Friday, November 29, 2024

PELURU COKELAT - BARBARIK, SATU ULASAN DALAM KEPUASAN.

PELURU COKELAT - BARBARIK
SATU ULASAN DALAM KEPUASAN. 

"Wahai sekalian umat manusia 
Sudahkah kau bersedia 
Hidup dalam zaman moden 
Kalau tunggu ketinggalan.."

Tanggal 9 November 2024 telah luncurnya album PELURU COKLAT daripada kumpulan Barbarik .

Umum pun mengetahui BARBARIK adalah sebuah kumpulan yang diterajui oleh dua singa besar iaitu JoBranko dan Mus. Digagahkan lagi dengan kehadiran dua manusia metahuman Ainol dan Rozaimi Rosli .

Saya dah dapatkan awal album ini dan ini adalah review saya.

1 PELURU COKELAT 
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Nasir Jani
5:01 

Kita go trough satu persatu point ye sebab lagu ni adalah yang paling lengkap dan sedap nak diterokai. 

1. Intro serunai nafiri adalah homage kepada lagu Sejati yang dah tentu lah intro keramat yang dicipta oleh Jo.

2. Bassline intro mengingatkan saya pada lagu Trust ( Megadeth) . Serius saya terus back to back dengar album Cryptic Writing selepas tu.

3. Lirik Nasir Jani. Memang terasa rohnya dalam lagu ni. Hanya Pak Nasir Jani sahaja yang boleh bagi macam Satelit Puaka dan Bazooka Penaka.

4. Koir sebagai korus. Meremang wei.

5. Solo best tapi pendek sangat tapi takpa...akan diubati dalam lagu lain.

6. MV dia. Pergilah tonton. Paling best masa Muss terajang orang jahat.

7. Actually saya mengharapkan 2nd part ada duel serunai nafiri dan solo guitar.

Composed By – Ainoll
Composed By, Lyrics By – Jobranko
Featuring – Karl Cromok

1. Lagu paling heavy dalam album ni.

2. Duel ngan Karl. Memang best.

3. Lirik dia sesuai untuk kau nak maju jalan terus! Move on song.

4. Saya suka penggunaan simpulan bahasa dan pepatah lirik lagu melayu seperti ini. Membuat rockers terus google maksud.

5. Introduction of band pada permulaan lagu. Pelik kan? macam lagu Xpo Imaginasi - Wings ada suara iklan funfair. Tapi tu la jadi lagu ni makin best dan unik.

6. Lagu ni ada vibe lagu Mus ketika bersama kumpulan MAY. 

3 DIDAKAP PESONA
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Bambino
5:28

Lagu ni ada mirip lagu Suatu Kenangan - Kristal. Tak heran sebab lagu tu pun ciptaan JoBranko.

Solo yang memorable adalah hook lagu ini. Watch out for the outro solo!

4 KASMARAN SELAMANYA
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Muss
4:39

Lagu ini favourite ballad saya dalam album ini. Tapi saya rasa Barbarik more aim lagu Didakap Pesona. Tak kisah lah 

Lagu ni pun puas dengar solo intro Jo. Transpose key masa intro tu menarik. Ada vibe lagu Mayang Sulit - Wings dari album Mr Barbarik di bahagian tengah lagu.

5 NASIB BAIK
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Nuar Botak
4:30

Lagu ni favourite kawan saya Muhammad Zaini Sharudin . Sikit sikit dengar lagu ni teringat saya lagu Jamal Abdillah - Kau Lupa Pada Janji.

Nak dengar suara Jo bole layan sing-along time chorus. Lagu santai dan cepat masuk telinga dan terus ke minda dan hati.

6 MARCAPADA 
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Bambino 
3:47

Lagu rentak akustik.

Lagu ni kasi relaks. Ditujukan kepada memori kita dulu dulu lepak tembok layan gitar tong. This one should be classic one day . Abang buskers pun boleh try main lagu ni. Ada vibe lagu Jalan-jalan ( Album Biru Mata Hitamku).

Saya ni senang teringat2 lagu lain. Lagu ini  macam teringat lagu Sudirman - Baru Mendapat Kerja 😁.

Hah. Ada satu easter egg kat hujung lagu ni. Jo ada selit sikit Soldiers Of Fortune Deep Purple 💜.

7 GELAP NAN TERANG ( Instrumental)
Composed By – Jobranko
5:32

Tak puas dengar solo Jo tadi? 

Sila layan track ini. Lama dah Jo main lagu ni dan selalunya secara berdua atau bertiga dengan gitaris lain. Kali ni baru ada versi rasmi studio .

8 DIDAKAP PERSONA (Radio Edit)
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Bambino 
3:59

Lagu ni versi radio tanpa solo outro. Pada saya solo outro tu yang mahal dan menyambung perasaan lirik nya.  Takpa versi ni mesra radio. Nak dengar complete kena beli CD atau tonton Youtube.

Sedikit info album ini dipetik dari Discog. Tetima kasih Doctor Mohd Rizal Azuar Sulaiman selaku penyumbang info.

https://www.discogs.com/release/32291955-Barbarik-Peluru-Cokelat
Record Company – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Distributed By – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Phonographic Copyright ℗ – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Copyright © – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Recorded At – 3rd Floor Utd Studio
Mixed At – 3rd Floor Utd Studio
Mastered At – Benchmark Mastering
Bass – Rozaimi
Choir – Akma (4), Anis (9), Rose (107)
Design, Cover – Team Groovy, Grousiey Printhouse  Printhouse
Drums – Ainol
Keyboards, Piano, Guest – Adi Yamin
Lead Guitar – Jobranko
Lead Vocals – Muss*
Management – Noh Abd Rahman*
Management, Administrator – Azlan Zain, Colin Sambora, Rimi*, Zaki (29), Zan Zaini
Mastered By – Don Bartley
Mixed By – Zairi Ariffin*
Photography By – Jazlan Jasni
Producer, Concept By, Arranged By – Jobranko
Recorded By, Technician – Hadi Bambang Pranoto Sonteto*
Technician – Ayit, Ejay (7), Labut

PORTVERDICT: 5/5 ⭐

Sound ⭐⭐⭐⭐⭐
Lagu ⭐⭐⭐⭐
Inlay ⭐⭐⭐⭐⭐ 
( inlay tak boring macam inlay Prime Domestic 😑)

Please enjoy and buy this album gais. Antara yang terbaik dari 2024! 

MAJU KITA JALAN TERUS!

GOLOK KAYU

BARBARIK ft KARL CROMOK - Golok Kayu LAGU: Jobranko/Ainol LIRIK: Jobranko BARBARIK: Muss, Jobranko, Ainol, Rozaimi PENERBIT: Jobranko PENERBIT EKSEKUTIF: Pentas Barbarik Sdn. Bhd KONSEP ALBUM: Jobranko SUSUNAN MUZIK: Jobranko JURURAKAM & DIGITAL TEKNIKAL: Hadie Pranoto JURUADUN: Zairi Ariffin STUDIO RAKAMAN & ADUNAN: 3rd Floor United Studio MASTERING: Don Bartley Benchmark Mastering, Blaxland, NSW, 2774, Australia REKABENTUK KULIT ALBUM: Team Groovy, Grousiey Printhouse PEMUZIK UNDANGAN: Adi Yamin @ Semua Piano & Keyboard

KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG LUAR BIASA YANG TELAH MENDENGAR LAGU INI KERANA ANDA LAGU INI MENJADI MUNGKIN KEPADA SEMUA YANG DILUAR SANA SAYA MUSS, AINOL, ROZAIMI, ADI, JOE DAN KAMI BARBARIK TAK LUPA JUGA ARTIS UNDANGAN KAMI PADA LAGU INI, KARL FROM CROMOK- 1234 INTERLUDE Janji digemam erat Percaya sepenuh hati Kongsi mimpi Tapi tak percayakan terpisah Oleh angkaranya Berbayang.. yang datang Berbayang yang datang semula ha ha ha Kerosakkan sekali lagi Merosakkan Merosakkan sekali lagi... Intro guitar jo/karl/adi 1st VERSE Hilangnya pedoman untuk kali kedua Ikatan berdekat temui noktahnya Kenangan yang indah Dicemari dengan dusta Hati kau hitam kelam Tak akan berubah Bilakah berubah.. 2nd VERSE Tapi aku disini diberi cahaya Jalan yang ku lalui telah ditentukan BRIDGE Ku pandu dan pergi Seorang diri Ke destinasi Yang menyinar didepan mata... Mungkin tak seindah Bintang di angkasa Padanya aku tetap bersyukur Pedulikanlah Maju kita jalan terus.. SOLO DUET CHORUS Angkuh terbawa... Tampan tertinggal Bagai tagar dipulau sembilan... Belum lepas tali uri... Mau bangkit sendiri.. Dilambai tidak nampak.. Diseru tidak dengar.. Biarkan siluncai... Terjun dengan labu labunya SOLO 2 (KARL) LAST VERSE Hati kau hitam kelam tak akan berubah Tapi aku disini diberi cahaya Jalan yang ku lalui telah ditentukan Ku pandu dan pergi.. Ku pandu dan pergi.. Kedestinasi... Kedestinasi..

Monday, November 25, 2024

DIDAKAP PESONA

DIDAKAP PESONA - BARBARIK

1st verse Satu persatu terlerai Segala persoalannya Kau dan aku sama sama merasa Maknanya satu cinta 2nd verse Selalu diperbandingkan Cinta yang lalu Sedangkan hakikat Sebenarnya kita tiada berkuasa Menentukan selain dari yang Esa Chorus Walau perasaan terlewat Masa selalu memperdayakan Kehadiran kasihmu bersama dan segenggam cahaya Menerangi di jalan ke hatimu Galau di dadaku mereda Kaulah penawar hati yang buta Kala ku lena didakap pesona cinta kepuraan Tiada kesudahan Solo Repeat chorus Walau perasaan terlewat Masa selalu memperdayakan Kehadiran kasihmu bersama dan segenggam cahaya Menerangi di jalan ke hatimu Galau di dadaku mereda Kaulah penawar hati yang buta Kala ku lena didakap pesona cinta kepuraan Tiada bersempadan Last Verse Satu persatu terhurai Derita kita awalnya Namun yang di rindui akhirnya Adalah cinta kita

Sunday, June 16, 2024

THE FLASH (2023)

The Flash (2023)

Terima kasih kerana mengembalikan perasaan anak kecil di dalam diri saya, sama seperti pada tahun 1989, rasa macam ibu dan ayah saya masih hidup lagi. 

 Ianya adalah experiencing film , bukan sekadar menonton. Its magical.

Tema filem ni sama dengan Back To The Future. It's never about the multiverse. 
It's about time and choices, Qada dan Qadr.
how seemingly small, insignificant choices can have a large or long-lasting impact tomorrow. 

Portverdict: ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

Tuesday, March 19, 2024