Showing posts with label Act Naturally. Show all posts
Showing posts with label Act Naturally. Show all posts

Tuesday, April 08, 2025

Tajuk: The Untouchables — Bila Undang-Undang Bertemu Jalan Mati, akan ada yang Mati




Ada masa dalam hidup, kau tak perlukan banyak orang.
Kau cuma perlukan satu orang yang tak boleh dibeli.
Dan dalam dunia yang dikuasai mafia macam Al Capone, lelaki macam Elliot Ness bukan hero—dia ancaman. Tapi dia jalan terakhir.

The Untouchables bukan sekadar filem polis. Ia satu kisah keyakinan, harga integriti, dan apa jadi bila kau lawan sistem yang dah lama busuk. Kevin Costner bawak watak Ness dengan tenang tapi keras. Bukan bising, tapi tegas. Dan Sean Connery? Dia bagi roh filem ni—garang, kelakar, dan bila dia gugur, kita pun rasa kehilangan.

Dalam dunia gelap, loyalty bukan sekadar kata.
Kau hidup dan mati dengan siapa yang kau percaya.

Setiap babak dalam filem ni macam gambar yang bergerak—slow, kemas, dan berat. Darah tak tumpah sia-sia. Dan bila peluru terakhir ditembak, kau akan tahu… ini bukan cerita menang. Ini cerita tahan diri untuk tak tunduk.

"Jangan cakap kau nak lawan orang jahat... kalau kau sendiri takut kotor tangan

Hot Fuzz — For the greater good!







Nicholas Angel—polis paling patuh pekeliling ikhtisas dihantar ke pekan paling konon aman. Tapi bila orang kampung mula mati pelik-pelik, barulah terbongkar—kadang yang paling senyap tu paling seram.

Hot Fuzz bukan cerita polis biasa. Ini satira, sindiran, dan tembakan penuh gaya. Setiap aksi over-the-top tu sindir realiti: kadang yang kita sangka 'baik' tu cuma topeng yang kemas.

"Sistem yang terlalu sempurna, selalunya sembunyi sesuatu yang busuk."

#HotFuzz #PortdyReview #BritishDarkHumor #DarkWatchlistPortdy

#portdysfavouritemovietv

The Upside — Kau mampu patahkan sayapku Kau mampu tambatkan kedua kakiku Tapi kau tak akan dapat Mematahkan semangatku untuk hidup

The Upside adalah kira versi Hollywood adaptasi dari The Intouchables, tapi dengan flavour yang lain—lebih Amerika, tapi tetap ada jiwa dan chemistry antara dua watak utama: Dell (Kevin Hart) dan Phillip (Bryan Cranston)



Ada filem yang cuba bagi inspirasi, tapi rasa macam brosur motivasi MLM. Dan ada filem macam The Upside—yang tak perlu preach, tapi kau faham. Sebab bila dua manusia dari dunia yang tak sama duduk semeja, kadang-kadang yang tercipta bukan pertolongan... tapi kesedaran.

Phillip lumpuh, Dell terperangkap. Seorang tak boleh gerak, seorang tak boleh lepas dari bayang silam. Tapi bila dua-dua kosong, dunia pun perlahan-lahan jadi kanvas baru. Yang satu perlukan sebab untuk hidup. Yang satu perlukan peluang kedua. Tapi akhirnya, dua-dua dapat sesuatu yang lebih besar dari yang diorang minta.

Dell bukan nurse sempurna. Dia kasar, tak ikut buku, dan kadang clueless. Tapi dia ada satu benda yang dunia moden hilang—instinct. Dan kadang, instinct lebih berguna dari PhD.

The Upside ajar aku:
Kadang bila kau bantu orang, kau tak tahu yang kau sebenarnya tengah rawat diri sendiri.

Filem ni buat aku senyum dalam gelap. Sebab walau tak semua luka sembuh, kadang bila kau ada orang yang betul kat sebelah, luka tu tak rasa pedih sangat



portnote: sesuai buat orang yg sedang diuji kesakitan seperti stroke dan sebagainya

Supernatural: Hikayat Dua Beradik & Hantu-Hantu Yang Tak Pernah Habis

Carry on my wayward son
For there'll be peace when you are done
Lay your weary head to rest
Don't you cry no mor


---


Ada satu jalan yang tak bertanda. Malam panjang, highway sunyi, dan radio usang yang main lagu rock klasik—itulah dunia Supernatural. Tapi ini bukan cerita hantu klise atau drama air mata murahan. Ini kisah dua beradik—Dean dan Sam Winchester—yang hidup di celah sempadan antara dunia nyata dan yang ghaib.

Diorang tak mintak jadi hero. Tapi dunia paksa.

Supernatural bukan semata tentang makhluk—tapi tentang takdir yang kau cuba tolak tapi tetap datang menyergap, tentang keluarga yang kau tak boleh tinggalkan walau hati kau koyak, dan tentang percaya pada sesuatu walaupun hidup kau sendiri penuh dengan kejatuhan.

Dean ialah rock & roll dengan pistol perak. Sam pula buku nota penuh teori, tapi dada dia sarat luka lama. Kadang diorang gaduh, kadang diorang berdiri belakang satu sama lain bila dunia runtuh. Macam hidup—tak pernah lurus, tapi tetap jalan juga.

Setiap musim ada raksasa baru, tapi yang paling menakutkan selalunya bukan hantu—tapi pilihan yang kena buat bila tak ada pilihan langsung.

Dan oh, jangan lupa—soundtrack dia? Carry On Wayward Son, Led Zeppelin vibe, dan bunyi enjin Impala. Macam dengar degup jantung rockstar yang dah lama hilang tapi tak pernah mati.

Supernatural ajar satu benda:
Walau kau sendiri pun seram dengan apa yang jadi dalam hidup—kau tetap kena drive terus. Sampai jumpa cahaya, atau jadi sebahagian dari gelap tu sendiri.


---



Monday, July 19, 2010

GOOAAALLL, GOOGLE AND LOUGLE

Maybe ramai dah tahu ni?

" During FIFA World Cup 2010, search queries like 'world cup', 'fifa', etc. will cause the Goooo...gle page indicator at the bottom of every result page to read Goooo...al! instead."


Pic 1: Normal version.


Pic 2: Goooaaaall! version.


* Spoiler Alert: Haaa ada satu lagi.....untuk sesiapa yang dah tonton filem "Hot Tub Time Machine"
sebagai contoh abang Bro-teromber kita. 



Hot Tub Time Machine .
Recommended by En Portdy & Encik Broteromber.

Monday, March 01, 2010

Case 39

Saya baru sahaja habis layan filem ini:



Abaikan rebiu yang tidak memihak pada filem ini. 
 Boleh tahan juga.
Renee Zelweger berlakon citer seram tuuuuu.

Tuesday, February 23, 2010

New York, I Love You!


Ayu, inginku bisikkan cintaku padamu, tapi renungan matamu mengunci lidahku. Maka di tepi pantai ini, dengarkanlah jeritanku...

Ayuuuu!!!! Aku Cintakanmu!!!!!! 

(dialog Azhar Sulaiman kepada Maria Farida dalam filem Bisikan Cinta. Filem ni memang sah-sah cedok filem Hong Kong lakonan Andy Lau ke Leon Lai saya pun dah lupa) .

Dulu-dulu masa sekolah ada kawan nama Ayu selalu seh kena gurau jerit dari kelas kat tingkat 3 "Ayuuuu!!!! Aku Cintakanmu!!!!!! ". Dia senyum aje aduhai....


Semalam Me and Mybetterhalf masa Lia-lia tidur sempat layan satu filem tajuk dia "New York, I Love You!"
Diadaptasi konsepnya dari filem Paris, je t'aime.

Filem ni merupakan antologi 12 filem pendek yang menyatukan ramai pelakon hebat baru dan lama seperti Shia LaBeouf, Natalie Portman, Hayden Christensen, Orlando Bloom, Chris Cooper, Andy Garcia, Shu Qi, Maggie Q, Christina Ricci, Irrfan Khan, Robin Wright Penn, Julie Christie dan  Ethan Hawke.


 Antara segmen yang saya suka, mengisahkan seorang pemuda yang membawa "date" nya yang berkerusi roda ke majlis tari menari (Prom Night).


Segmen Dua Insan (veteran) Bercinta. Hehehe so funny lah because its full of 2 orang tua membebel membebel but rich in love and tenderness. Dalam hati berkata boleh ke aku sampai tahap yang begini (atau lebih baik?)

 Shuqi beb Shuqi. Bibir dia sahaja sudah cukup membuat kan saya makan tak kenyang, tidur tak lena dan  mandi tak basah. (tapi tengok jenis mandi juga.... oh oh out of topic). Cerita dia bertemakan hajat tak kesampaian. Teringat lagu Hajat - Haida.


Aha! Orlando Bloom. My Oni-chan minat dia ni .
Saya minat Christina Ricci so segmen ni boleh lah layan.

My favourite actor. Ethan Hawke. Duda Uma Thurman. 
Baru saja kawin baru dengan nanny anak dia.
Maggie Q - saya tak berapa minat sangat dia ni tapi beli juga DVD " Love Asia" dia hehehehe.


"Lawanya dia ni", kata wife saya. 
Of course lah my dear, this is Natalie Portman. Orang rabun macam saya pun kata lawa.


Ok, untuk rockers semua yang seluar koyak main cinta , this film is recommended to you.
Untuk yang bukan rockers tapi dalam hati ada taman juga, lagilah digalakkan menonton. Baru rock.


All we need is Love. Bak kata John Lennon.

Friday, July 10, 2009

Departures - The Great Gig in The Sky

.

Tajuk: Departures (おくりびと Okuribito)
Arahan: Yojiro Takita
Tahun: 2008
Pencapaian: Academy Award for Best Foreign Language Film (2009)


Mengisahkan seorang Cellist yang bernama Daigo Kobayashi (Masahiro Motoki), yang baru sahaja kehilangan kerja apabila orkestra tempat dia bermain di Tokyo telah dibubarkan. Ingin memulakan penghidupan baru, dia mengajak isterinya Mika pulang ke kampung asalnya di Sakata, Yamagata. Menjawab satu iklan kerja kosong bertajuk "Departures" dengan beranggapan ianya melibatkan pekerjaan melibatkan pelancongan, rupa-rupanya pekerjaan tersebut merupakan jawatan pembantu pengurusan mayat. Daigo menerima pekerjaan barunya dan bermulalah episod baru dalam kehidupan Daigo.

Verdict:

Cerita ini memang menarik. Jalan ceritanya diolah dan diselang-selikan antara humor dan serius. Menonton filem ini belum sempat anda rasa mengantuk, anda akan ketawa kecil, dan belum habis anda ketawa , anda akan berlinangan airmata. Tidak hairanlah filem ini mendapat pelbagai award dan mendapat sambutan yang tinggi di Jepun.

Apa yang saya suka:

  1. Lakonan pelakon-pelakonnya berkesan. Kita dapat rasakan betapa "numb" perasaan Daigo apabila kehidupannya berubah satu-persatu.
  2. Kita dapat mempelajari budaya pengurusan Si Mati dalam budaya masyarakat Jepun.
  3. Keikhlasan, pengampunan, adalah kunci utama dalam filem ini.
  4. Watak yang saya suka adalah majikan Daigo (Shōei Sasaki lakonan Tsutomu Yamazaki) yang begitu cool. Scene stealer.
  5. Khas untuk Takilala - Ryoko Hirosue berlakon sebagai isteri Daigo dalam filem ini. Sila buat wajah gembira.
Sila tonton bersama orang yang tersayang.





Wednesday, July 08, 2009

Galileo - Kisah Penyiasatan Berasaskan Aliran Sains Tulen.

.
Anda minat siri CSI?
Anda minat siri The X-Files?
Anda minat siri Detektif Conan?
Anda minat siri Sherlock Holmes?
Anda tidak minat siri Gerak Gerak Gerak Khas?

Berkebarangkalian besar anda akan meminati siri ini.
Sebuah drama bersiri Jepun yang bertajuk Galileo (ガリレオ Garireo).


Manabu Yukawa(Masaharu Fukuyama) dan Kaoru Utsumi (Kou Shibasaki)


Kisah dia begini:

Seorang polis detektif wanita (rookie*) yang kiut lagi memiutkan bernama Kaoru Utsumi, menyiasat beberapa kes pembunuhan atau jenayah yang melibatkan elemen-elemen pelik dan supernatural ala-ala Mastika atau Variasari gitu.

Dalam suasana yang sungguh misteri itu, beliau dicadangkan oleh seniornya untuk meminta nasihat seorang professor yang merupakan pakar fizik bernama Manabu Yukawa, dia ni dah lah pandai hensem pula tu.

Professor Yukawa yang skeptikal dengan elemen supernatural akan sedaya upaya menyelesaikan misteri kes-kes tersebut dengan pelbagai hipotesis dan eksperimen.

Jadi bermulalah siri adventure mereka berdua yang seumpama minyak dengan air, tak boleh bertemu asyik nak bergaduh saja.


Carta aliran hubungkait di antara watak dalam drama Galileo.


Antara kes yang pelik disiasat oleh mereka berdua:
  1. Kes kepala pemuda terbakar dengan sendirinya.
  2. Kes rumah berhantu ala-ala Poltergeist.
  3. Kes roh budak boleh terbang ketika tidur.
dan pelbagai lagi kes yang cukup misterius dan mendebarkan sukma. Serius misterius best.
Boleh dapatkan DVD siri ini dengan pelbagai cara yang anda suka.
Ada 3 disc mengandungi 10 episod termasuk The Making Of. Tidak pasti saya samada drama ini pernah disiarkan di TV Malaysia atau belum.


Professor Yukawa menggunakan kedah PPSMI dalam makmal.


Drama ini pun sudah ada versi filem:

Yōgisha X no Kenshin. @ Suspect X . (2008)

Professor Yukawa dalam "Thinking Mode" .

Official Website:

http://wwwz.fujitv.co.jp/galileo/index.html
Sila lawat jika anda pandai bahasa Jepun seperti Takilala.

Beberapa perkara tentang Kou Shibasaki.
Siapa rajin ikuti perkembangan Japanese movie atau drama pasti akan perasan kewujudan awek ni dalam beberapa filem seperti :


Akiko Abe dalam Sinking of Japan (2006)

Rin dalam Shaolin Girl (2008). Adaptasi dari filem Shaolin Soccer dan diterbitkan oleh Stephen Chow.


dan yang paling kvlt sekali


Sebagai Mitsuko Sauma dalam Battle Royale.

Gila cantik tapi ganas, brutal dan kejam. Watak feveret saya dalam Battle Royale. Senjata utama dia sabit (sickle) tu.

Best ini movie. Ada Beat Takeshi@Takeshi Kitano.
Legend dia ni dalam arena perfileman Jepun. Ada masa kita cerita.


Portnote:


  1. *Detektif Rookie = Detektif baru melapor diri .
  2. Semua gambar klik kasi besar.

Thursday, June 18, 2009

Rupanya dia ni yang berlakon....

.

Baru-baru ini saya tengok trailer cerita Blood The Last Vampire .Tengok nama pelakon utamanya Gianna Jun. Siapa dia ni? Abaikan. Seseorang telah beritahu saya yang Gianna Jun ni adalah nama inggeris bagi Jun Ji-Hyun. Apa? Jun Ji-Hyun? Eh dia ni saya kenallah!

Otak mula tekan butang Rewind<<< Ok , mula kenal dia dari filem Korean My Sassy Girl (2001) , filem mengisahkan minah brutal yang kuat buli pakwe dia, gila sadis. Filem ini diremake oleh Hollywood dengan judul yang sama pada tahun 2008 lakonan Jesse Bradford dan Elisha Cuthbert sebagai minah brutal itu.

Lepas tu saya tonton filem Windstruck(2004), mengisahkan percintaan seorang polis wanita dengan seorang guru sekolah. Kira so-so lah filem ni.

Satu lagi filem lakonan dia iaitu Il Mare (2000), mengisahkan percintaan dua orang yang berada di zaman/tahun yang berlainan. Filem ini juga diremake oleh Hollywood dengan tajuk The Lake House (2006) lakonan Keanu Reeves dan Sandra Bullock. Lepas tu lama dah tak follow dia ni, dengan kemunculan berpuluh-puluh pelakon Korean yang baru , nama dia agak tenggelam.



Kenapalah kau tukar nama jadi Gianna Jun (sekali sebut macam Zianna Zain pulak) , manalah aku kenal?


Her latest filem on cinema now, Blood The Last Vampire . Diadaptasi dari siri anime dari Jepun. Lama saya tak tengok gadis juling air ni berlakon.


Tak kiralah nama Jun Ji-Hyun ke, Gianna Jun ke, Junaidah Alahan ke, semoga beliau akan terus sukses. Aja aja! Fighting!

.