Friday, November 29, 2024

PELURU COKELAT - BARBARIKSATU ULASAN DALAM KEPUASAN.



Wahai sekalian umat manusia 
Sudahkah kau bersedia 
Hidup dalam zaman moden 
Kalau tunggu ketinggalan..

Tanggal 9.11.2024 telah luncurnya album PELURU COKLAT daripada kumpulan Barbarik .

Umum pun mengetahui BARBARIK adalah sebuah kumpulan yang diterajui oleh dua singa besar iaitu JoBranko dan Mus.

Saya dah dapatkan awal album ini dan ini adalah review saya.

1 PELURU COKELAT 
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Nasir Jani
5:01 

Kita go trough satu persatu point ye sebab lagu ni adalah yang paling lengkap dan sedap nak diterokai. 

1. Intro serunai nafiri adalah homage kepada lagu Sejati yang dah tentu lah intro keramat yang dicipta oleh Jo.

2. Bassline intro mengingatkan saya pada lagu Trust ( Megadeth) . Serius saya terus back to back dengar album Cryptic Writing selepas tu.

3. Lirik Nasir Jani. Memang terasa rohnya dalam lagu ni. Hanya Pak Nasir Jani sahaja yang boleh bagi macam Satelit Puaka dan Bazooka Penaka.

4. Koir sebagai korus. Meremang wei.

5. Solo best tapi pendek sangat tapi takpa...akan diubati dalam lagu lain.

6. MV dia. Pergilah tonton. Paling best masa Muss terajang orang jahat.

7. Actually saya mengharapkan 2nd part ada duel serunai nafiri dan solo guitar.

2 GOLOK KAYU
Composed By – Ainoll
Composed By, Lyrics By – Jobranko
Featuring – Karl Cromok

1. Lagu paling heavy dalam album ni.

2. Duel ngan Karl. Memang best.

3. Lirik dia sesuai untuk kau nak maju jalan terus! Move on song.

4. Saya suka penggunaan simpulan bahasa dan pepatah lirik lagu melayu seperti ini. Membuat rockers terus google maksud.

3 DIDAKAP PESONA
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Bambino
5:28

Lagu ni ada mirip lagu Suatu Kenangan - Kristal. Tak heran sebab lagu tu pun ciptaan JoBranko.

Solo yang memorable adalah hook lagu ini. Watch out for the outro solo!

4 KASMARAN SELAMANYA
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Muss
4:39

Lagu ini favourite ballad saya dalam album ini. Tapi saya rasa Barbarik more aim lagu Didakap Pesona. Tak kisah lah 

Lagu ni pun puas dengar solo intro Jo. Transpose key masa intro tu menarik. Ada vibe lagu Mayang Sulit - Wings dari album Mr Barbarik di bahagian tengah lagu.

5 Nasib Baik
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Nuar Botak
4:30

Lagu ni favourite kawan saya Muhammad Zaini Sharudin . Sikit sikit dengar lagu ni teringat saya lagu Jamal Abdillah - Kau Lupa Pada Janji.

Nak dengar suara Jo bole layan sing-along time chorus. Lagu santai dan cepat masuk telinga dan terus ke minda dan hati.

6 MARCAPADA 
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Bambino 
3:47

Lagu ni kasi relaks. Ditujukan kepada memori kita dulu dulu lepak tembok layan gitar tong. This one should be classic one day . Abang buskers pun boleh try main lagu ni. 

saya senang teringat2 lagu lain. Lagu ini m macam teringat lagu Sudirman - Baru Mendapat Kerja 😁.

Hah. Ada satu easter egg kat hujung lagu ni. Jo ada selit sikit Soldiers Of Fortune Deep Purple 💜.

7 Gelap Nan Terang ( Instrumental)
Composed By – Jobranko
5:32

Tak puas dengar solo Jo tadi? 

Sila layan track ini. Lama dah Jo main lagu ni dan selalunya secara berdua atau bertiga dengan gitaris lain. Kali ni baru ada versi rasmi studio .

8 Didakap Pesona (Radio Edit)
Composed By – Jobranko
Lyrics By – Bambino 
3:59

Lagu ni versi radio tanpa solo outro. Pada saya solo outro tu yang mahal dan menyambung perasaan lirik nya.  Takpa versi ni mesra radio. Nak dengar complete kena beli CD atau tonton Youtube.

Sedikit info album ini dipetik dari Discog. Tetima kasih Doctor Mohd Rizal Azuar Sulaiman selaku penyumbang info.

https://www.discogs.com/release/32291955-Barbarik-Peluru-Cokelat

Record Company – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Distributed By – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Phonographic Copyright ℗ – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Copyright © – Pentas Barbarik Sdn. Bhd.
Recorded At – 3rd Floor Utd Studio
Mixed At – 3rd Floor Utd Studio
Mastered At – Benchmark Mastering
Bass – Rozaimi
Choir – Akma (4), Anis (9), Rose (107)
Design, Cover – Team Groovy, Grousiey Printhouse
Drums – Ainol
Keyboards, Piano, Guest – Adi Yamin
Lead Guitar – Jobranko
Lead Vocals – Muss*
Management – Noh Abd Rahman*
Management, Administrator – Azlan Zain, Colin Sambora, Rimi*, Zaki (29), Zan Zaini
Mastered By – Don Bartley
Mixed By – Zairi Ariffin*
Photography By – Jazlan Jasni
Producer, Concept By, Arranged By – Jobranko
Recorded By, Technician – Hadi Bambang Pranoto Sonteto*
Technician – Ayit, Ejay (7), Labut

PORTVERDICT: 5/5 ⭐

Sound ⭐⭐⭐⭐⭐
Lagu ⭐⭐⭐⭐
Inlay ⭐⭐⭐⭐⭐

No comments: