Wednesday, February 24, 2010

Jamming Log book - Tribute to Wings - live at Man's Studio, Ledang.


Lokasi: Man's studio yang memang gerek studio dia.


Sessi jammin yang berlangsung Jumaat malam Sabtu dan sabtu petang.
 Ahli anggota berkhidmat: Saya (Bass+Vocal, Jack (bro-inlaw - Guitar+vocal) dan Syko (adik saya - Drums)

Setlist: Tribute to Wings - demam layan vcd 21st Annivessary Wings hari tu.
  1. Semalam yang hangat
  2. Saputangan
  3. Potret diri
  4. Orang Asing
  5. Hikayat penuh ranjau
  6. Hati sulam lain
  7. Satelit Puaka
  8. Lupakanlah
Tengok sikit punya banyak dari album Wings - Orang Asing kan?

lain -lain  lagu:
  1. Di jalan sesat - M Nasir
  2. Lagenda Cinta - Lefthanded.
Semua lagu di bawa dalam key original, baru rasa penangan dia terkehel tak terkehel huhuhuhu...

Verdict:
Lagu-lagu yang sudah plan tak berapa jadik terutamanya Potret Diri, tapi lagu-lagu un-plannned ok lah pulak.
(aci ke sendiri main sendiri nilai ni hehehee).

Apapun saya belum tergamak nak upload video atau audio.
Lupakanlah bak kat Joe Wings.

Oklah untill next session.
Prektis mek perfek.




Portnote: 
  1. Untuk Ijau, Sila check ejaan dan tatabahasa eh eh bukan bukan.......Aku nak bagitahu rasanya hari tu first time aku guna Bass Ibanez gio soundgear GSR190J, bunyi dia memang meletup-letup lah. Kaler Itam lagi you. Sekarang rasa berbelah bagi mahu beli Ibanez ni atau Washburn T12. Sila beri tunjuk ajar.
  2. Untuk Zan; jeles lah aku tengok hang jamm lagu Satelit Puaka dengan Pengabdian Ku Kekasih. Gerek seh! Bila la aku punya bass playing nak smooth macam tu.

16 comments:

Ijau D. Koceng said...

kesalahan ejaan/tatabahasa:
1) ...berkhidmat: Saya (Bass+Vocal, Jack... <- lupa penutup kurungan

2) tajuk2 lagu dikira sbg kata nama khas dan sepatutnya dimulakan dgn huruf besar, bkn kejap kecik kejap besar

3) "semua lagu di bawa dalam..." sepatutnya 'di' dan 'bawa' didekatkan 'dibawa' sbb menunjukkan perbuatan dan bkn tempat/lokasi

*gila ah, knp aku tiba2 jd guru bahasa ni?

upload video kat facebook la, atleast blh set privacy sapa yg blh tgk

memandangkan aku berada dlm kem ibanez, maka aku pastinya akan rekomen ibanez. tu baru GSR series (@GIO) blm kena lg ICB, BTB, SRX series yg ada preamp PHAT-II

err... nak beli bass ke bang?

Ijau D. Koceng said...

"...mahu beli Ibanez ni atay Washburn T12" atay tu apa? satay ampai2 eh? >:)

SkiD said...

Wah wah wah! En Ijau dah jadi guru nahu dan tatabahasa la pulak...
Apa2 pun kalau dah minat...beli aje laaa...beli, jangan tak beli!!

Portdy said...

ijau ;
kesalahan tatabahasa memang sengaja dilakukan khas untuk hang.
Ni aku punya wishlist tahun ni. Bass sebijik.

satay ampai2 tu aku dah betulkan hahaha tu tak sengaja tu.


Skidrow;
InsyaAllah bro, tengok ba

Portdy said...

Skidrow
InsyaAllah bro, tu planning tengah tahun nanti.

Ijau D. Koceng said...

bajet nak beli bass shj atau bass set? atau mix and match? brapa anggaran bajet?

speedrider said...

bideo! bideo! bideo!!!!!

berteromber said...

we want video...we want video....!!!






err...kalau tak der video jamming...file 3gp pun boleh...hahahaha...

zan said...

apsal nama wa disebut dalam ini cerita? huhuhu
biasa2 je portdy. untuk makluman, dalam video pengabdianku kekasih tu itulah gitarist kidal merangkap bekas jiran aku, arwah Ijan @ carvedijan..al-fatihah..

aku pun memang tengah cari2 bass ni. tengah berbelah bagi samada nak amik gnl 25000 series or musicman stingray..tengok poket balik la..huhuhu

Portdy said...

Ijau lagi;
bass set kalau buleh,
Aku dah check kat sini (JB) Ibanez Set tu RM 12++ dan Washburn T12 Set tu RM9++.
Aku prefer kaler merah, kalau takde itam pun ok.


Speed n Broteromber;
Video?
oh tidak ! tidak!
Nahe! Nahe!




zan;
Biasa je? tumbuk rusuk aku le kalau main cam tu kira biasa je. Ceh!

Arwah Ijan, ye aku kenal lama melalui blog (selalu lawat blog dan multiply dia)tapi tak sempat nak berkawan.(tak sempat nak tinggal komen ke apa ke, dulu aku kan pemalu sikit).
Allah lebih menyayangi beliau. Al Fatihah.

Ijau D. Koceng said...

ibanez bass jumpstart set GSR190J, hrga std kl below rm1k, klu kat jb RM12xx dah bleh kira hrga potong leher tu sbb kat bintulu pun aku beli RM1.2k je.

cuma klu rajin ko pi skudai (plaza angsana @ tmn university) cari kedai c&m music, atau pi browse website dorang @ c&m music, last time aku tgk ibanez set dlm rm9xx je, klu abis bleh minta order. bass iceman ICB200EX mcm aku pun blh dpt dlm rm12xx hahaha

atau alang2 amik mcm zan tu, GNL atau stingray muahahaha!
btw, 1 unit GNL @ musicman = 10 unit bass ibanez

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

WAH UMAH BARU JUGAK KE...
NASIB BAIK AKU TAK TERSASAR
KONA KONA UMAH pot RUPERNYA...HE HE HE

WAH HANGPA PI JAMMING KA
LAGU LENTOK
KALAU KAT SINI REDBOX JERLAH JADI TARUHAN
SATU AARI NANTI NAK SUMBANGKAN LAGU NGAN dep, LEH KA

eddie dewanaga said...

3gp please...

watashi.. watashi... auwww...!!

portdy said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Portdy said...

Nagasari;
Kimuchi kimuchi........

Portdy said...

Ijau lagi dan lagi;
nanti aku check kat Taman U.
Lambat lagi nak beli. Survey dulu.


Dill;
Duit banyak tukar tukar rumah jek hahahahaha...
Redbox! peh aku nak ikut DIll!Hang jangan lupa kalau kita pegi nanti ambik gambo aku banyak2!