Tuesday, February 23, 2010

New York, I Love You!


Ayu, inginku bisikkan cintaku padamu, tapi renungan matamu mengunci lidahku. Maka di tepi pantai ini, dengarkanlah jeritanku...

Ayuuuu!!!! Aku Cintakanmu!!!!!! 

(dialog Azhar Sulaiman kepada Maria Farida dalam filem Bisikan Cinta. Filem ni memang sah-sah cedok filem Hong Kong lakonan Andy Lau ke Leon Lai saya pun dah lupa) .

Dulu-dulu masa sekolah ada kawan nama Ayu selalu seh kena gurau jerit dari kelas kat tingkat 3 "Ayuuuu!!!! Aku Cintakanmu!!!!!! ". Dia senyum aje aduhai....


Semalam Me and Mybetterhalf masa Lia-lia tidur sempat layan satu filem tajuk dia "New York, I Love You!"
Diadaptasi konsepnya dari filem Paris, je t'aime.

Filem ni merupakan antologi 12 filem pendek yang menyatukan ramai pelakon hebat baru dan lama seperti Shia LaBeouf, Natalie Portman, Hayden Christensen, Orlando Bloom, Chris Cooper, Andy Garcia, Shu Qi, Maggie Q, Christina Ricci, Irrfan Khan, Robin Wright Penn, Julie Christie dan  Ethan Hawke.


 Antara segmen yang saya suka, mengisahkan seorang pemuda yang membawa "date" nya yang berkerusi roda ke majlis tari menari (Prom Night).


Segmen Dua Insan (veteran) Bercinta. Hehehe so funny lah because its full of 2 orang tua membebel membebel but rich in love and tenderness. Dalam hati berkata boleh ke aku sampai tahap yang begini (atau lebih baik?)

 Shuqi beb Shuqi. Bibir dia sahaja sudah cukup membuat kan saya makan tak kenyang, tidur tak lena dan  mandi tak basah. (tapi tengok jenis mandi juga.... oh oh out of topic). Cerita dia bertemakan hajat tak kesampaian. Teringat lagu Hajat - Haida.


Aha! Orlando Bloom. My Oni-chan minat dia ni .
Saya minat Christina Ricci so segmen ni boleh lah layan.

My favourite actor. Ethan Hawke. Duda Uma Thurman. 
Baru saja kawin baru dengan nanny anak dia.
Maggie Q - saya tak berapa minat sangat dia ni tapi beli juga DVD " Love Asia" dia hehehehe.


"Lawanya dia ni", kata wife saya. 
Of course lah my dear, this is Natalie Portman. Orang rabun macam saya pun kata lawa.


Ok, untuk rockers semua yang seluar koyak main cinta , this film is recommended to you.
Untuk yang bukan rockers tapi dalam hati ada taman juga, lagilah digalakkan menonton. Baru rock.


All we need is Love. Bak kata John Lennon.

9 comments:

berteromber said...

gua baru minggu lepas layan citer ni...New York I Love You la...bukannya citer Azhar Sulaiman tu..hehe..

Rekomended beb..adegan bersengayut kat dahan pokok dan tengok bibir Shu Qi (mcm lu cakap) sahaja dah buat gua tak tenteram semalaman...hahaha..

eddie dewanaga said...

okay... recommended dari Portdy dan Berteromber sudah cukup meyakinkan gua (sebab diorang lagi terer)


New York, tunggu aku...!
(tapi nak carik kat depan 7E jln Datin Halimah je).

Ijau D. Koceng said...

2 jiwa 1 hati xtgk ke?

Takilala said...

betul best? kena cari ni..huhu..

SkiD said...

Best ke?...kena cari nak sedut ni...sesekali layan taman dalam bunga ok gak...taman dlm bunga???

Jenonymous said...

Shuqi lawa lagi dari natalie....

Dr Singa said...

kahkahkah...
'seluar koyak main cinta'
kahkahkah lagi...
walaupun kurang paham bahasa kipas mati roker ni..

Yasnon Enterprise said...
This comment has been removed by the author.
portdy said...

Bro-teromber;

adegan senggayut eh hehehehehe best memang best,
Anyway bro sudah tonton Paris Jetaime?


Eddie;
ya betul encik Dragon, rekomended.
Saya mesti pilih!


Ijau;
Aku prefer "Lu Pikirlah Sendiri The Movie" wakakakakakaka


Takilala;
Cari jangan tak cari sambil dengar instrumental "Mencari" dari Search.


Skidrow;
Sedut jangan tak sedut,
bro takder ke gambo amoi yang muda-muda sikit adududududu....


mhagnoth;
Shuqi lagi lawa dari natalie? ye betul!


Doc;
Seluar koyak main cinta tu bait-bait senikata lagu Wings - RNR Lu Punya Suka.
Doc, buleh ubati hati yang terluka karna cinta tak? Auuuuuu!