Wednesday, September 29, 2004

Maha suci Allah Posted by Hello
chai yok cahai yok !!!!! Posted by Hello
teater penyambung warisan Posted by Hello

BILA ALQURAN BICARA

Bila AL-Quran Berbicara.....
aniesya_sofia menulis "

Waktu engkau masih kanak-kanakKau laksana kawan sejatiKU
Dengan wudhuk AKU kau sentuh
Dalam keadaan suci AKU kau pegang
AKU kau junjung dan kau pelajari
AKU kau baca dengan suara lirih atauPun keras setiap hari
Setelah selesaiengkau menciumKU mesra.
Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah takBerminat lagi padaKU
Apakah AKU bahan bacaan usangyang tinggal sejarah ?
Menurutmu mungkin AKU bahan bacaanYang tidak menambah pengetahuanmu
Atau menurutmu AKU hanya untuk anakKecil yang belajar mengaji
Sekarang AKU tersimpan rapi sekali
Sehingga engkau lupa di mana AKU tersimpan
AKU sudah engkau anggap hanyaSebagai pengisi stormu.
Kadang-kala AKU dijadikan mas kahwin
Agar engkau dianggap bertaqwa
Atau AKU kau buat penangkal untuk
Menakuti iblis dan syaitan
Kini AKU lebih banyak tersingkir,
Dibiarkan sendirian dan kesepian
Di dalam almari, di dalam laci,
AKU engkau pendamkan
Dulu waktu pagi,
surah-surah yang adaPadaKU
engkau baca beberapa halaman
Di waktu petang,
AKU kau bacaBeramai-ramai bersama temanmu di surau.
Sekarang seawal pagi sambil minum kopi
Engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membacaBuku karangan manusia
Sedangkan AKU yang berisi ayat-ayatYang datang dari Allah Azzawajalla
Engkau abai dan lupakan.
Waktu berangkat kerja pun kadangEngkau lupa baca pembukaSurah-surah-KU
(Bismillah)
Di dalam perjalanan engkau lebih asyikMenikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat AllahYang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan radiomu selaluTertuju ke stesen radio kesukaanmu mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada AKU untukKau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatKU
E-mel temanmu yang adaAyat-ayatKU pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaan-KU bahawa engkauKini sudah hampir melupaiKU.
Bila malam tiba engkau tahanBersengkang mata menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam
Engkau betah dudukHanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu
AKU semakin kusam dalam laci-lacimu
Mengumpul debu atau mungkin
Di makan hama.
SeingatKU hanya awal RamadhanEngkau membacaKU kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariKU
Dengan suara dan lafaz yang tidakSemerdu dulu
Engkau pun kini merangkak-rangkak
Ketika membacaKU
Atau waktu kematian saudara atauTaulanmu.
Bila engkau di kubur sendirian
Menunggu sampai qiamat tiba
Engkau akan di periksa oleh paraMalaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio, hiburan atauKomputer dapat menolong kamu ?
Yang patut ayat-ayat Allah SWT yangAda padaKU
menolongmu
Itu janji Tuhan-Mu Allah SWT.
Sekarang engkau begitu enteng
Membuang waktuSetiap saat berlalu
Dan akhirnyaKubur yang setia menunggumu
Engkau pasti kembali, kembaliKepada Tuhan-Mu.
Jika AKU engkau baca selalu dan hayati
Di kuburmu nanti
AKU akan datang sebagai
Pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau
Membela diriDalam perjalanan ke alam akhirat
Dan AKU lah ‘Al-Qur’an’
kitab sucimuYang senantiasa setia menemani
Dan melindungimu.
Peganglah AKU kembali
Bacalah AKU kembali
setiap hari
Kerana ayat-ayat yang adaPadaKU
adalah ayat-ayat suciYang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang di sampaikan oleh JibrailMelalui Rasulmu
Keluarkanlah segera AKU dariAlmari dan lacimu
Letakkan AKU selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasaMengingat Tuhanmu
Sentuhilah AKU kembali.
Baca dan pelajari lagi AKUSetiap datangnya pagi,
petangDan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan engkau biarkan AKU sendiri
Dalam bisu dan sepi.

DIPETIK DARI LAMAN WWW.WEBKL.NET
keganasan ... kalau taksilap aku ini adalah masirah aldurrah dari palestin, ini saudara kita Posted by Hello
mencari sesuap nasi Posted by Hello
aya ueto dan lagi dan lagi Posted by Hello
untuk kertas dinding anda Posted by Hello

Sunday, September 19, 2004

peritnya mencari sesuap nasi

PERITNYA MENCARI SESUAP NASI oleh rudy

Mop di tangan kanan. Timba merah terisi air sabun di tangan kiri. Bau Fabuloso menyucuk hidung. Peluh terpercik pada wajah perempuan tua berbaju kurung saga. Sudah dua hari aku lihat dia tekun mencuci dan mengemop lantai. Sejak Ketua Jabatan baru menghuni kerusi panas di bangunan yang aku tumpang ini, sudah dua tiga muka baru yang aku lihat. Pekerja Am baru agaknya. Bisik aku pada diri. Sedikit pun tidak terluah pada bibir.
Pagi ini, aku jeling dari pintu pejabat yang terbuka sedikit. Aku lihat dia tekun membongkok mengemop lantai. Seperti kekok dan perlu ditunjuk ajar. Mungkin sebelum ini dia tidak pernah bekerja seperti ini. Sekejap-sekejap dia berhenti. Memegang pinggang. Mengetuk-ngetuk pinggangnya sambil mengaduh kecil.
2.15 petang. Ketika aku mahu ke surau membayar tunai suruhan Tuhan, aku terperasan kelibatnya dari jauh. Masih tekun dengan kerjanya mengemop lantai. Ketika itu, seorang lelaki lalu tanpa sedikit pun permisi. Lantai yang dimopnya kembali kotor dengan tanah merah. Dia tetap diam meneruskan kerja. Entah bagaimana kehendak Tuhan, lelaki itu tersandung timba terisi Fabuloso di tepi lorong. Basah kasut kilatnya. Marahnya tak bertepi. Maki hamun sesuka hati. Sedikitpun tidak ada hormat kepadanya. Perempuan tua itu tetap tunduk sambil mulutnya tidak kering ucap maaf tanda akur itu mungkin kesalahannnya. Masakan perempuan itu bersalah, mata ini menjadi saksi. Timba itu elok terletak di tepi. Bukan mengganggu jalannya.
Di tengah lorong aku berselisih dengan lelaki itu. Assalamualaikum aku hulurkan. Biar amarahnya sejuk. Oh! Mukanya tetap bernyala api marah. Sedikitpun dia tak menjawab salam. Aku ke hujung lorong. Melihat perempuan tua itu terkocoh-kocoh mengelap lantai. Yang basah seboleh-bolehnya dikeringkan. Aku sapa ramah. Soalan mudah, sudah makan ke belum. Berbahasa basi, sambil mataku menyulam matanya. Ada air jernih tergenang.
"Minta maaf, saya tumpang lalu, mak cik"
Sambil senyumku meleret tanda simpati. Aku harap hatinya berbunga-bunga.
"Lalulah nak. mak cik izinkan"
Bibirnya mula menguntum senyum. Hilang mendung wajah tuanya.

Aku juga manusia. Tahu peritnya mencari sesuap nasi. Sedikitpun aku tidak pandang rendah kerjanya. Kerja itu halal. Tapi aku terkilan. Bilamana hormat sesama manusia (lebih-lebih lagi kepada warga tua daripada yang muda) seperti sudah hilang.

Besar sangatkah jawatan PROFESSOR dikalangan manusia jika dibandingkan jawatan HAMBA disisi Tuhan?
* aku petik artikel ni dari laman web kari kambing
bukan aku yang tulis tapi rudy at bluehikari.com

terimakasih kawan kawan

trimas kepada kawan2 yang baru je menziarah blog ni, nuex,june,cd, member lama tong gas... ( bila nak turun kl ek? )

nanti aku jumpa korang aku belanja rokok eh... tapi rokok mahal sangat lahh, belanja roti canai sorang satu


Sunday, September 12, 2004

KERIANGAN TAHAP MAKSIMA

Kelihatan beberapa pekerja sektor am
sedang bergembira setelah mendengar
pengumuman bajet 2005 oleh Pm kita yang tersayangPosted by Hello

TAHNIAH BELANJAWAN ( bila nak belanja, kawan?)

Posted by Hello

Belanjawan 2005/Bajet 05 telah pun dibentangkan oleh PM kita
YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 10 Sept lalu.
tahniah kepada pekerja kakitangan awam yang berjaya menaikkan
bonus mereka sekali lagi, dan takziah kepada para perokok dan perarak
di atas kenaikkan harga kedua barangan tersebut.

Gambar: kelihatan dua rakyat Malaysia sdg khusyuk menonton Bajet05 dan salah
seorang daripada mereka posing ke arah kamera tanpa diminta

Saturday, September 11, 2004

Langkah awal membina keluarga bahagia


Seandainya kita semua mengidamkan keluarga yang bahagia yang bermula dari diri kita sendiri membawa kepada diri anak isteri kita ,maka jalan -jalan yang mesti kita tempuhi dan kita lalui telah pun ditetapkan Allah.Marilah kita mempelajari dan memahami setiap jalan-jalan itu dan kemudian kita cuba amalkan di dalam kehidupan kita.Mudah-mudahan dengan kita memohon banyak-banyak kepada Allah ,kebahagiaan yang kita idamkan itu akan dapat kita perolehi.

Jalan pertama yang mesti kita tempuhi adalah niat.Ertinya niat kita hendak mendirikan rumah tangga kita itu mestilah betul seperti yang dikehendaki Allah.Niat yang pertama yang mesti kita pasang dalam mendirikan rumah tangga kita ialah niat bahawa kahwin itu ialah untuk mendapatkan sebanyak-banyak anak yang boleh.Pasanglah niat ini baik -baik ,kalau pun pada perlaksanaanya ia tidak boleh dilakukan,namun pahalanya telah Allah catatkan.

Niat yang kedua nikah kahwin dapat menghalang nafsu yang jahat dan yang rakus ,khususnya nafsu syahwat terhadap perempuan -perempuan yang tidak halal bagi lelaki dan sebaliknya.Oleh itu melalui perkahwinan ,kita dapat mengelakkan diri daripada tindakan nafsu syahwat yang jahat,kerana ia dapat kita halakan kepada isteri kita yang halal.

Niat yang ketiga dalam mendirikan rumah tangga adalah bahawa kahwin itu dapat menyelesaikan masalah hati dalam mentadbir kehidupan.Ertinya dengan berkahwin seseorang itu tidak perlu menumpukan perhatiannya dalamm menghadapi keperluan rumah.Ini kerana segala urusan rumah tangga sudah diselesaikan oleh isteri dari memasak makanan, membasuh pakaian dan sebagainya.Isteri yang solehah dan beragama itu ,dia akan menyelesaikan semua urusan rumah tangga.

Niat yang keempat,kahwin itu dapat menghiburkan hati kita.Ertinya dengan berkahwin , pada isterilah tempat kita berhibur-hibur dan berseronok-seronok serta bergurau senda dan bermanis muka.

Niat yang ke lima adalah kita hendak mendirikan rumah tangga dengan niat untuk melawan hawa nafsu.Ertinya tugas kita bila berhadapan dengan isteri-isteri adalah berat dan itulah mujahadah kita dengan nafsu.Apabila kita berkahwin dengan seorang perempuan ,maka satu daripada tugas kita dalam melawan hawa nafsu ini ialah menghadapi kelakuan-kelakuan isteri yang tidak selaras dengan syariat.

Demikianlah lima niat yang hendak kita pasang di dalam diri kita semasa kita hendak mendirikan rumah tangga.Kalau sekiranya kita ada mempunyai lima niat yang betul dan yang baik ini,maka disitulah Allah akan bantu kita dan memberikan taufik dan hidayahNya kepada kita untuk kita dapat melahirkan satu rumah tangga yang aman dan bahagia yang selaras dengan kehendak syariat Allah.
thanx: budak_karen2000atyahoodotcom

Thursday, September 09, 2004

Kalau Sampai Ipoh...


Suatu hari,seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia
5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu
berpesan pada pemandu bas: " Encik ...tolong tengokkan anak
saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit
dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya: " Sudah
sampai Ipoh ke belum? "

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.
Penumpang disebelahnya menjawab: " Tidor aje la ...Belum
sampai lagi ni. Nanti kalau sampai, abang akan kejutkan."
Tapi si anak tidak mahu diam ... Dia pergi ke depan dan
bertanyapada pemandu untuk kesekian kalinya: " Pakcik
...sudah sampai Ipoh ke belum? "

Pemandu yang sudah keletihan menjawab soalan itu berkata:
" Belum ...Tidur aja la. Nanti kalau dah sampai kat Ipoh,
pakcik pasti kejutkan."

Kali ini,si anak tidak bertanya lagi,dia tertidur nyenyak sekali.
Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi. Semua orang di
dalam bas lupa pada si anak,sehingga ketika sampai di Ipoh,
tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar ...si anak masih tertidur dan tidak bangun-
bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak.
Lalu ia bertanya pada para penumpang: " Encik-encik dan puan-puan sekalian,
bagaimana ni ...perlukah kita hantar semula anak ini? "

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan
si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka
berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.
Sesampai di Ipoh ...si anak dibangunkan: " Nak ...Sudah sampai
di Ipoh. Cepat bangun ..." kata si pemandu.

Si anak bangun dan berkata: " Oh sudah sampai ya ...?"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan
nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan ...
" Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu
kebingungan ...

" Tidak lah. Mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh
makan nasi bungkus ni!"

Monday, September 06, 2004

Friday, September 03, 2004

TIGA DARA PENGATAN Posted by Hello

dari kiri: esah, awa, noi dan tak
ketinggalan kucing esah Mael (bukan
nama sebenar)
X-TRAINEE JABATAN SISTEM MAKLUMAT AKADEMI HARTA-Where are they now? Posted by Hello

JANGAN TAK JADI

Aku sungguh gembira hari ni sebab meeting ari ni tak jadi! JANGAN TIBA2 kata jadik pulak sudahlahhhhh

Thursday, September 02, 2004


aku dan kawan2 masa balik dari mersing Posted by Hello

this is aya ueto Posted by Hello