiD said...

Kalau citer pasal TV Singapore ni, teringat aku masih kecik2. Siri2 TV awal 80's dan late 70's tak pernah miss. Kemaruk tu!! Sampai kekadang ponting mengaji!! Tu le kelebihan orang JB pada masa tu...Dapat Ch 5 dan Ch 8....

Portdy said...

betul tu bro skidrow,

sekarang gua sudah duduk muor,
rindu gila dengan tv singapore,

nak dengar radio mediacorp online pun dah tak boleh sekarang ni huhuhuhuhuhu....

:: Wiween :: said...

aiseyman portdy..ween tau Phua Chu Kang jek citer Singapore yg besh. huhuhuhu. Pastu terkejut nama dia Gurmit Singh! ahahaha

Portdy said...

Vween,

Gurmit Singh tu ada mix Punjabi(Sikh), Japanese, ngan chinese...

jangan terkejut dia boleh cakap melayu tau...
mostly celebrity singapore bukan malay boleh cakap melayu dan yang malay pula boleh berbahada Inggeris dengan baik sekali....

compare ngan selebrity Malaysia? ada sebilangan yang melayu cakap melayu pun berterabur huhuhuhuhuhu...

berteromber said...

budak jb time 80's dan early 90's memang tengok SBC Ch. 5 ajer la..
Siri2 tv macam A Team,Knight Rider,6 million dolar man,Mc Gyver,AirWolf,Greatest American Hero,Starsky & Hutch,Dallas,Dynasty ntah macam2 lagi lupa dah gua...

Bola ngan Big League Soccer...dan Wrestling WWFnya...dan oh yer tak boleh lupa Solid Gold...hehe..

nak harap TV1 TV2 zaman tu...hampeh...TV3 pun mula2 start kat KL ajer...

radio ngan rancangan POP ROCK nya...memang bertuah la bebudak johor...

tapi zaman Zoe Tay ni..aku dah duk asrama...tak duk JB...so tak tau sgt...tau2 gitu je la..

eddie dewanaga said...

"...in the land of free,and the home of the brave...!!!"

gila siot, gua sampai boleh nyanyi national anthem U.S hehehe... lagu Majulah Singapura, God Save The Queen dan Negaraku jgn cakap laa, selamba badak je nyanyi...

pengaruh tv dan vhs beb, gila ah..!!

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Insyaallah, ada kelapangan aku upload fighther jet aku. Dalam 20 biji ada dalam hangar tu.Zoe Tay okla. Tapi favourite aku masa dia belakon the unbetables. Cerita pasal berjudi. Janganla berjudi.

Portdy said...

Sapik,

upload lah,
mesti ada yang minat tu,
koleksi kapal terbang ko tu rare , kumpul dari kecik kan?

ada spitfire tak?

Portdy said...

bro naga,

...tapi kita tetap truly malaysian kan?
proud to be Malaysian!

bebudak sekarang ada yang kantul nyanyi lagu Negaraku ngan Rukunegara...what the...?

Portdy said...

Bro-teromber,

wrestling tu yang penting!
Zaman WWF lagi....

time tu TV3 pun tak siar wrestling ni...
masuk zaman 90s tunggu MTV Top 20 pulak tengah malam, banyak lagu rock...

Portdy said...

sapik,

aku betul2 tak ingat unforgettable tu huhuhuhu...

jangan lupa keluarkan jet-jet ko dari hangar 18 tu....