Sunday, January 03, 2016

Cd Pertama di Tahun 2016

K.I.S.S
Keep in simple and sweet.

1. Vault - Def Leppard.

Memiliki kaset ini sejurus selepas ianya dikeluarkan. Ini era 90an Def Lep.
Saya membesar dengan album Adrenalize, Retro active,  Slang, Uphoria dan kompilasi Vault. Pernah membeli keset X tapi tidak hadam di telinga saya.

When Love And Hate Collide dan Two Steps Behind sangat besar pengaruhnya ketika itu.

Sayang dalam kompilasi ini tidak dimasukkan Stand Up (kick love into motion)

2.Hukum Karma by Wings.
Album paling penting dalam sejarah Wings sebelum muncul The Silver Album.
Pada 1hb Januari 2016 apabila saya membuat semakan inventori didapati album dalam bentuk CD  ini tiada dalam simpanan saya. Dibeli sebagai pelengkap koleksi. Album Wings yang banyak diparodi pada cover album berendam dalam tasik dan juga judul yang diubah kepada Hukum Kurma , Hukum Karam dan sebagainya.


3. Boxset Ziarah Seni - Datuk Ramli Sarip

Rilisan semula boxset yang cult, rare dan bersejarah. Ramai yang suka dan gembira tak kurang juga yang berduka apabila ianya dirilis semula. Sehingga kini saya terasa bagaikan bermimpi dapat memiliki boxset ini yang diambil dari seorang seller yang baik budi saudara Ayie Duke Of Cdkaratz Pasir Gudang. Status boxset sehingga kini masih belum di buka seal nya.

Portnote: A good start for 2016. Mungkin akan ada lagi koleksi yang rare bakal dimiliki?

16 comments:

deaf-angel said...

Tu Def Leppard tu ada lagu When Love And Hate Collides... So of course wajib.

Yang Ramli Sarip tu apa perbezaan ngan original?
Aku ada satu copy,
tapi ada signature Ramli Sarip dedicated to Khatijah or sapa ntah... hahaa.. Kat boxcover tu.
AKu beli secondhand kat kedai rekod cina.
Aku jumpa kat lantai.
hahaha.. Giler.

Portdy said...

Yup. Kompilasi wajib in the late 90s yang sama tarafnya dengan BonJovi Crossroads yg ada lagu Always dan Saturday Night.

First time aku dapat tengok content boxset tu dari blog Ku Di Halaman Rindu.
And youre so lucky to found it at that time

deaf said...

Berapa harga boxsst kau beli tu?
packaging exact copy kan?
casing dalam semua?

Portdy said...

Rm 180 bro deaf

deaf said...

A very fair deal.

Ijau D. Koceng said...

not into DL (entah kenapa) tapi kompilasi vault adalah jugak

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Uploadla manowar

portdy said...

Shafid;

Rock spender kulit beruang?

Ijau;
Kompilasi wajib ada ni

berteromber said...

Aku bukanlah peminat tegar Ramli Sarip...kalau aku nak beli boxset ni pun hanya pasal lagu "Ikrarku Pada Rozana"...tengoklah kalau ada lebih2 duit lepas anak naik sekolah...dah sesak napas dah ni...hahaha...

tapi kabarnya lepas ni boxset Sweet Charity pulak...dah request dah suruh masukkan lagu-lagu yang tak pernah ada dalam album macam "Ribut 10.59 Pagi" dan "Ikrarku Pada Rozana" tu...harap2nya projek ni menjadi...

portdy said...

Berteromber

Ikrarku Pada Rozana ni pun ada dua versi,
rasanya yang dalam boxset versi ramli sarip kot.

Pernah dengar lagu Salina - Lovehunters?
yang ini pun ada aura Ikrarku Pada Rozana juga

berteromber said...

Betul...versi boxset ni versi baru Ramli Sarip...bukan versi asal SC...

Lovehunters aku tau takat album Sehari Dalam Hidup ajer...

matakucing said...

Dgr2 limited 300pcs je boxset tu...yeke

Saudagar Mimpi said...

Amboi...tak bukak sampul lagi ke box set tu.
Malam Jumaat macam ni boleh ler try bukak....hahhahahah...

Portdy said...

Sehingga hari ni masih lum buka lagi SM

Portdy said...

Dengarnya camtu... itupun tak sold out lagi .

Portdy said...

Dengarnya camtu... itupun tak sold out lagi .