Saturday, June 13, 2009

VCD Review: Sweet Charity Reunion Konsert Sejuta Wajah Part 1


Pix: Cover Depan vcd Konsert Sejuta Wajah Part 1.

Casing pun dah retak/calar dah....kat stiker lesen perakuan tu tajuk dia “KST. Seribu Wajah Sweet Charity” . Salah tu….tak cukup 999,000 wajah lagi.

Pix: Belakang


Pix: Gambar VCD – dari kiri Ramli Sarip, A.J, Wan Ahmad, Rahman Sarbani (orang Pontian) , Arwah Syed Hassan, Masrom Abd. Hamid dan Rosli Mohalim .

Pix: Inlay dalam - Set List lagu dalam VCD 1

Ini VCD 1 untuk konsert Sejuta Wajah cetakan tahun 2002, kalau tak silap release tahun 1997 atau 1998 kot…nanti saya check balik pada inlay keset.

pada sesiapa yang mungkin belum tahu, konsert ini merupakan first reunion Sweet Charity selepas mereka berpecah pada tahun 1986 mereka bersatu semula untuk konsert di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 6 Januari 1996.

Rasanya konsert reunion ni turut diadakan di Singapura, kalau ada sesiapa ingat boleh comfirmkan?

Vcd ni keluaran Serasi Music Sdn Bhd

kalau sesiapa yang ada versi CD audio atau keset boleh bandingkan dengan VCD ni beberapa susunan lagu, dialog yang ada dalam versi audio tak sama dengan vcd…rasanya vcd lebih tepat kot.

Ok, dalam vcd ni ada 4 lagu yang tiada dalam keset iaitu Dekatlah Padaku, Pelarian, Bagaikan Bermimpi dan Terharu.


Masa lagu intro Bagaikan Bermimpi ada part Rosli Mohalim usik usik, picit-picit belakang AJ , enjoy tengok diaorang kat atas stage. hehehee…cute lah pula orang-orang tua bergurau.

yang tak best nya masa lagu Terharu visual ditindih dengan kredit akhir..huhuhuhu.

nanti ada masa saya sambung review VCD 2

Portnote:

  1. VCD ni saya beli dengan harga RM 19.90 untuk satu VCD, 2 vcd sudah near RM 40.
  2. Di beli di kedai brader melayu tingkat atas, Bus Station Larkin. yang dekat area tengah tu yang dekat dengan surau lama. Entah ada lagi ke tidak kedai ni? Legend ini kedai. Banyak keset rock.
  3. Ini 2 set adalah kali kedua saya beli. First set beli tahun 1998 , dipinjam member tak pulang (hampeh) , beli semula pada tahun 2002 di kedai yang sama.
  4. Ada perasan baru-baru ni vcd ni direlease semula dalam bentuk satu set 2 vcd dengan satu harga RM 19.90. (murahnya huhuhuhu banding dengan saya , dah lah kena beli dua kali…).
  5. Sesiapa belum beli pergi beli sebab ini vcd visualize the only show yang original line-up masih cukup. Termasuk Arwah Syed Hassan.
  6. Kalau ada jumpa cd audio dia pun beli sekali, kalau sesiapa jumpa cd bagitau saya, saya nak juga hehehe . Nak upgrade dari keset.
  7. Keset dia saya beli di Pasaraya Nilai , Pontian (dah tutup) . Dalam inlay dapat separate lyric sheet. In my case keset saya dapat dua keping lyric sheet …hehehehe terdouble insert masa kat kilang kot?

to be continued….

14 comments:

Takilala said...

best

berteromber said...

masa vcd ni kuar...gua baru kawin beb...konon nak pencen beli2 cd ni semua...tu yg tak beli tu..haha..

kedai kaset kat terminal larkin tu memang best...walaupun gua jarang pegi...tp pernah beli vcd konsert raksasa XPDC kat situ...tak tau ujud lagi ke tak kedai ni...bertahun dah tak gi terminal larkin.

eddie dewanaga said...

kedai brader kat terminal larkin tu, Hani Music Centre... cool brader ni beb, gua dulu2 selalu cari stok2 lama kat sini, brader ni mmg boleh lebih kurang especially kalau jadik regular dia... entah ada lagi atau tak, gua tak pasti... lama tak landing sini sejak2 gua tak guna bas lagi utk long distance journey...

deaf-angel said...

kedai mana?
ada lagi kot tapi yang rare2 semua macam dah takde dah..
kalo kedai yang belah atas pasar basah tu yang bahagian tiga tingkat tu pun rare2 dahbis.

ada sekali dia ada Mus may solo cd yang lama punye tu...aku datang selang satu dua hari, orang lain dah beli. kira susah nak carik cd tu..

Portdy said...

takilala,

berbaloi-baloi, kalau tak, tak kan gua beli 2 kali huhuhuhu

bro-teromber,

patutnya beli bro, pas tu tulis kat cd tu "cd kenangan sempena weddingku" hehehe...

Portdy said...

bro eddie,

alamak betul2 lupa la nama kedai ni...memang harga leh lebih kurang,
vcd gua tu pun dapat diskaun...

satu lagi port , kedai keset macik kat tingkat atas komtar tu....
sayang dah lama tutup, sebelum renovate komtar lagi..

bro depplepp,

ni kedai yang kat bahagian terminal, kedai brader melayu, kecik jek...sebelah2 dia ada jual baju ke tudung dulu,area tangga tengah sebelum adanya eskalator ...

kalau sekarang ni mungkin berdepan ngan mcdonald kot...

yup dan kedai yang dekat area pasar tu pun gerek juga, dia punya keset susun sampai atas , jenuh nak nengok nye huhuhu

ada lg ke 2-2 kedai ni?

(satu lg kedai cd yang tokey cina punya kot antara tangga nak ke pasar...ni gua beli keset Oasis - familliar with the millions)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

aku paling suka
lagu ZAKIAH zakiah....

Lagu sC ni memang best

eddie dewanaga said...

hahaha... satu lagi kenangan siot... area komtar atas, sebelah rock station tu kedai kaset mustika... dulu nasha febian jaga kat situ, lu boleh baca sikit pasal gua beli kaset kat situ dgn klik kat 'paradise lost' kat side bar gua...

selalu pegi situ dulu, sebab pos ofis pun dekat2 situ, bsn lagi...

berteromber said...

mustika, rock station, B Sound Studio...pergh...kenangan betul...tu la port rocker2 zaman dulu...haha..

Mustika tu nama dulu Climex Muzik...kalau tak salah gua la...zaman Bandi Amuk keja situ dulu..

dan tak lupa fast food Yummy...tempat berdating budak2 sekolah zaman gua...hahaha...

Komtar dalam kenangan.

Portdy said...

dill,

zakiah best kan?

gelek Dill gelek, hehehehe...

Portdy said...

bro naga,

mana agak nye owner kedai ni eh?
syahdu pulak memikirkan owner record store dulu2 ramai yang tak leh survive zaman tu....ramai yang bungkus...

kesan piracy, ekonomi merudum, kemunculan Speedy dan Music Valley...

Komtar dah siap renovate lum bro?

Portdy said...

broteromber,

tetiba kan gua terbayang pulak suasana wa bebudak dulu jalan kaki dari Muzika JB Kotaraya ke Komtar , berenti kat traffic light depan komtar tu...mengadap kedai jual barang rock kat tingkat atas tu lupa nama dia....

dengan semangat berkobar gi kedai keset kat atas tu,

dulu2 kalau agak frust cintan cintun jek pegi seek solitude , tenangkan diri pergi dari satu kedai keset ke satu kedai keset hehehehe...

pastu tengok2 duit pun abis beli keset huhuhuhuhuhuu.....

Ku di halaman rindu bak kata deaf.

moral: kalau tengah frust memang bahaya gi windows shopping !

berteromber said...

kedai jual barang rock tu nama dia Rock Station...banyak jugak la t-shirt gua beli kat situ dulu..

renovation komtar tak siap lagi..slow je...gawat kot..

Portdy said...

oh ye,

rock station!
betul lah eh, gua suda lupa sangat lah bro....masa tu bebudak baru huhuhu