Saturday, August 29, 2015

Keyakinan

0Cerita 29.8.2015.

Salam pagi sabtu.

Sudah 3 hari Si Nemut Nemut demam . Badan panas berserta batuk.  Demam "on off on off". Hari ini bawa ke Klinik.

Klinik Yakin namanya.

Ramai yang kata Klinik Kumaren lebih baik. Namun begitu saya Yakin dengan Klinik Yakin.

Nama perlu diiringi dengan keyakinan.
Nampaknya nama klinik itu berjaya meyakinkan saya.

Moga Allah sembuhkan anak saya.

Friday, August 28, 2015

Misteri Sepasang Kasut

Cerita hari Khamis 27 Ogos 2015.

         Pada suatu petang ketika saya mengikut tuan saya berjalan-jalan, saya telah singgah di sebuah kedai menjual cd dan dvd.

Di atas daya tarikan yang agak luar biasa saya telah di tarik masuk ke dalam kedai itu.

Saya pun membelek di bahagian cd lagu lagu rock. Tiba-tiba saya terpandang sebuah cd yang agak menarik. Saya tertarik dengan cover cd itu. Judulnya adalah MISTERI . Seingat saya ini adalah sebuah kumpulan yang pernah mempopularkan lagu yang bertajuk CINTA BERBAGAI KEANEHAN. Sebuah lagu yang popular menerusi Filem ROZANA CINTA 87 arahan NASIR JANI.



Di dalam filem itu lagu ini telah dibawa secara berduet oleh penyanyi lain yang tidak saya kenali. Almaklumlah zaman itu saya masih kecil lagi. Mungkin rockers seusia zaman itu seperti BERTEROMBER lebih tahu akan perkara ini.

Tuan saya pun membeli album MISTERI ini. Sejurus itu terus beliau memainkan cd ini di dalam stereo keretanya. Hebat juga lagu lagunya. Sayang tiada info tentang kumpulan yang semisteri namanya ini.
Selepas itu tuan saya singgah membeli kasut baru. Lalu saya dibuang di tong sampah berhampiran. Tamatlah riwayat saya.

Sekian terima kasut...eh...kasih.