Saturday, April 26, 2025

The Accountant 2 (2025): When M¹⁶ equals to machine guns it's accrual world.


Ben Affleck kembali dalam The Accountant 2, sebab apparently kita semua memang nak sangat tengok lagi seorang akauntan autistik yang pandai mengira... dan lagi pandai tembak kepala orang tanpa rasa bersalah.

Christian Wolff (Affleck) kali ni teamed up dengan adik dia Braxton (Jon Bernthal), sebab apa? Sebab filem ni perlukan lebih banyak punchline antara adik-beradik supaya kita tak tidur bila plot mula merapu.

Cerita dia?
Senang: campur akaun, campur peluru, campur sindiket manusia, tambah satu bucket of family drama — gaul semua sampai jadi macam rojak basi.
Bila tengah syok layan Affleck buat kira-kira sambil bunuh orang, tiba-tiba keluar subplot pasal hacking la, childhood trauma la... rasa macam tonton tiga filem dalam satu. Tak cukup popcorn.

Tone filem?
Berubah lebih laju daripada mood orang kena audit Naziran .  Kejap berat, kejap nak berlawak. Sekali sekala rasa macam tengok stand-up comedy pakai bulletproof vest.

Tapi... kena jujur jugak, The Accountant 2 ada improvement.
Usaha Gavin O'Connor nak gambarkan karakter autistik dengan lebih manusiawi memang boleh angkat topi. Bukan jenis ambik penyakit orang buat modal simpati murahan.

Ada perkembangan kepada watak " oracle" Justine . kali ni ada pasukan! Anda kena lihat pasukan ini beraksi.

Chemistry Affleck dengan Bernthal pun memang boleh tahan — sekurang-kurangnya bila diorang bertekak, kita rasa hidup sikit filem ni. sejujurnya saya lebih syok bila ada scene lakonan Bernthal. sesekali saya ternampak Punisher di situ.

Aksi?
Okay lah, kalau awak suka tengok Affleck buat muka kosong sambil belasah lima orang berturut-turut, filem ni memang hadiah untuk awak

malangnya filem ini terlalu sedikit sambal belacannya yang boleh jadi umpan  dan pemberat emosi. J.K Simmons beraksi sekejap sangat.  selepas itu dah tiada aura pelakon berpengalaman untuk mengikat emosi. harapkan Bernthal je. 

 Portverdict:

Nak cari filem aksi berisi?
Nak tengok akauntan bunuh orang sambil buat kira-kira dalam kepala?

The Accountant 2 ada.

Tapi kalau awak cari cerita yang flow dia licin macam spreadsheet bersih... sorry bro, " its accrual world" tak semudah tu.

nota: first time belajar menonton cinema melalui seat khas berwheelchair. terimakasih kepada staff GSC Mid valley south key yang banyak membantu.


No comments: