Sunday, June 21, 2015

"Raja Segala Raja" Review Konsert Kembara ...Dato M. Nasir Live di Stadium Tertutup Pasir Gudang, 13 Jun 2015


Sedikit rebiu yang dibuat atas galakan Saudagar Mimpi .

Spoiler alert.

Muqaddimah

Kalau ada yang bertanya pada saya siapa penghibur pentas paling hebat sekarang ini. Saya jawab Dato Dr. M.Nasir.

Setelah beliau melahirkan ramai "Lagenda" dan "Raja" dalam industri muzik tanah air, ada yang masih kekal berkarya dan ada yang telah luput ditelan zaman, Dato Dr M.Nasir (DMN) masih lagi gagah di atas pentas dalam siri jelajah Konsert Kembara... M.Nasir di empat venue iaitu yang telah berlangsung di SUKPA Pahang dan Stadium Tertutup Pasir Gudang Johor. Dua lagi bakal menyusul di Pulau Pinang dan Shah Alam.


Ulasan konsert:

Seawal mendapat tahu DMN akan menyinggah di Johor , saya beritahu pada wife saya ini konsert mesti pergi...DMN turun hometown! Lagipun dengan sedikit akta hasutan bahawa ini kira pre birthday gift untuk si dia , wife setuju ikut walaupun esoknya adalah hari bekerja dan hari pertama naik persekolahan selepas cuti sekolah. Settle satu hal.



Setelah menghadiri sessi Meet n Greet yang meriah awal seminggu sebelum konsert iaitu pada 6 Jun 2015... tibalah masa yang ditunggu.

13 Jun 2015

Saya , isteri dan rakan blogger En Shafid bertolak agak lewat dari rumah disebabkan banyak urusan kekeluargaan. Jalan jem di Pekan Nenas. Beberapa sahabat seperti Saudagar Mimpi, Piee Damsyik dan Abang Aziz Basir dah sibuk whatsapp bertanya saya di mana. Jawapan sedih sebab masih di jalanan pada pukul 8.00 pm.

Nasib baik En Shafid expert jalan Ke Pasir Gudang.




Terlepas Pita Hati beraksi .

Sampai saja kedengaran Spider sedang beraksi . Terus ke booth Luncai Emas untuk menyapa (baca:mengorat) awek yang jaga booth. Beli baju konsert tour kaler hitam corak kuning saiz paling besar (2xl) . Hmmm... tak muat.....nampaknya DMN mahu semua peminatnya fit macam dia juga. Terpaksa diet. Positifkan diri.

Kelihatan orang kuat Ronggeng Sahabat Saudara Yazid sangat sibuk.  Sempat menyapa sahaja tak dapat berbual panjang.


Masuk Stadium. Spider.

Spider sedang beraksi . Sempat tengok 3 lagu:
1. Buat Sang Puteri.
2. Aladin
3.Lauk Dah Cukup Masin.
Line up:
Tam - guitar , vokal
Napi - guitar
Aie- drums
Is - Bass, backing vokal (mana pergi Tony eh? Anyway Is ni pun bagus. )
Firdaus - keyboard .

MC masuk borak borak bagi ruang next opening act.

Fynn Jamal.

Fynn Jamal perform 3 lagu kot? Tak ingat tajuk tapi yang pasti "Arjuna Beta" (wife's favourite) dan "Terbang Tunduk" dipersembahkan.

Line up: Fynn as vokalis dan AG Coco saja yang saya kenal.

Fynn Jamal ni music macam Pink Floyd.
Rakan blogger saya (pemilik blog Prahara Seni) Tuan Saudagar Mimpi pula kata macam Tori Amos.

Habis set Fynn Jamal. Mc masuk. Bagi cakap sikit. Tak ambik masa lama...masa ni musicians ambik tempat masing-masing.

10.00 pm.
The King Arrival.

Dimulakan dengan melodi seruling Mohar dan keyboard oleh Eddie Slam. Sedikit percussion. Ala Kitaro.
Kelihatan susuk tubuh berjubah putih keluar melakarkan lukisan di sisi kiri dan kanan pentas pada skrin kanvas yang telah tersedia. Beliau menanggalkan jubah putih tersebut . Siapakah beliau?
Of course lah Dato M. Nasir!!!

1. Rajawali Terbang Tinggi (SOLO)

Sebuah opening anthem yang tak asing lagi. Kalau saya buat remake filem WIRA ANGKASA pasti saya ambil lagu ni jadi runut bunyi. Habis lagu ni terus je sambung ke lagu....

2. Apokalips. (Saudagar Mimpi)

Apa lagi nak dikata? Satu lagi sing a long. At the middle of the song DMN minta semua nyanyi sama. Ending lagu ni di speedmetalkan. Syeh dah naik.
DMN first speech. Apa khabar?
Melayu kalau ditanya apa khabar? Mesti jawab baikk.... lepas tu mesti disusuli Sihattt?

Ada yang jerit lagu JUWITA.
DMN jokes around about puasa... raya..mana dulu?
Orang puasa Isnin Khamis ...Jumaat dah raya katanya.

3. Bonda ( Canggung Mendonan)

Wow!!! Tak disangka!!! Lagu ketiga dah masuk Bonda. Lama tak dengar lagu ni live or di mana medium sekalipun. Hari Ibu pun orang tak putar lagu ni. Lagu hebat yang hampir dilupakan direvive semula oleh DMN.

Lagu seterusnya ada unsur jawa.
Ada pulak yang jerit MUSTAR!!!

4. Mustika (SOLO)

Didendangkan dengan tempo lebih lambat dari tempo asal. Susunan muzik sama. Versi ni lebih stim. Saya suka versi ni. Keroncong dia lebih sikit kali ni.
Solo Nan Alias lebih elektrik bunyinya berbanding solo asal yang lebih akustik.

Ibarat lagu Loudness - So Lonely, kadangkala Loudness ubah ubah tempo kadang ballad kadang moderate... tapi semua versi sedap. Macam tu la lagu ni.

Lepas jauh ke tanah Jawa. Kita pergi ke tanah Amerika kata DMN.

5. Bukalah Hatimu - Intro mashup Uptown Funk( Canggung Mendonan)

Pernah dengar lagu Uptown Funk -Mike   Ronson Feat Bruno Mars? Bayangkan intro lagu ni dirojakkan dengan intro lagu Bukalah Hatimu. DMN dance along all the way the intro.  Kitaorang dah joget dari seat atas!!!

Okay takda part Rap hey berapa kali abang Mnasir nak bilang ...
Tapi ganti ngan  DMN pulling the crowd to sing shobidooobidooopp....

Lagu seterusnya... kita ke negeri Puteri Balqish.



6. Tanya Sama Itu Hud Hud (Canggung Mendonan)

Ini memang crowd killer. Singalong anthem lagi.
Wait... masuk lagu ke enam ni semua lagu "Well Known " . Okay saya berbisik pada isteri saya " Its gonna be The Best Of M. Nasir Live malam ni."

 DMN tanya Siapa tahu kisah burung hud hud? 
He also says he doesnt have facebook account. Witty smile from him.

7. Sentuhan Listrikmu (Canggung Mendonan)

Oh My God!!! Kedengaran seorang wanita di atas saya menjerit .
M.Nasir in his  romantic form. Image hero hensem filem Selubung dah keluar.
My personal favourite. Im glad to watch it live.

At the end of the song he ask for the audience to reach their hand to him... cuba kita sentuh...he says while sing the chorus .

Ends with beautiful falsetto.

8. Sahabat Gua (Phoenix Bangkit)

Bunyi keyboard eastern dah keluar.
Lagu negeri Pakistan, Afghanistan, Gohead Gostan...kata DMN.

Some of the crowd goes wild. Dancing and ronggenging.

9. Raikan Cinta (Phoenix Bangkit)

Arghhh lagu perang! Perang Cinta!!!
At this time all Syeh sudah naik!
Solo flute by Mohar. Perfecto!

DMN duel wailing  with keyboard outro.
Mari Mawarku!!!
Solo outro keyboard by Firdaus

At this time DMN introduce all the musicians.

Guitars - Nan (Saturnine)
Bass - Kelly
Flute - Mohar
1st keyboard - Eddie Slam
Drums - Ujang Exists
Percussions - Pa'ang
2nd Keyboard - Firdhaus
Backing vokal - Awe, Eja, Izatt

DMN introduce  special guest ,  Kembara's member and also his brother as ZOUL  not M. ZOUL because 'M' have been taken by him.



Kembara's Segment

10.Bunga Bakawali (Kembara 1404 Hijrah)

My personal favourite also. Vokal by Zoul while DMN backing his brother while dancing on the stage. Like their music video. Crowd kurang tahu lagu ni

Mula dari ini semua solo guitar lagu KEMBARA dimainkan oleh Zoul. He stays until the end of the show.

11. Gerhana (Kembara - Generasiku)

Yang ini memang lagu makanan ramai. All singalong singaling.
Abis lagu ni terus masukkkkk.....

12. Hati Emas.( Kembara - Kembara)

Ini kita panggil apa eh? National Anthem? Lagu majlis orang kahwin? Lagu Sufi? Lagu rakyat? 
Call it what you want tapi crowd di Stadium knows better. They sing and dance along. Semua dah naik syeh. Ini yang orang tunggu. Kawan saya En. Shafid yang tak berapa minat M.Nasir  pun enjoy every moment.

Ending macam biasa... adlib.. hey hey hey!
Zoul stays on the stage while the intro of this song appear.....

Sikit komen saya: Sound guitar ZOUL agak tenggelam.
Sayang tak dapat feel tone beliau

13. Mentera Semerah Padi (Canggung Mendonan)

Lagu semangat. Mood dari Kembara tadi terus ke lagu ni . Bahaya lagu ni tau. Kawan saya buat lagu kompang guna lagu ni dia naik syeh tau siap tendang jidur apa semua.
Ni favourite semua orang. Lagu semangat. DMN kata negara kita perlukan semangat macam ni.
Solo keyboard  by Eddie Slam.

14. Kepadamu Kekasih (Kembara - Perjuangan)

Outro lagu Mentera Semerah Padi terus masuk lagu ni. Feeling dashyat. Lighting masa ni memang syahdu. Pancaran warna kuning keemasan.
Solo guitar by Zoul.

DMN ucap terima kasih kepada semua yang hadir. Mohon semua berdiri sebab lepas ni lagu anthem.



15. Ada (Canggung Mendonan)

Lagu joget + polka+ waltz yang merupakan lagu wajib. Marah penonton kalau lagu ni takda.  At this time semua dah beronggeng.
Makcik depan stage dah macam poco-poco. Semua enjoy.
Ni lagu ke 15. Hampir separuh show DMN berjoget di atas pentas membuat saya tertanya dari mana datang tenaga ini?
DMN cakap " Terimakasih kerana sudi berjoget bersama saya, tak salah kan?"

16. Keroncong Untuk Ana.
(Kembara Seniman Jalanan OST)

Lagu terakhir. Masa iconic  intro tu masuk ada pulak kakak kat atas cakap ni lagu untuk wife dia. (Arwah Nana)
Tetiba airmata saya menitis , tak tau mengapa.

Saya senyum balik bila melihat DMN menari ala ala jaipong masa solo lagu ni.
DMN cakap okay tuan puan ...cukup ye...esok nak kerja.

And then he sing...
Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua pintu cinta untukku
Hingga ku termanggu
Tiada arah ....
(And then he stop, and says: "Esok nak pergi Pagoh, nak makan durian)
.............nak ku tuju
Membawa hatiku....

Standing ovations. Habis.

Hampir kesemua lagu adalah dari album solo beliau kecuali album Sang Pencinta dan Srikandi Cintaku.

Kesimpulan:

1. The lightning and the sound were superb. Saya duduk atas soundman so I get the best sound ever.

2. MCP ada tapi camera work tak berapa kemas. They should know whos do this and that solo part. But overall still okay lagi.

3. Backdrop simple tapi menarik. Di tengah ada grafik kupu kupu. Di kiri dan kanan ada lukisan wajah Sifu. Siapa yang lukis? Adakah saudara Foad?

4. Dato Dr. M.Nasir sing and dance all the way. Berapa dah umur dia ? He seems so jovial. He is in his top form.

5. Penonton datang untuk berhibur. Saya pasti mereka pulang terhibur.

6. Produksi yang sangat baik. We get what we deserve.

7. M.Nasir ada lupa lirik? Biasalah M.Nasir! Beliau adalah Sifu, Dato' , Hang Tuah, Doktor Falsafah , Jebat, Bujang dan dia dimaafkan atas sebab sebab itu.

8. Harapan saya ada agar ada DVD release  untuk tour ni. Please please Luncai Emas take note for
this!

Akhir kata ,

Jangan lepaskan peluang menyaksikan siri jelajah konsert ini di venue yang akan datang. Please please go. Semua lagu beliau yang terbaik didendangkan.

Ini kerana bagi saya Dato M.Nasir berhak dimahkotakan  sebagai Raja Pentas.... Raja Segala Raja,

KING OF KINGS!!!


My blogger and real life friend. Please visit his blog to see his massive collections of Toys.
Tambah kapsyen

Sahabat datang dari Kedah hanya semata nak menonton konsert ini. Esok terus balik! Respek lu brader!







Untuk ulasan yang lemak berkrim sila ke  Prahara Seni M.Nasir.