Sunday, June 01, 2025

Keluangman ( 2025) - BINAWE Punya Filem!

✨ Keluangman ( 2025) - BINAWE Punya Filem!

✨ Ulasan Ringkas

Diarahkan oleh Anwari Ashraf  ( High Council, Project  Anchor) filem ini merupakan adaptasi aksi langsung pertama berdasarkan siri animasi klasik ciptaan  Allahyarham Kamn Ismail.  Filem ini menampilkan Nas-T sebagai Borhan/Keluang Man, seorang pesakit mental yang menjadi vigilante . Dato Remy Ishak memegang watak antagonis sebagai Shamshir. Saya suka Remy kerana mengekalkan misai melintang seperti dalam kartun.

---

🎭 Lakonan & Penceritaan

Persembahan Nas Muammar Zar  (Nas-T ) dipuji kerana menggambarkan konflik dalaman Borhan dengan berkesan, saya skeptikal pada mula pemilihan NasT. sekarang saya percaya Nas T adalah Borhan / keluangman. 

---

🧠 Isu Kesihatan Mental

Salah satu aspek yang menonjol ialah pendekatan filem ini terhadap isu kesihatan mental seperti Schizophrenia, bipolar dan depression.

Isu 'trust' dan sedikit  "politik" seakan diselit secara tersirat dalam filem ini.

Jenayah human trafficking 
serta kuasa viral turun diselitkan. Boleh lihat bagaimana Keluangman dapat nama gelararannya.

Isu human fear. Dah apa binawenya semua penduduk Tumpoi ada pistol!

---

🎬 Visual & Aksi

Dari segi visual, filem ini menampilkan sinematografi yang menarik dengan gabungan aksi silat dan elemen moden.  Kostum Keluang Man yang direka oleh Roshfaizal Ariffin mendapat pujian kerana reka bentuknya yang asli dan berperisai  .

APA YANG SAYA SUKA

Ada vibe Stephen Chow, James Gunn, Deadpool. 

Homage. ya terlalu banyak surat cinta untuk peminat era 90an dan filem serta  pop culture melayu  dalam filem ini. 

 Tragedi Oktober, SENARIO, Susiripris!,  Hantu Kak Limah, KRU,  Usop Sontorian, Halim Othman,   Roda Impian, Fiona 4U2C, "Maria Mariana masuk!" dan legendary A Galak, Yank Kassim serta  Prono.

antara scene yang binawe:

1. Ana pergi Qiamulaill
2. Karan Arjun fight scene
3. sesi pengenalan MATA
4. Borhan buat suara Batman Nolan sampai batuk kering 
5. Scene kejar kambing , sebijik dari animasi asal.
6. scenes breaking the 4th wall.
7. Scene," Irwan Ahmad!"
8. Scene keluar dari lubang ala THUNDERBOLT. kebetulan sama pulak. 
9. Amelia Henderson 😛
10. coklat wafer Apollo, saya tengok movie midnight, esoknya terus cari coklat ni. 
11. Amelia Henderson 😛

watak Inspector Sahab lakonan Anwaar Beg Moghal  sangat bagus dan  Shweta Sekhon as Dr. Malini 🥰sangat lawa!

...dan lain lain  lagi. ni pun dah spoiler banyak.

APA YANG SAYA TAK SUKA

1. Produk placement WONDA yang terlalu banyak. Sikit- sikit udahle.

2. CGI, boleh diperbaiki lagi.

3. Fight akhir. Terlalu mudah Keluangman dapat meter level Max  dan boleh over powered big boss. Perlu built up sebab last boss tu  power sepatutnya  ( x nak spoiler).

Oh... please stay until mid scene end Credit.

I'll wait for the next KELUANGMAN  CINEMATIC UNIVERSE. Harap filem-filem akan datang boleh consider Aktor Azhan Rani  sebagai Borhan/Keluangman versi tua sebab nampak ada iras pulak. ( old man Bruce style)

Portverdict: 7.5/10 🦇 
okaylah 7.7 tambah 0.2 lagi untuk AMY MASTURA. 

terimakasih Amiruddin Karim bagi tau pasal Amy Mastura   kite. 

KITA ENJOIII!


No comments: