Thursday, March 12, 2015

AKU DIA DAN SCORPIONS .....ANUAR ZAIN 3 DEKAD?


Selepas membaca cerita berkenaan Scorpions – Return To Forever 50th Anniversary Boxset dalam blog Speedrider semalam, saya rasa terpanggil pula untuk menyelongkar koleksi Scorpions yang saya ada.
Namun begitu saya menyedari bahawa koleksi saya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan koleksi Berteromber.
Jadi saya membuat keputusan untuk ke Jusco Melaka bagi mendapatkan Scorpions – Return To Forever. Tapi sasaran saya pastinya versi biasa saja. Ini kerana saya bukan dari golongan yang mampu dan saya juga tidak termasuk dalam golongan Pembayar Cukai seperti saudara Saudagar Mimpi.
Setelah tiba di Jusco Bandaraya Melaka, saya terus bergegas ke Speedy Video.
Agak menghairankan apabila dilihat orang seorang lelaki hensem bulat berlari-lari anak ke Speedy Video.Macam orang kecemasan nak ke tandas rupanya.

Sesampainya di sana saya menerokai setiap rak. Namun hampa. CD yang saya cari tidak jumpa.Saya bertanya kepada Amoi penjaga kedai. Dia kata CD itu belum sampai.
 Saya tak percaya. Saya mencari semula di Rak CD. Ternyata Amoi berkata benar.Tetapi saya telah terpandang sesuatu yang menarik dan di luar jangka.
Satu DVD. Konsert. Saya pun dengan tidak membuang masa mengambil DVD itu lalu membayar di kaunter dengan muka ayu.
 Di sini saya kongsikan kepada semua peminat Scorpions. This is the true Singing.Not yelling and shouting "ROCK" in every bit of lyric to the songs.
Terimalahhhh:



Portnote  : Ayat perenggan pertama dicedok dari Blog Bertromber.

19 comments:

deaf-angel said...

Ni lagi satu.. rajin sikit la update blog.

Bukak la dalam packaging tu, nak tengkk

Portdy said...
This comment has been removed by the author.
Portdy said...

Nanti gua bukak dalam.

Portdy said...
This comment has been removed by the author.
Saudagar Mimpi ... said...

Aku rasa kalau bab album Rock.. Speedrider lagi speed dari Speedy Video.

Anuar Zain?

Ko nak bukak apa ni?

Kain Pelikat la la la la...

Ijau D. Koceng said...

perenggan pertama tu terasa dejavu bila membacanya...

Portdy said...


Saudagar mimpi
Bukak pelikat anuar zain... eh maksud saya buka packaging Anuar Zain

Portdy said...
This comment has been removed by the author.
berteromber said...

Cilakak...penat gua baca sampai abis....Anuar Zain???....kah kah kah...

D'arsil said...

HAHA... ingatkan band rock tadi... hail anuar zain, lelaki ini yang selalu mencinnntaiiiimu...

speedrider said...

deng. Menyesal aku up Scorpions. Semua otai pakat up khazanah masing-masing. Rasa kecik dan kurus je aku niiiiii

Rafi said...

Hahahah..aku ingatkan salah masuk blog.sekali anuar zain la pulak..err..tak tengok kat inferno ke bro?satu2 nya kedai yg juga ada jual lp.

Portdy said...

Ijau

Ohhh... dejavu sebab aku copy perenggan pertama berteromber.kira tribute to...

Portdy said...

Broteromber;
Yup.. this entry was meant to show my frustration didnt get the Scorpions.
when Portdy frustrated...he will buy silly item. See?

Portdy said...

Musspeed.;

Kecik dan kurus, literally ? No.

Portdy said...

Belum lagi brader Rafi...nanti aku call inverno.
yee hai muor belum sampai.
speedy semua lum sampai.
saudagar mimpi melaporkan Harris pun belum sampai.

kalau Tower Record JB ada lagi kan bagus.

Portdy said...

D'arsil

aku dah nak pi dah Anuar Zain Kat TGV KULAI hari tu...tapi memikirkan aku sorang je nanti jantan tak berapa ayu berbaris nak otograf Anuar Zain.. terus aku batalkan niat suci aku tu.

Saudagar Mimpi ... said...

Baru true kalau pakai kain pelikat gi TGV. Mintak otograp AZ!

Portdy said...

Kain pelikat
tengkoloque
baju tshirt scorpions

Baru best gi jumpa Anuar Zain