Friday, January 30, 2009

Lawatan Sambil Belajar: Dusun Dato' Murad part 111



Part 3 lak.
Sambungan Penjara Agro Dusun Dato' Murad Ayer Keroh, Melaka.

Ada mini muzium, berkaitan sejarah penjara dan dusun ni

pix: Sejarah Dusun Dato' Murad.

Pix: Potret Allahyarham Tan Sri Dato’ Murad bin Ahmad
, pengasas/pencetus Dusun Dato' Murad.


pix: Turntable dolu2. Tak sama dengan yang Dj2 Hop Hip sekarang guna.

Banyak lagi benda2 lama macam cotar/belantan , time card machine( mesin perakam waktu untuk warden dulu2 kalu buat patrol dari blok ke blok akan slot kat mesin ni menandakan mereka sudah mengelilingi area tersebut). Walkie Talkie dan lain lain lagi.



pix: Yang ni kandang kambin tapi kambing nye dah habis masa tempahan hari raya Aidiladha ituhari. Adalah sikit tu pun malu nak bergambar. Masa ni saya sorang jek yang masuk sebab yang lain nyorok dalam van Rusa takut badan bau kambing.



Ni pulak tempat produce baja . Kat atas tu ternakan cacing untuk buat baja ni. Baja ni gerenti bagus kata warden tu. Subur lagi menyuburkan. Cubalah.

My bro inlaw sedang negotiate nak beli baja ni secara pukal. Mungkin dalam 1 hingga 2 tan. Nak eksport ke Gurun Sahara untuk buat ladang sayur tanaman kontan katanya.

Tour hampir tamat. Naik Rusa balik ke main gate untuk timbang sayur2 yang kami petik tadi. Ya adik-adik tiada yang percuma dalam dunia ni. Timbang dan bayar. Once taken consider sold. "Jangan risau, harga berpatutan dik," kata guide kami apabila melihat masing2 berkerut seribu sambil membelek wang dalam dompet . Ada juga yang belek2 buku ASB. Tau takut, masa ambik tak takut...

Kolam ikan taman (bukan untuk pancing) kat main gate entrance . Beso2 ikan dia. Lupalak ikan apa. Sambil2 tunggu dacing penimbang sampai.

Nemut2 dengan acik dia. My wife n her sisters pegi petik sawi ngan bunga kantan pulak kat belakang post guard tu. Tamak haloba betul orang perempuan ni kan, tak cukup2 lagi tu. My wife kata alang-alang menyeluk pekasam. Orang perempuan memang suka seluk2 agaknye.

Kat depan post guard tu ada taman tempat lepak2 dekat ngan kolam ikan air tawar. Jumpa lagi brader kameraman Berita Harian nak snap gambar kitaorang kat taman tu pulak. Ni saya snap gambar dia tengah snap gambar kitaorang.

End of tour , dah selesai timbang2 bayar2. Tak mahal pun, selamat. Ambik gambar kat depan post Guard bersama dengan guide kami yang macho. Puas hati betul masing2 dah dapat apa yang diidamkan. Tempat best. Staff nya pun welcoming.

Semuanya tersenyum kepuasan sambil terbayang2 menu resepi yang akan di laukkan dengan sayur2 fresh semua tu. Yum yum.

Banyak lagi area yang saya tak sempat snap kat sini. Ada kolam ikan air tawar, boleh g mancing2 tapi hanya area petang jek. Ada reban ayam, rumah proses cendawan (pehh .. besar2 tu cendawan dia..balik tu terus kitaorang goreng ... sedap gile.) dusun buah-buahan ...yang ni kami tak dapat apa2 sebab kebanyakkan nya belum musim lagi. Ada reban ayam, tempat proses telur asin.

Pendek kata kalu mereka yang sukakan pertanian/agro silalah masuk penjara ni. tak perlu lakukan jenayah untuk masuk ya tuan puan, just come to Melaka and turn your wheel at
Penjara Agro Dusun Dato' Murad Ayer Keroh, Melaka. Cool.


No comments: