Wednesday, April 09, 2025

Adrenalin dan Cinta Bergabung – Def Leppard: Adrenalize (1992)


Saya dengar balik album ni dalam keadaan kepala berat sikit. Mungkin sebab malam tadi tidur lewat, mungkin juga sebab jiwa rasa kosong. Tapi bila track pertama berbunyi—Let’s Get Rocked—segala rasa macam terbuka satu-satu. Lagu tu bukannya berat, tapi cukup buat saya rasa hidup sikit. Def Leppard tahu macam mana nak bawa kita keluar dari kepala sendiri, walaupun sekejap.

Adrenalize ialah album pertama mereka selepas kehilangan Steve Clark. Takde lagi riff dia yang selalu bagi rasa liar tapi melankolik tu. Tapi Def Leppard tetap teruskan. Walaupun ada ruang kosong yang tak terganti, semangat tu masih terasa.

Let’s Get Rocked buka album ni dengan mood yang ringan, rebellious, dan penuh gaya budak nakal. Lagu ni tak berat, tapi cukup untuk gerakkan kepala dan buang stres yang bersarang. Tapi yang paling saya ingat sebenarnya bukan lagu dia sangat—tapi video klip dia.

Waktu tu Def Leppard tengah eksperimen dengan CGI. Video klip Let’s Get Rocked guna animasi komputer sepenuhnya untuk watak budak remaja tu. Zaman tu mungkin orang cakap “woahhh modern gila”, tapi bila tengok balik sekarang… dia macam intro game tahun 1997. Kaku, pelik, tapi nostalgic habis. Walaupun nampak kartun sangat, saya tetap layan sebab dia tangkap vibe zaman MTV tengah menggila.

Heaven Is bawa saya teringat zaman awal 20-an. Bila kita rasa seseorang tu segalanya—walhal dia cuma datang untuk uji hati. Lagu tu ringan, tapi ada sindiran. Jenis lagu yang buat kau senyum pahit sambil tengok dinding.

Lagu macam Tonight dan White Lightning pula bawa rasa yang lain. Tonight lembut dan penuh rindu, macam satu malam panjang yang kita harap tak habis. White Lightning pula… setiap kali saya dengar, terasa macam hilang seseorang yang tak sempat kita ucap terima kasih. Lagu tu berat. Solo gitar dia macam suara yang tersekat dalam dada.

Tapi ada dua lagu dalam album ni yang saya tak pernah bosan walaupun dah ratus kali dengar.

Stand Up (Kick Love Into Motion)
Lagu ni ada roh yang pelik—dia tak semegah power ballad, tapi ada kekuatan yang lebih diam. Lagu ni macam pelan tindakan untuk orang yang pernah kecewa, tapi masih percaya pada cinta. Kadang kita terlalu tunggu, terlalu takut nak buka hati. Lagu ni datang dan cakap, “kalau kau masih ada rasa, kau kena bangun dan lawan.” Saya pernah duduk lama dalam satu petang yang sunyi, pasang lagu ni sambil tengok cahaya petang masuk dari tingkap—dan rasa macam, ya… masih ada peluang.

Have You Ever Needed Someone So Bad
Ini lagu yang saya rasa ditulis untuk orang yang pernah terlalu berharap. Terlalu mahukan seseorang, sampai kita lupa jaga diri sendiri. Lagu ni perlahan, tapi dia tikam. Bukan dengan marah, tapi dengan jujur.

Dulu saya ada crush dengan seseorang. Dia selalu ada—bukan jauh, tapi saya tetap diam. Tak pernah berani nak luahkan. Saya cuma simpan rasa tu dalam lagu-lagu macam ni. Lagu ni jadi tempat saya lepaskan apa yang tak terluah. Sampai sekarang, saya tak pasti kalau dia tahu. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya, saya ada lagu ni untuk simpan semua tu.

Bahagian yang paling saya ulang, bukan chorus, tapi waktu Joe Elliott nyanyi:

"Every dream I dream is like
Some kinda rash and reckless scene
To give out such crazy love
You must be some kinda drug..."

Lagu ni cakap benda yang saya sendiri susah nak luah. Bila kau suka seseorang sangat-sangat, rasa dia bukan tenang—rasa dia macam racun yang manis. Sakit, tapi sedap.

"And if my time don't ever come
For me you're still the one
Damned if I don't, damned if I do
I gotta get a fix on you."

Lepas dengar part tu, saya selalu diam lama. Sebab saya faham sangat rasa tu. Bila kau terperangkap antara nak biar, atau nak teruskan. Dua-dua pun buat kau rasa kalah.

Make Love Like a Man pula… jujur cakap, lagu ni macam lagu paling awkward dalam album ni. Lirik dia macho lebih, tapi tak kena tempat. Dengar pun kadang rasa macam tengah tengok iklan minyak rambut tahun 90-an yang terlalu yakin tapi takde isi. Baris-baris macam “I’m a man, that’s what I am” bunyi macam ayat orang nak cover ego lepas kena tinggal. Kalau lagu ni orang guna untuk mengurat… nasihat saya, baik kau senyum je. Kurang sakit, kurang malu.

Tear It Down sebagai penutup memang ngam. Bukan lagu berat, tapi cukup keras untuk kata, “kita dah habis cakap—sekarang masa untuk bangun semula.”

Adrenalize mungkin bukan album paling digilai oleh semua peminat Def Leppard. Tapi bagi saya, ia sangat penting. Ini album yang bagi ruang untuk mereka teruskan hidup lepas kehilangan. Dan ia juga album yang selalu bagi saya kekuatan untuk tak berhenti, walaupun dunia kadang-kadang macam tak sudi tunggu.

Dan satu benda yang saya kena bagi kredit—Phil Collen. Ramai orang tak nampak, tapi dia ni sebenarnya tulang belakang bunyi Def Leppard masa ni. Riff dan rhythm dia memang ketat, penuh tenaga, dan sangat penting dalam bentuk lagu-lagu album ni. Solo dia mungkin tak meletup sangat, tapi tone dia bersih, masuk tepat, dan tak pernah ganggu feel lagu. Dia bukan nak tunjuk hebat, tapi dia tahu apa lagu tu perlukan. Kadang itu lagi power.

Oh ya—album ni juga datang dari zaman sebelum Phil Collen mula lumur minyak atas badan tiap kali naik stage. Kawan saya, Deaf Angel (pemilik blog Deaf Angel), pernah cakap dia agak menyampah tengok Phil yang terlalu “berkilat” sejak era X dan ke atas. Tapi dalam Adrenalize, Phil masih rocker lean and mean



Portverdict: 4/5

No comments: