Friday, August 07, 2009

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."


Wallahualam.

Thursday, August 06, 2009

Bercanda di pasiran pantai.

'


Suatu petang yang damai ku kau lihat bercanda di pasiran pantai,

Aya-chan: Abang Portdy, jadik tak kawin?
Portdy-san: Eh, eh jadik jadik , abang serius ni, tengok bulumata abang tak nampak serius ke?
Aya-chan: tapi tengok macam abang tak semangat je bila sebut pasal kawin?
Portdy-san: bukan tak semangat , abang risaukan banyak perkara, tentang masa depan ,
cabaran 1 Malaysia, virus selsema H1N1, masalah pembuangan sampah di kolej
kolej IPTA ,kenaikan tukaran dollar Singapura dan
juga masalah dalaman Konsert Search tempohhari. Ini semua sedikit sebanyak
menganggu perancangan perkahwinan kita.
Aya-chan: Malas nak cakap sama abang lah, Aya nak mandi lautlah (sambil berlari-lari
kecil di gigi air dan terus berenang...
Portdy-san: (aku tak buleh lepaskan peluang ni!) Tunggu abang Aya -chan (sambil
memasang tanduk DIO di kepala!

BUSSSYSSS!!!! Masuk dalam laut . kedengaran lagu Sudirman dan Anita Sarawak - Bercanda di Pasiran Pantai....diselangi ketawa nakal ala ala macam dalam lagu tu juga. Tubuh badan basah dengan masinnya air laut dan peluh jantan sendiri.



Realitinya:

Tubuh badan saya basah, basah kerana nemutnemut ngompol malam itu , huhuhu....

*ngompol - kencing masa tidur.

VCD Review: Sweet Charity Reunion Konsert Sejuta Wajah Part 2

.
Ni sambungan dari part one.
VCD Review: Sweet Charity Reunion Konsert Sejuta Wajah Part 2

Ini VCD first pressing punya.

Cover depan kaler biru.
Belakang
Inlay dan VCD.

Satu kelemahan VCD ni ialah dia tak separate fail untuk setiap track. Jadi kalau tengok kat DVD player tak boleh nak skip track.
Serasi music ada keluarkan versi baru VCD ni dengan harga lebih murah untuk 2 vcd sekaligus. adakah versi baru ini dia separate track? Kena minta rakan-rakan yang ada review sikit.


Ini Keset dia. Beli kat Pasaraya Nilai , Pontian. Dulu-dulu senang nak cari keset/cd rock. Dalam pasaraya kecik pun ada section muzik gitu. Sekarang Pontian sama JB sudah pupus dah ini macam punya kedai.

Belakang. tracklist tak sama dengan vcd. vcd ada lebih lagu.
Inlay dan keset. Saya suka stail camni. Lyric sheet asing dengan inlay cover. Sama stail macam album Tribute to Ramli Sarip yang ada Amy nyanyi lagu Teratai . Saya dapat lirik tu dua keping. Mungkin kat kilang operator dia termasuk dua set kot. Entah mana pergi inlay sekeping lagi tu saya letak. Mungkin kat keset-keset Sweet Charity Pilihan Terbaik kot.

Tulisan kat keset sudah hilang. Terpaksa tulis pakai Permanent Marker. huhuhu
Kalau perasan betul-betul ada tampal selotep kat inlay tu , takut cepat koyak. Tu lah kerja malam-malam kat dalam bilik. Kalau mak tanya jawab "study Ma".




Sweet Charity-Dekatlah Padaku.MP3 - sweet charity reunion

Wednesday, August 05, 2009

Memoir Nisfu Sya'aban

.
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Hari ini juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)"

baca artikel penuh dari blog sahabat di sini



Sekuntum memoir aku suatu masa dulu;

Aku pernah terjumpa seorang hamba Allah ini,
seorang yang lebih tua dariku,
seorang yang ku anggap lebih matang,
tibanya pada malam Nisfu Sya'aban pada satu ketika itu,
bersungguh-sungguh dia membaca Surah Yassin 3 kali,
bersungguh-sungguh juga dia menunjuk-nunjuk akan perlakuannya itu,
"rugi tak buat " katanya,

dan di masa-masa selepas ketika itu,
dia berterusan mengata orang,
dia berterusan melaga-lagakan orang,
dia berterusan mengelak kerja dan tanggungjawab,
dia berterusan menyesakkan urusan orang lain,

dan secara kebetulan,
nasibnya lebih baik sedikit dari aku
aku jadi keliru,
aku salah kah atau dia salah kah?
aku betul atau dia betul?

apapun
aku berdoa supaya,
aku , kau dan dia,
sama-sama dirahmati tuhan,

siapalah kita tanpa Rahmat-Nya.
semoga yang terbaik untuk catatan amalan kita di masa hadapan.

Doa buat sahabat

.
Saya baru tahu 2 berita ni pun dari blog matakucing, walaupun lambat tapi tetap saya mahu kongsikan di sini. Moga-moga kita beramai2 dapat mendoakan sahabat, saudara kita ini walaupun mungkin tidak pernah bersua muka, namun kita tetap sahabat dan saudara di sana.

  1. Seorang rakan blog kita Encik Muor76 baru sahaja kehilangan cahayamata yang dikasihi, bayi yang baru sahaja dilahirkan. Sama-sama kita berdoa untuk beliau dan keluarganya semoga terus tabah.
  2. Ibu kepada seorang saudara kita, Fairuz (sahabat baik Matakucing) dimasukkan ke hospital kerana 'minor stroke'. Sama2 kita berdoa agar ibunda beliau cepat sembuh.
Terimakasih buat Matakucing atas makluman di atas.

klik sini untuk info penuh:
encikmuor76
encik matakucing

"life is so fragile" - Deaf Angel.

Tuesday, August 04, 2009

Kashmir yang diseret sejauh 10 Kilometer.

.
Foto zaman Unledded (1994). Foto zaman Ledded (2007).



Layan lagu Kashmir versi Live Unledded. Habis lagu ni kena seret 10km jauh dia. Dia punya lama lagu ni sempatlah masak Nasik Goreng Kampung campur daging bubuh telur mata lembu goyang kat atas. Tapi serius said, best ini lagu versi live Unledded. Mula-mula hangguk kepala headbang sikit-sikit, lepas tu goyang pinggul joget padang pasir penari gurun ternama.

Gambar hanya untuk hiasan semata. Bukan gambar sebenar.


Kashmir
(Page,Plant,Bonham)

Oh, let the sun beat down upon my face
Stars to fill my dreams
I am a traveler of both time and space
To be where I have been
Sit with elders of a gentle race
This world is seldom seen
Talk of days for which they sit and wait
But, all will be revealed

Talk and song from tongues of lilting grace
Whose sounds caress my ear
Though, by a word I heard could I relate
The story was quite clear
Whoa-hoh, whoa-oh, yeah

Yes, yes

Oooh, oh baby, baby, I been cryin'
Ohhhhhhhhhhhh, there's no denyin', there's no denyin'
Oooh yes, baby baby, I've been flyin', oh yeah
Lord, mama, ain't no denyin', no denyin', no denyin'
Here's another one to ya

All I see turns to brown
As the sun burns the ground
And my eyes fill with sand
As I scan this wasted land
Tryin' to find now, where I been, yeah

Pilot of the storm who leaves no trace
Like thoughts inside a dream
Who heed the path that led me to that place
Yellow desert screen
My Shangri-La beneath the summer moon
I will return again
Sure as the dust that floats high in June
When movin' through Kashmir

Oh, father of the four winds, fill my sails
Across the sea of years
With no provision but an open face
'Long the straits of fear
Wha-oh, wha-oh, yeah
Whoa-hoh, whoa-hoh, ohh-oh-oh-hooooh

Well, when I want, baby, when I'm on my way, yeah
When I see, baby, when I see the way you stay, yeah

Well I'm down, when I'm near
Please, please, tell me where I've been
Oh-oh-oh
Oh-oh-oh

Whooooooo, yeah-ee yeah
Whoo, yeah, I can take you there, take you there
Oh, my baby, ooh my baby, let me take you there, oh-oh
Ooh darlin', yeah, darlin', yeah

Tuadon, tuadid, oh yeah
Suanon, suadid
Suanon, suadid
Suanon, oh-oh-oh
Yeah, yeah

Hey baby, pretty baby, oh baby
Hey baby, pretty baby, oh baby
Hey baby, pretty baby, oh baby

Feel, feel, feel, feel, feel, feel,
Feel, feel, feel, feel, feel, feel

Suanon, suadid
Suanon, suadid
Suanon, yeahhh

Ini snippet dari booklet DVD "No Quarter: Jimmy Page & Robert Plant Unledded". Serious said juga, best ini DVD sangat-sangat!
DVD ni akan berlayar jauh ke pemiliknya yang sah di sebuah negeri yang aman makmur di Semenanjung Malaysia.


Monday, August 03, 2009

Asyik layan lagu Sendiri versi May je kan, cubalah layan yang ni pula....

.
Sendiri - Slam
(Yusri Yusuf/Johan Azis)

Bagaimana kan ku terima
Sedang cinta ku hangat membara
Kau titiskan airmata
Bukan mudah ku menghindar
Sebuah cinta sekian lama
Menjanjikan kesetiaan

Tiada ku berpaling
Selain ku hanya menyintai dirimu
Kerana di hati ini
Hanya kau bertakhta

Dapatkah terus untuk ku
Mengharungi liku hidup ini
Tanpa kau menemani
Dan mampukah aku melupakan
Saat-saat indah bersama

Mengapakah kasih kau pula kini berubah
Mengharap kan cinta pada dirinya
Apa relakah terus melihat
Diri ku ini menderita
Kasih

Sendiri jua akhirnya membuai rindu
Dan resah hati ku menjadi sendu
Puas sudah ku memujuknya
Kerna di hatiku menyinta

Merana aku menggenggam sepi ini
Yang semakin terasa bisa ku merana
Apakah salah dan dosa
Hinggakan diri ku tersiksa
Kesetiaan kau korbankan
Tanpa belas kau memutuskan
Di sinilah cinta kita
Akhirnya


Portnote:
  1. Asyik layan lagu Sendiri - May je kan, sekali sekali layan pop mendayu pulak.
  2. Bak kata Pakcik Ahmad Jaafar @ AJ keyboardist Sweet Charity dalam Konsert Sweet Charity Father's Day 2008 - "Yeah! Rock rock , jiwa-jiwa, jiwa-jiwa jugak! heh heh heh!"
  3. Lagu yang bermula dengan biasa sahaja tapi semakin menarik apabila masuk chorus. Memorable.



Sendiri - Slam

Sunday, August 02, 2009

Dia Lelaki




Dia Lelaki - Ella dan Ramli Sarip

Pastinya sunyi bila malam
Tentunya resah bila siang
Mencari cintanya
Dibawa angin mengembara
Wooo kasih
Dia tidak bermimpi

Dia berdaya lagi
Yang pasti dia lelaki
Terkapai tangannya
Mencari tempat bermanja
Wooo kasih
Dia lelaki mangsa cinta

Olahan perasaan
Formula angan-angan
Dari zaman kesepian
Wooo woo
Dia terhumban di luar
Masih merasa sayang
Kerana dia sayang
Woo cinta

Wooo

Dia tidakkan mengerti
Cintanya membawa mati
Tidak ditangisi
Juga tidak dihargai
Wooo kasih
Dia lelaki mangsa cinta

Olahan perasaan
Formula angan-angan
Dari zaman kesepian
Wooo
Dia terhumban di luar
Masih merasa sayang
Kerana dia sayang
Wooo cinta

Woooo kasih
Woooo cinta
Woooo sayang

Portnote:
  1. Siapa kata lelaki tak boleh jadi mangsa cinta?
  2. Antara lagu duet Papa Rock bersama Ella selain lagu "Kembara Kita".
  3. Dari album Ella - Ilham Bicara.

Saturday, August 01, 2009

Aerosmith - Amazing

.Amazing
From the album - Get a Grip
(Tyler,Supa)

I kept the right ones out
And let the wrong ones in
Had an angel of mercy
To see me through all my sins
There were times in my life
When I was goin' insane
Tryin' to walk through the pain

And when I lost my grip
And I hit the floor
Yeah, I thought I could leave
But couldn't get out the door
I was so sick n' tired
Of livin' a lie
I was wishing that I would die

It's amazing
With the blink of an eye
You finally see the light
Oh it's amazing
When the moment arrives
You know you'll be alright
Yeah it's amazing
And I'm saying a prayer
For the desperate hearts tonight

That one last shot's a Permanent Vacation
And a how high can you fly with broken wings
Life's a journey - not a destination
And I just can't tell just what tomorrow brings

You have to learn to crawl
Before you learn to walk
But I just couldn't listen
To all that righteous talk oh yeah
I was out on the street
Just tryin' to survive
Scratchin' to stay alive

It's amazing
With the blink of an eye
You finally see the light
Oh it's amazing
When the moment arrives
That you know you'll be alright
Oh it's amazing
And I'm saying a prayer
For the desperate hearts tonight

(Vocal Solo)
(Guitar Solo with Steven Tyler yelling lyrics in background)
(Guitar Solo)

"So, from all of us at Aerosmith
To all of you out there, wherever you are.
Remember- the light at the end of the tunnel
May be you. Goodnight!"

(Classical jazz music outro)

It's Amazing With the blink of an eye you finally see the wrinkles!


untuk dengar Amazing "Amazing" (Orchestration Version); klik sini
untuk dengar "Amazing" (Acoustic Version) ; klik sini
Untuk video , klik sini, ada Alicia Silverstone . Siapa suka minah gebu-gebu sila angkat tangan. Hmmm... yum yum.