25 & 26 Dis 2009:
Cuti Krismas kan? Balik kampung yay! Big Boss in-law sembelih 4 ekor ayam kampung . Sedap woo ayam kampung bikin masak sup dengan masak ungkep.

27 Dis 2009:
10.00 - pagi Admitted ke wad spital sebab dah lebih 7 hari.
28 Dis 2009:
Segala urusan nak kasi cepat bersalin dilakukan.
10.00 malam . My betterhalf telefon, bagitau air ketuban sudah pecah. Terus masuk labour room.
Saya gi topup cellphone kat Bankrimau2u, angkut barang (dah siap standby nak tidur spital) . gi isi minyak full terus ke Spital.
Dr bilang mahu tunggu sampai beberapa jam lagi. Kalau buleh nak beranak normal. Kalau tak operation.
Saya & Nemut2 pun berkhemah dalam kereta kat carpark hospital. Berdua tidur dalam keadaan tak keruan.
29 Dis 2009:(12 Muharram 1431h)
5.30 pagi- Dr telefon , wife kena masuk Operation room. Bergegas \ berdesup cahaya ke wad.
6.00 pagi - Cahayamata saya yang kedua, baby girl selamat dilahirkan (melalui kaedah pembedahan).
Alhamdulillah ibu & baby keduanya selamat.
Seterusnya, kami ( saya & Nemut2) masih berulang alik ke spital. Biasanya kalau bersalin operation memang lama sikit kena tahan kat wad.


Ada sapa2 nak bagi nama?
Hadiahnya percutian 3 hari 2 malam di Pantai berlumpur Pontian . Lumayan tak?
SMS
Akhir kata, ribuan terimakasih atas doa sahabat semua.
Doakanlah baby ni menjadi anak yang solehah.
(Oklah, Saya nak pegi tidur dulu . Recharge bateri hihihi.)