Sunday, November 22, 2015

BERI PANGGIL AMBIL DATANG WALAU API MENJULANG: XPDC LIVE AT HARD ROCK CAFE MELAKA 8 NOVEMBER 2015

XPDC LIVE AT HARD ROCK CAFE MELAKA
8 November 2015
10pm onwards.

Line up: 
Mael : vokal, Mael
Zuar : Bass
Amy : Drums
 Jeff: guitar

Intro:

Ingin menonton konsert XPDC di HRC Melaka adalah satu daripada dua  impian seroja untuk saya. Apabila terlepas menonton konsert mereka yang pertama kali di HRC Melaka pada awal tahun 2015 tempohari sesungguhnya ini peluang yang tidak boleh dilepaskan. Kebetulan peluang ada, kira-kira bajet untuk saya dan isteri pun lepas makanya impian ini diteruskan. Bertuah kerana isteri pun mempunyai minat yang lebih kurang sama. Kalau beliau nak menonton Taylor Swift pun saya boleh layan lagi.. awww...

Shownight: 

Sampai di HRC jam 9.30 malam selepas dinner di Bukit Katil. Terus ambil tiket yang telah direserve. Sambil sambil itu tengok merchandise dan awek yang jual merchandise tu. Cun juga. 
Tak beli apa pun sebab bajet tight.





9.50 mlm:
Mengambil tempat berdiri. Saya memilih sebelah kiri pentas ( dari depan belah kanan) di sisi Jeff . Jeff ni guitaris kumpulan Giegiel yang juga popular dengan lakonan cameo beliau dalam filem Rock arahan Mamat Khalid sebagai gitaris kumpulan Malaikat Maut. Saya rasa Jeff lebih dikenali sebagai gitaris Malaikat Maut daripada Giegiel.



Seorang demi seorang ahli kumpulan muncul. Ramai yang berkerumun pada Zuar dan Amy untuk bergambar. Selepas itu mereka berehat di bilik VIP . Kelibat Mael belum nampak.

Beberapa orang peminat dah risau peristiwa di Stadium Merdeka berulang kembali.

Sambil sambil menunggu saya dan dua orang rakan Cikgu Kahar Mohamed dan Dean Razak bertukar tukar buah fikiran sambil berbincang isyu semasa termasuk Gegarvaganza.





10.28 pm.

Semua musician mengambil tempat... 
Fuh lega semua penonton. Masing masing rapat ke pentas. Full house malam ni!



Mengejutkan. ISMA HALIL HAMZAH naik ke pentas sebagai MC kehormat. Bila dia sampai kami pun tak perasan. Dalam speech beliau ada juga menyebut kejayaan Wings dalam konsert 30 tahun di Stadium Merdeka. Deaf meati suka kalau dia dengar.

Sempat saya snap gambar setlist malam ni.



1. JOHN JENIN ( KITA PENGYU )

Intro dimainkan . Ada perubahan pada setlist.. John Jenin sebagai lagu pertama.

The best part is Mael naik ke pentas tak ikut tangga. Technically dia naik memanjat sisi pentas betul betul sebelah saya dan saya yang membantu menolak beliau ke atas pentas!!!

Suara mael agak tenggelam dusebabkan mic level. Suara crowd sangat kuat!!!

2. NTAHAPAPANTAH (KITA PENGYU)

Crowd is wild and singing word to word all around.  Apa nak dikata? Ini malam memang edan !

3. HIDUP BERSAMA (BRUTAL)

Lagu ketiga yang unexpected.
Suara Mael makin kedengaran . Sound engineer menjalankan tugas yang baik.
Mael menyanyi sangat bagus. Tak sama dengan video video yang pernah saya lihat di youtube sebelum ni yang kelihatan beliau struggle.


Ketiga tiga lagu di atas adalah set opening.

First speech from Mael.
He's Joking ; kalau semua nak bercakap gua tak payah cakap... this is because fans still shouting and cheering after the 3rd song.

Kerana anda aku masih di sini ujar beliau

4. AKU MASIH DI SINI ( BRUTAL)

Beautiful. Mendengar solo intro lagu kegemaran saya direplicate oleh Jeff membuat saya tersenyum puas. Jeff ni bagus juga. Di ada showmanship. Rambut kerinting panjang tu ada sikit sikit macam Kirk Hammet.

Lagu ini dimainkan sehingga ke rangkap sebelum solo dan terus bersambung dengan....

5. HIJAU BUMI TUHAN ( KITA PENGYU)

Lagu favourite ramai orang. Saya lebih suka lagu BUKAN MILIK AKU dalam trilogi moderate ni. So layan je lah.

Lagu 4 dan 5 adalah medley.

6. BAHALOL (KITA PENGYU)

Gilakan ?
Semua lagu singalong. Dulu dulu kalau headbanging kepala pening boleh pegang tiang pentas funfair. Ni kat HRC takda tempat berpaut.

Saya suka Zuar punya bassline.

7. BASS SOLO   DRUMS SOLO   GUITAR SOLO....



Jeff The Scott Soto beraksi

Best time ni. Solo pun tak meleret. Mael duduk di tepi drum set sambil minum. Beliau senyum je sepanjang malam ni. Mael just being Mael. Brutal dan selamba.

8. SENAPANG PATAH (BRUTAL)

Ini adalah highlight pada malam ni. Ketika ini semua dah singalong.
Tau kan part OhOhOhOhOh tu kan?
Extended version dari fans. Band layan je hahahahahhahah!!!

Start dari Solo segmen Jeff dah bertukar ke Wasburn Dimebag Darrel series.
Sound lebih berat dan sesuai dengan sound XPDC.

Mael honouring Zuar dan Amy kembali ke XPDC.

Beliau juga mengulas tentang kemelut yang melanda dan berpesan pada semua walau apa pun cerita kontroversi peminat terus menyokong XPDC. WELL SPOKEN by Mael.

9. SELENDANG MERDEKA (KITA PENGYU)

Kelihatan awek kat depan pentas pun headbang sikit sikit. Ohsem.

10.TITIAN PERJALANAN (KITA PENGYU)
11. HENTIAN INI ( BRUTAL)
12. AKU DAN SESUATU (DARJAH SATU)

Lagu medley balada.
Dah jadi session karaoke beramai ramai.

Ending lagu ini... fans nyanyi kau kebumikanlah akuuuu...
 Mael sambut gua belum nak mati lagi lah!!!



13. KITA PENGYU (KITA PENGYU)

Saya meremang dengan lagu ini. Mael punya gesture masa part "Beri ambil panggil datang" memang semacam... fuhhh...

14. APA NAK DI KATA (BRUTAL)

dulu dulu kalau saya tension je ..zaman kerja kilang elektronik Mitsumi... saya akan dengar lagu ni kuat kuat guna walkman Sony saya.

Ini memang lagu ronggeng fans XPDC.
Umpama lagu ADA bagi M.NASIR.

15. SEMANGAT YANG HILANG ( BRUTAL)

Lagu finale. Satu lagi singalong wajib.
Sapa yang tak tau lagu ni. Time ni saya perasan vokal Mael agak dah penat tapi suara fans memenuhi segala ruang HRC.

Selesai sudah. No encore.



So kesimpulannya?

1. XPDC is back with what they suppose to be. Empat orang yang sangat metal without any additional musician.

2. Mael truly can sing. Takda masalah pun. Apa yang penting yang ada pada Mael adalah attitude.. soul dan Mael is Mael.
Anyway Mael dah macam konduktor koir... semua fans menyanyi ikut arahan.
Standard laaa suara akan efek bila dimamah usia. Nak perfect suara tenor alto bagai baik suruh Siti Nurdiana nyanyi...pas tu tukar nama band kepada XPCT.(komen daripada adik gua)

3. Zuar dah takda headbanging helikopter. Huhuhu. Tapi expressi muka ... playing stlye... memang in character.
Jika XPDC itu ada wajah, wajah itu adalah Zuar.

4. Apa yang penting ialah line up ini stay connected antara satu sama lain. Saya suka interaksi mereka berempat. Sukar nak nampak sebelum ini.

5. Apa yang saya tak suka adalah sessi medley rugged .
Aku masih Di Sini seharusnya dimainkan penuh. Saya lihat XPDC selesa dengan arrangement sebegini sejak beberapa tahun.
Medley lagu ballad itu pun tak puas rasanya sebab bila medley semua solo tidak dimainkan.

6. Lagu sikit sangat. No HAIRAN BIN AJAIB , (not a single song from TIMBUR BARAT and RASOPARISO, . no TALAM DUA MUKA ...no RAJA KERTAS...No C.I.N.T.A K.I.K.I.TA hehehe...

7. Kudos untuk Jeff. Beliau tidak berusaha untuk menyamai IZO. He just playing as loud as he can and perform his duty brutally. Izo tidak boleh ditandingi  namun Jeff mengisi ruang itu dengan selayaknya.

Apapun satu kepuasan yang tidak terhingga.

Bagi mereka yang ingin melihat keajaiban line up ini, anda berpeluang pada show di HRC KL pada 29 November 2015 dan DVA CLUB MASAI pada 11 DISEMBER 2015.


KITA PENGYU!!!







19 comments:

deaf-angel said...

Hentian Ini?.. giler rare lagu ni live ye kot.
ko senarai 15 lagu, then aku teremnung fikir waw XPDC banyak giler lagu dorang boleh swap around main live.
tapi of course Ali have more choice especially Samurai nye album semua pun best giler kalau live. V6 is like Sakinah and berdesup chaya kan? Lupa la..

I am so happy.. hope to catch xpdc both versions... now i got two bands to support. Yippeee....

Ijau D. Koceng said...

main stage macam ni memang best...

Portdy said...

Hentian ini... ye ada tapi medley. Tak puas.

Saya berharap akan ada lagi lagu yang lebih rare seperti Impian Seroja...Lagu Dari Aku...Abadikan tragedi....

Well ... tak puas dengar Ali perform lagu Mael sebenarnya. Mael ni dia ada satu soul atau jiwa dan attitude masa deliver lagu lagu zaman dia.

Ali pulak memiliki koleksi lagu yang heavy dari SAMURAI. Rasanya kalau perform SAMURAI satu album baru puas.... Paiseh... King Elmondoque.... Okey....Bagaikan Samurai...Ulat dan Kulat ( The Devil Dance)... fuhhh....

By the way... gua x suka V6 kecuali Berdesup Cahaya dan Sakinah je...

Portdy said...

Tambah lagi Nyanyuk dan Sendre mau ingat

Portdy said...

Ye ... betul betul depan mata.

deaf-angel said...

Ya. Ali should try bawak full album samurai dan few songs v6. Jangan bawak lagu Mael. They did it like about 50-60mins before kat Singapore nye show yang XPDC satu kampung turun tu... kkk nak gi carik balik cd2 xpdc dalam gerobok.
happiness xpdc are back with two bands..

Rafi said...

Nice report..tq bro portdy..pesal izo takda eh.taktau cite pun pasal line up diorang ni

berteromber said...

Kali ni dah takder real dah...dua2 pun XPDC...hahaha...tapi memang teringin nak tengok dua2 versi XPDC ni...harap2 masa dorang turun JB nanti aku free la...Banyak sangat lagu best...set list ni pun ok jugak...tapi kalau dapat lagu rare macam fav. aku "BUKAN MILIK AKU"...pergh!! lagi giler best...

btw...nice report...kipidap!!!...

D'arsil said...

aku tawar dah hati aku nak p konsert xpdc.. skg ni ada 2 xpdc ntaapaapantah..

Silverian said...

Tagline dari XPDC yg paling gua suka:
"Hidup Kita Gurau Gurauan...
Hidup Tidak Susah Orang..."

Portdy said...

Silverian;
Yep .. lagu semangat ni. Attitude penuh!

Portdy said...

D'arsil;

Kebetulan dekat ngan tmpt keje aku

Portdy said...

Berteromber;
Ok sangat setlist kalau x medley...
Aku ngan Sapid memang plan nak pegi. Jumpa lagi kita

Portdy said...

Rafi; boleh rujuk kat newspaper kisah xpdc di stadium merdeka... rasanya pynca kat situ laaa

Portdy said...

Td try dengar balik album V6 dan RASOPARISO. Still takleh nak terima sound yang tenggelam tak menusuk ke jiwa mcam album samurai dan sebelumnya

Sukur Sulaiman said...

Review yang ringkas dan bernas.
Mudah dipahami.
Tak selalu baca review, tapi bila nak baca, akan ku buka yang portdy cipta.

Rock on bro! SL x

Unknown said...

Saya sperti berada di sana keyika membaca review.
Nice....

Portdy said...

Tq suko laynon...
Terharu beb...hehe

Portdy said...

Tq anon...
Keep on rockin